Kejohanan Bola Sepak Piala AFC U23 : Malaysia berpuas hati satu mata ikat Jordan

Selepas tumpas teruk di tangan pasukan Iraq pada perlawanan pertama peringkat kumpulan . Dalam perlawanan yang baru sahaja tamat sebentar tadi menyaksikan pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun berjaya mengikat pasukan Jordan dengan baik.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee dikejutkan dengan kesilapan jangkaan penjaga gol negara Haziq Nadzli pada minit ke 16 yang membenarkan penyerang Jordan, Ward Al Barri menolak bola ke pintu gol yang ternganga. Sedar dengan kesilapan itu pasukan Malaysia memperkemaskan aksi dan memberikan tumpuan terhadap serangan.
Hasilnya pasukan Malaysia dihadiahkan dengan sepakan penalti apabila pemain penyerang dari Kedah, Akhyar Rashid dijatuhkan. Safawi Rasid mengambil tugas menyempurnakan sepakan penalti sekaligus telah menghasilkan gol penyamaan pasukan negara.

Adam Nor Azlin bersaing di udara dengan pemain Jordan. Sumber Gambar :- Twitter AFC.com

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang hampir membuahkan gol. Akhyar Rashid yang menjadi nadi serangan Malaysia hampir menjaringkan gol kedua namun sepakannya terkena palang. Pasukan Jordan pula mempunyai beberapa peluang satu lawan satu namun kali ini Haziq membuktikan kemampuan beliau menghadang serangan dari penyerang Jordan sekaligus menebus kesilapan gol awal.
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 . Ia merupakan satu petanda yang baik untuk pasukan negara tetapi pasti perlawanan selepas ini lebih mencabar kerana perlu bertemu jagoan Arab Saudi. Semoga pengalaman para pemain muda ini akan menjadi titik tolak bagi mereka untuk maju dan akan mengalas tugas sebagai pemain senior dalam masa terdekat nanti.

Statistik Aksi Malaysia menentang Jordan

Gol Jaringan Jordan oleh Ward Al Barri

Gol Penalti Safawi Rasid – Memang Dia Rembat Kaw-kaw

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply