Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 bakal diadakan di Nilai

Berita baik bagi penggemar sukan berbasikal yang mana pada 16-20 Februari nanti akan berkumpul pelumba-pelumba handalan dari Asia di Velodrom Nasional, Nilai.
Velodrom bertaraf dunia itu dijangka akan menganjurkan kejohanan peringkat elit yang telah memasuki edisi ke 48 dimana pasukan handalan seperti Jepun, Korea Selatan , China, Hong Kong dan Kazakhstan sudah mengesahkan penyertaan.

Malaysia yang mempunyai beberapa pelumba bertaraf dunia pasti akan mempertaruhkan juara keirin dunia 2017, Azizulhasni Awang bagi mencapai kejayaan di gelanggang sendiri.


Edisi kali ini juga turut mempertandingkan kategori remaja dan paracycling dimana ianya akan membabitkan lebih 500 pelumba jagoan dari Asia.

Menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab pihaknya bercadang untuk mengenakan tiket kepada penonton bagi menyaksikan perlumbaan terbesar di Asia ini.
“Kami masih meneliti harga tiket namun ia tidak terlalu mahal kerana matlamat adalah untuk menarik penonton sebanyak mungkin memenuhi Velodrom Nasional terutamanya dalam memberi sokongan kepada pelumba negara,” tambahnya.

ACC adalah kejohanan kedua terbesar berlangsung di Velodrom Nasional selepas Sukan SEA Ogos tahun lalu dengan penonton dikenakan tiket serendah RM10 sehingga RM20.

Sumber :-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives