Kejohanan Boling Dunia : Li Jane pungut perak dalam acara Masters

Sin Li Jane berjaya memenangi pingat perak pada acara Masters wanita Kejohanan Boling Dunia .
Li Jane bersaing hebat dengan juara bertahan Jung Da-Wun dari Korea Selatan pada pertarungan di Pusat Boling South Point di Las Vegas pada hari Isnin, 4 Disember 2017 dengan keputusan 225-256, 221-236.

Sin Lin Jane dengan medal. Kredit Gambar : Facebook World Bowling

Malaysia mengakhiri kempen bagi tahun ini dengan memenangi satu pingat emas berkumpulan wanita.
Sebelum ini, Li Jane juga berjaya memungut perak dalam acara beregu wanita bersama gandingannya dengan Shalin Zulkifli.

Shalin dan Siti Safiyah turut beraksi di Masters wanita, masing-masing kalah dalam pusingan pertama dan kedua.

Siti Safiyah turun 160-176, 222-207, 201-205 kepada Ghislaine Stigter-Van der Tol dari Holland manakala Shalin dipukul oleh Rikke Holm Agerbo 157-204, 187-210.

Sumber :-TheStar

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply