LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Bola Sepak Piala AFC Bawah 23 : Gol Danial Amer bawa skuad negara cipta sejarah

Barisan pemain bawah 23 tahun negara mencatat sejarah tersendiri. Selepas bermula dengan suram dibelasah oleh pasukan Iraq , barisan negara mula mengorak langkah.
Mengikat Jordan dengan keputusan seri pada perlawanan kedua, barisan negara bertemu gergasi bola sepak Asia, Arab Saudi. Barisan pemain negara yang tidak diberikan harapan untuk melangkah ke peringkat seterusnya melakar kejutan BESAR dalam sejarah bola sepak negara.
Melayakkan diri ke peringkat suku akhir bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Menumpaskan pasukan Arab Saudi juga satu pencapaian yang masih sukar untuk dilakukan oleh barisan senior dan remaja negara dalam tempoh berpuluh tahun.
Dalam perlawanan peringkat kumpulan yang telah tamat sebentar tadi, barisan pemain bimbingan Ong Kim Swee berjaya mendapatkan gol seawal minit ke 28 melalui rembatan kencang di dalam kotak penalti oleh Danial Amier. Pemain berasal dari Kuala Lumpur berusia 20 tahun itu berjaya melakukan tendangan selepas bola singgah di kaki tatkala barisan pertahanan lawan melakukan ‘clearance’ yang tidak sempurna.

Selepas itu perlawanan lebih banyak menyaksikan pasukan Arab Saudi melakukan serangan untuk mendapatkan gol. Walaubagaimanapun pasukan negara juga sekali sekala berjaya melakukan serangan balas yang menggusarkan barisan pertahanan Arab Saudi.
Barisan pemain muda Malaysia terus bertahan dan berdisplin sehingga ke minit akhir seterusnya melakar kejutan untuk berjaya menjadi pasukan yang akan mengiringi pasukan Iraq untuk ke peringkat suku akhir. Tahniah pasukan negara.

Sedutan Kejohanan Bola Sepak Piala AFC Bawah 23 : Perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi

Sumber :- Twitter AFC

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)