LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Hoki Trofi Asia : Malaysia seri dengan Korea Selatan

Pasukan hoki negara mencatat keputusan seri dengan Korea Selatan pada hoki trofi Asia.
Keputusan ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kerana selepas ini pasukan hoki negara akan bertemu Pakistan di separuh akhir.

Ia lebih baik berbanding sekiranya kalah dan pasukan negara perlu bertemu Korea Selatan.
Berbeza berbanding aksi menentang India, pasukan negara agak kucar kacir dan sukar untuk menembusi benteng pertahanan Korea Selatan.
Barisan pemain tengah negara juga sukar untuk memberikan tentangan dalam menentang pasukan Korea Selatan yang cukup berdisplin.

Pasukan negara ketinggalan pada minit ke 37 melalui jaringan penyerang Korea Selatan, Jeong Jun Woo. Ketika memasuki suku keempat, Razie Rahim menjadi penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 56.
Keputusan ini meletakkan pasukan negara berada di kedudukan kedua sekaligus akan bertemu pasukan Pakistan dalam perlawanan separuh akhir manakala pasukan India akan menentang pasukan Korea Selatan untuk mencari satu tempat di perlawanan akhir.

Diharap jurulatih memperbaiki terutama dari segi STAMINA para pemain. Nampak para pemain ┬átelah mula keletihan selepas aksi menentang India tempohari. Selain itu barisan penyerang juga perlu lebih bijak mengintai peluang. Mereka perlu membuat keputusan dengan pantas samada ingin mencuba atau mendapatkan pukulan sudut penalti manakala kaedah pukulan sudut penalti juga perlu dipelbagaikan. Tidak boleh hanya mengharapkan ‘direct’ melalui Razie Rahim sebaliknya perlu juga mencuba ‘set-piece’.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)