LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Paintball Dunia Asia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kejohanan Paintabll Piala Dunia Asia (WCA) 2012 akan diadakan di Langkawai bermula 8 -11 November ini. Menurut penganjur AKR Event, kejohanan ini akan melibatkan hampir 2,000 peserta. Kejohanan WCA juga akan berlangsung serentak dengan Kejohanan Piala Antara Benua (ICC) 2012 yang akan berlangsung di Dewan Mahsuri.
Sumber :- Bernama dan SinarHarian

Image Hosting

Kredit Gambar :- HowAutoStuff

Sukan Paintball ini memang semakin mendapat perhatian bagi peminat sukan tempatan. Dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa ini sedikit sebanyak akan menarik perhatian orang ramai untuk menyertai sukan ini. Tahukah anda apa itu sukan paintball? Saya bukanlah peminat sukan malahan tak pernah bermain pun sukan ini, tapi tahulah sedikit sebanyak tentang sukan ini.
Sukan paintball ini adalah sukan ekstreme yang diperkenalkan pada tahun 1980-an dan menjadi semakin dikenali ramai. Sukan berkumpulan ini memerlukan kumpulan menggunakan senapang cat yang digunakan bagi menembak ke arah lawan. Sukan paintball ini memerlukan koordinasi antara sesama kumpulan bagi memastikan pasukan berjaya menang dalam satu perlawanan. Terdapat banyak variasi permainan paintball ini yang menggunakan kawasan yang disediakan tempat untuk bersembunyi bagi mengelakkan ditembak yang dinamakan sebagai bunker.
Perlawanan ini memang memerlukan strategi untuk memastikan kemenangan selain dari ketahanan fizikal dan mental.

Sememangnya perlawanan ini cukup diminati terutama di kalangan remaja masakini. Saya pun teringin juga nak main tapi macam tak larat je rasanya. Bagaimana pula dengan anda? Pernah ke main paintball ni? Kalau pernah, bolehlah kongsikan bersama..

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Kejohanan Paintball Dunia Asia 2012

  1. Pernah main paintball..baru masuk padang..dah kene tembak dekat mask dekat area mata. terus fobia nak main. kata instructor tu kalau bijik ni kena mata confirm buta. Orang lain ajak main terus tak berani. Haha Main tembak2 dekat dinding jelah

  2. Tak pernah lagi main benda ni.. Haha.. Katanye berbirat jugak la kalau kena tembak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)