LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Badminton Dunia 2019 : Apa Jadi Pemain Kita

Kejohanan badminton Dunia 2019 telahpun berakhir pada hari Ahad lalu. Seperti dijangka, dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei maka tiada wakil barisan hadapan negara untuk ke akhir.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel, Switzeland tempohari didapati pasukan Jepun berada dalam kelas tersendiri apabila memiliki 5 wakil di perlawanan akhir itu dengan dua darinya berjaya menjadi juara.
Manakala bagi barisan negara hanya dua wakil yang berjaya melangkah ke suku akhir iaitu beregu pilihan kelima iaitu Chan Peng Soon/ Goh Liu Ying dan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Ini menunjukkan betapa meningkatnya pasukan Jepun yang juga dilatih oleh anak watan dari Melaka iaitu Jeremy Gan.
Bukan sahaja pasukan Jepun, jiran terdekat iaitu Thailand juga mempunyai wakil dalam acara beregu campuran sedangkan 20 tahun lalu mereka tiada pemain yang setanding dengan atlet badminton negara.

Mengapa agaknya ini terjadi? Adakah pasukan-pasukan ini mempunyai fasiliti yang lebih gah dari Malaysia ? Atau adakah pemain negara tidak segagah pemain-pemain dari Jepun? Perlu diingat terdapat juga beberapa pemain yang bukan datangnya dari negara yang kuat dalam sukan badminton.
Michelle Li yang menumpaskan pemain negara, Soniia Cheah berasal dari Hong Kong dan berhijrah ke Kanada. Bermain mewakili Kanada adakah mempunyai fasiliti dan sparing partner yang lebih berbanding Soniia?
Realitinya, Michelle Li kini menduduki ranking ke 9 dunia meskipun Kanada bukanlah negara yang mengenali badminton sepertimana rakyat Malaysia. Tetapi mampu berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dimana usianya hanya setahun lebih tua dari Soniia.


Goh Jin Wei ? Dimana beliau? Nampaknya pemain muda negara ini ada masalah dari segi kekuatan fizikalnya. Adakah beliau mengalami kecederaan atau isu lain? Maaf kalau Ligakampung.com terlepas pandang.

Lee Zii Jia menghadirkan sedikit sinar tetapi masih banyak perlu diperbaiki. Dalam usianya yang telah meniti 21 tahun, beliau perlu mampu bersaing dengan pemain di peringkat tertinggi. Pemain no 1 dunia, Kento Momota hanya tiga tahun lebih tua darinya.
Jadi dia masih perlu untuk mencari jalan untuk menumpaskan pemain terbaik dunia ketika ini. Pemain ini yang mungkin boleh melepasi legasi Lee Chong Wei cukup gah berada di persada ranking badminton dunia.
Dalam perlawanan ketika menentang Kento Momota, terlalu jauh level antara Zii Jia dan pesaingnya. Sesuatu perlu dilakukan jiuka beliau ingin menjadi pengganti Lee Chong Wei. Cuba perbaiki aspek mental kerana dari segi fizikal beliau mempunyai kelebihan terutama dari segi ketinggian.
Smash tajam mampu dihadirkan namun kelekaan sehingga mengakibatkan ‘unforced error ‘ perlu diperbaiki.

Dalam aksi beregu pula, mungkin Goh Liu Ying/Chan Peng Soon perlu mencari formula terbaik untuk mereka berada sebaris dengan jagoan dunia. Meskipun berada di rangking ke 5 tetapi barisan pemain yang berada di hadapan mereka adalah lebih muda di dalam lingkungan 20-22 tahun.
Mereka mempunyai kelebihan dari segi stamina dan fizikal dimana Goh dan Chan perlu menggunakan segala pengalaman mereka berada dalam arena badminton untuk menguasai gelanggang terutama untuk menuju ke Olimpik 2020 pada tahun hadapan.
Beregu lelaki dan wanita pula tiada yang boleh dibanggakan apabila kebanyakan tidak melepasi sasaran yang baik. Adakah harapan beregu lelaki masih di tangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang tidak nampak arahnya? Itu persoalan yang hanya mampu dijawab oleh mereka.

Melihat kepada keputusan kejohanan ini, harapan untuk memungut pingat dalam Sukan Olimpik sedikit sukar. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh semua yang terlibat termasuk dari BAM mahupun professional.
Impian untuk mengapai pingat emas mungkin sukar namun masih ada sinar untuk mencapai pingat seandainya pemain mampu melakar kejutan.

Selain itu, post mortem perlu dilakukan terutama oleh pihak BAM mengenai situasi ini. Kemungkinan pemain-pemain muda boleh dibentuk untuk bermain dalam kejohanan kecil selepas ini bagi memberikan konfiden kepada mereka.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)