Kejohanan Badminton Thailand Masters 2018 : Chan Peng Soon/Liu Ying pegang kejuaraan, Jun Hao tunduk

Sebentar tadi berakhirnya kejohanan Masters Thailand 2018 yang menyaksikan 2 wakil negara beraksi di perlawanan akhir.
Pemain perseorangan lelaki remaja berusia 19 tahun, yang juga juara Kejohanan Remaja Asia 2017 serta naib juara Kejohanan remaja dunia 2017 , Leong Jun Hao bertemu pemain berusia 29 tahun dari Indonesia, Tommy Sugiarto.
Berbeza pengalaman antara kedua-dua pemain, Tommy Sugiarto mempunyai deretan kalungan emas termasuk menjuarai Kejuaraan Masters Thailand 2017. Sudah pasti juara bertahan itu mempunyai kelebihan dari segi pengalaman berbanding Jun Hao yang masih mentah dalam kejohanan bertaraf dunia.

Mampukah Leong Jun Hao mengalas tanggungjawab selaku pemain utama negara menggantikan lagenda Lee Chong Wei selepas ini?

Dalam perlawanan antara dua pemain itu, Jun Hao terpaksa akur dengan perbezaan pengalaman apabila tumpas straight set 16-21, 15-21 dalam tempoh masa 43 minit. Walaupun berusaha dengan baik namun kelemahan terutama dalam melakukan ‘return’ yang sering keluar memberikan mata percuma kepada anak kepada bekas juara dunia Indonesia, Icuk Sugiarto itu.
Semoga ia menjadi pengalaman kepada Jun Hao yang berada di ranking ke 215 dunia apabila berjaya menumbangkan ramai pemain berpengalaman seperti Zulfadli Zulkifli(MAS)ranking 44 serta Yun Hu(TPE)ranking 35.

| Leong Jun Hao ketika berusia 12 tahun |

Bagi pasangan beregu campuran pula, Goh Liu Ying/Chan Peng Song berjaya mengotakan janji untuk mengondol kejuaraan pertama mereka. Pasangan pemenang pingat perak Olimpik 2016 yang baru digandingkan semula ini berjaya menumpaskan pasangan pilihan ketujuh dari Thailand Puavaranukroh Dechapol/ Supajirakul Puttita.

Pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang digandingkan semula selepas dipecahkan untuk seketika

Liu Ying/ Peng Soon mengambil masa 1 jam 8 minit untuk menumpaskan pasangan tuan rumah itu dengan keputusan 21-15, 14-21, 21-16.
Pasangan ini tidak bertemu sesama mereka sekaligus menjadikan ianya pertarungan pertama bagi mereka. Ia merupakan keputusan yang baik bagi pasangan beregu campuran ini yang akan mempunyai cabaran dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel nanti.
Sudah pasti kudrat mereka masih diperlukan untuk menghasilkan keputusan terbaik dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

Bagi acara perseorangan wanita pula, Sonia Cheah terpaksa akur dengan kehebatan pemain tuan rumah Jindapol Nitchaon selepas tumpas di separuh akhir.
Bagi acara beregu wanita pula, wakil negara Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean juga tumpas di separuh akhir kepada pasangan pilihan pertama dari Thailand, Kititharakul Jongkolphan/Prajongjai Rawinda.
Bagi acara beregu lelaki pula, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang baharu sahaja digabungkan semula hanya selangkah ke akhir apabila tumbang di separuh akhir di tangan pasangan beregu lelaki Thailand Isriyanet Tinn/ Namdash Kittisak.

Apapun tahniah kepada barisan pemain badminton negara. Cuma nampak barisan pemain Thailand mula mendominasi acara-acara yang sebelum ini mereka jarang tersenarai. Semoga barisan BAM perlu mencari formula terbaik untuk memastikan Malaysia masih relevan dalam arena badminton dunia.

Saksikan Video Penuh Perlawanan antara Goh Liu Ying/Chan Peng Song menentang Puavaranukroh Dechapol/ Supajirakul Puttita.


Saksikan Video Penuh Perlawanan antara Leong Jun Hao menentang Tommy Sugiarto

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply