LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Badminton Terbuka India 2018 : Tiada wakil Malaysia di akhir, Iskandar tumbang di separuh akhir

Kejohanan Badminton Terbuka India 2018 menyaksikan tiada wakil Malaysia di perlawanan akhir yang akan berlangsung petang nanti.
Wakil yang mara jauh hanya Iskandar Zulkarnain yang kandas di separuh akhir.

Iskandar, yang sebelum ini mengenepikan pemin no 3 dunia dari India K Srikanth pada pusingan kedua terpaksa akur kepada pemain no8 dunia dari China, Shi Yuqi dalam perlawanan mendebarkan di Stadium Tertutup Siri Fort.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam sembilan minit itu, Iskandar yang berkedudukan 86 dunia tumpas dengan keputusan 21-18,10-21, 19-21.

Aksi memberangsangkan dalam kejohanan ini cukup membanggakan bagi pemain yang akan mengalas tugas sebagai pemain perseorangan ketiga dalam kelayakan Piala Thomas nanti.
Walaubagaimanapun isu kecederaan mungkin sedikit merisaukan kem badminton negara. Ini nampak berlaku ketika di set ketiga perlawanan menentang Shi Yuqi. Ketika mendahului di kedudukan 16-14 Iskandar terpaksa diberikan rawatan yang sekaligus menyaksikan pemain lawan berjaya mendapatkan mata.
Ini perlu diberi perhatian kepada pihak berkaitan. Bagi lain-lain kategori juga agak mengecewakan bila pemain-pemain tewas lebih awal dari sepatutnya. Semoga post-mortem perlu dilakukan oleh BAM dan kelab-kelab badminton lain.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Kejohanan Badminton Terbuka India 2018 : Tiada wakil Malaysia di akhir, Iskandar tumbang di separuh akhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)