LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan hoki Junior Piala Asia – Malaysia tumpas kepada India

Pemain junior hoki Malaysia mendapat pengajaran penting pada perlawanan kedua dalam kejohanan Piala Asia 2015 di Kuantan. Pasukan Malaysia yang telah mendahului 2-1 pada separuh masa pertama melakukan beberapa kesilapan sehingga mengakibatkan kegagalan untuk mempertahankan kedudukan tersebut.
Penyerang negara Shahril Saabah mengejutkan pasukan India dengan menjaringkan gol seawal 45 saat dan dilihat mampu menumbangkan pasukan India.

Namun kesilapan penjaga gol, Ridzwan Azmi telah dihukum oleh Mandeep Singh pada minit ke 10 untuk menyamakan kedudukan. Ketika barisan pemain India masih belum bersedia, Shahril Saabah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 20. Selepas separuh masa kedua, pemain India Gurjant Singh menyamakan kedudukan pada minit ke 40 melalui pukulan ‘reverse stick’.
Ketika pasukan Malaysia ingin mengembalikan keyakinan, pakar pukulan sudut penalti India, Harmanpreet berjaya menjaringkan gol ke 3 India. Harmanpreet sekali lagi menjadi wira apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 56 sebelum Manddeep Singh menjaringkan gol ke 5 pada minit ke 61 untuk menjadikan kedudukan 5-2.

shahril-saabah

Pemain Malaysia tidak berputusan asa dan Sufi Ismat berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 61. Shahril Saabah melengkapkan hatrick pada minit ke 66 untuk merapatkan kedudukan 4-5. Perlawanan berkesudahan India memenangi perlawanan dengan keputusan 5-4. Walaupun tumpas namun ia bukan petanda berakhir harapan pasukan bimbingan Arul Selvaraj. Pasukan pemain muda ini masih boleh melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan perlawanan terakhir kumpulan menentang Jepun merupakan perlawanan mesti menang.
Semoga barisan pemain muda negara akan bangkit pada hari Selasa ini ketika menentang Jepun.
Ini kerana pasukan negara berada di kedudukan kedua setelah menumpaskan pasukan China 4-0 pada perlawanan pertama.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Kejohanan hoki Junior Piala Asia – Malaysia tumpas kepada India

  1. Walaupun tumpas di tangan pasukan India… Tetapi saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pemaain Skuad Hoki Junior Malaysia… Semoga mereka lebih cemerlang pada masa akan datang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)