Kejohanan Bolasepak AFC U19 : Malaysia tumpas pada perlawanan pertama

Pasukan bola sepak bawah 19 Tahun Negara kendalian Bojan Hodak yang beraksi di Kejohanan Piala AFC Bawah 19 Tahun di Indonesia bermula dengan langkah sumbang tumpas kepada pasukan Arab Saudi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga itu menyaksikan skuad negara tidak dapat mencuri mata dari pasukan Arab Saudi selepas tumpas 2-1.
Dalam perlawanan tersebut, Arab Saudi menjaringkan gol pada minit ke 24 selepas pemain penyerang Turki Al-Ammar berjaya menumpaskan penjaga gol Azri Abdul Ghani ketika berhadapan satu lawan satu.
Arab Saudi mendominasi separuh masa pertama namun penjaga gol Azri menjadi penyelamat beberapa percubaan bahaya termasuk menyelamatkan sepakan penalti Al-Ammar.

Separuh masa kedua Arab Saudi masih mengasak namun pasukan negara mencuba melakukan beberapa percubaan. Kemasukan Akhyar Rasid pasa separuh masa kedua sedikit mengubah rentak serangan negara namun kelewatan barisan pertahanan negara untuk mengawal benteng dihukum Arab Saudi.
Pada minit ke 78, Salem berjaya menambah gol kedua pasukan Arab Saudi sekaligus menyukarkan peluang Malaysia melakar kejutan. Penyerang negara yang sedang mencuba nasib di Jepun, Hadi Fayyadh berjaya menyudahkan peluang terbuka pada minit ke 88 namun ia agak terlambat untuk mengejar satu lagi gol bagi mendapatkan satu mata.
Keputusan penuh menyaksikan pasukan negara tumpas 1-2 kepada Arab Saudi.

[ AFC B-19 : Lima perkara daripada perlawanan Arab Saudi vs Malaysia]

Ligakampung.com menyaksikan perlawanan tersebut di FoxSport sebentar tadi. Memang banyak yang perlu diperbaiki oleh pasukan negara. Pasti ranjau selepas ini semakin mencabar kerana barisan pemain muda negara perlu berhadapan Tajikistan dan China untuk menempatkan diri ke peringkat kalah mati.
Adakah Akhyar Rasid disimpan untuk perlawanan akan datang atau beliau mungkin sudah kepenatan beraksi dalam banyak kejohanan tahun ini?

Berikut merupakan kesebelasan utama pemain yang beraksi menentang Arab Saudi
Azri Abdul Ghani,
Anwar Ibrahim (Feroz Baharudin 79’),
Syaiful Alias,
Shivan Pillay,
Ahmad Tasnim Fitri,
Zahril Azri,
K. Thivandaran,
Nurfais Johari (Ramadhan Saifullah 69’),
Nik Akif Syahiran,
Izreen Izwandy (Akhyar Rashid 55’),
Hadi Fayyadh.

Video Highlight Malaysia vs Arab Saudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.