Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

jpg image hosting
Nampaknya bermula pada 3 Mei ini, negeri Melaka akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan Hoki Kelayakan Remaja Asia 2012. Kejohanan yang menampilkan skuad remaja negara berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit selama 10 hari. Kejohanan tersebut akan melibatkan 10 pasukan iaitu Malaysia, Singapura, Pakistan, Iran, Sri Lanka, Bangladesh, China, India, Jepun dan Korea. Kejohanan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dimana tiga pasukan terbaik akan mewakili Asia ke Kejohanan Hoki Remaja Dunia yang melibatkan 16 negara terbaik pada tahun depan.
Gambar Datuk Seri Mohd Ali Rustam menerima jersi skuad Malaysia ketika merasmikan majlis pelancaran logo Kejohanan Hoki Remaja Asia 2012. Yang hujung tepi pegang jersi tu, Datuk Nur Azmi Muhamad Timbalan Presiden Persatuan Hoki Malaysia.
Sumber :- Kosmo
Nampaknya Melaka sekali lagi menjadi penganjur kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Kalau tahun lepas pertandingan karate dunia peringkat junior diadakan di MITC pasti kejohanan hoki peringkat Asia akan memberi peluang untuk Melaka menjadi tuan rumah kejohanan hoki yang lebih besar lagi. Harap-harap dapatlah si Zool singgah tengok kejohanan hoki ni nanti terutama yang melibatkan pasukan negara. Almaklumlah dulu masa sekolah pernah merasa pegang hoki, lepas tu masa belajar pernah juga main hoki kejap.
Sekian..
p/s :- Kalau bolasepak digelar Harimau Malaya/ Muda , skuad hoki camne pula ye?
RSS Feed
Twitter



March 1st, 2012
zool 
Posted in
Tags: 


whoa best tu!
Reply
zool
Reply:
March 1st, 2012 at 22:34
Ada berani turun??
Reply