LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Badminton Dunia 2013 : Hanya Datuk Lee Chong Wei ke separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kejohanan badminton dunia 2013 pada tahun ini berlangsung di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China. Hari ini masuk pusingan suku akhir dan hanya 2 wakil dari negara yang berjaya layak iaitu pemain perseorangan no 1 negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong.
Lee Chong Wei yang turun selaku pilihan utama bertemu pemain perseorangan Indonesia iaitu Tommy Sugiarto yang juga pilihan ke 8 manakala beregu utama negara yang juga pilihan kedua bertemu pemain pilihan kelima dari Korea Selatan iaitu Kim Ki Jung/Kim Sa Rang. Perlawanan kedua-dua wakil dari negara ini telahpun tamat dan keputusannya adalah seperti berikut :-

Keputusan suku akhir badminton dunia 2013

badminton-world-championship-2013-guangzhou3

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto 21-6, 21-9
Lee Chong Wei
Beregu Lelaki
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Kim Ki Jung/Kim Sa Rang 15-21, 16-21

** Perlawanan Lee Chong Wei pada separuh akhir adalah menentang pemain China, Du Pengyu. Pasti bukan tugas mudah menentang pemain muda China ini.

Nampaknya sekali lagi beban memikul tanggungjawab negara terletak di bahu pemain perseorangan negara. Beregu utama yang disasarkan untuk ke perlawanan akhir tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Keputusan ini patut memungkinkan Persatuan Badminton Negara (BAM) untuk mengambil tindakan drastik. Ini kerana terdapat beberapa pemain senior negara yang masih ditakuk lama. Walaupun pemain perseorangan seperti Chong Wei Feng dan Liew Darren tumbang di tangan Lin Dan dan Chen Long tapi keputusan perlawanan tidak menunjukkan peningkatan.

Lagipun kedua-dua pemain itu telah mencapai umur 26 tahun iaitu tahap sepatutnya mereka telah matang. Keputusan-keputusan yang tidak memberangsangkan sepatutnya membuka mata kepada pihak BAM untuk membenarkan mereka mencari haluan lain. Begitu juga dengan pasangan beregu negara, satu kaedah terbaik perlu dilakukan bagi memperbaiki status badminton negara. Kalau dilihat, pasangan beregu Indonesia telah mula meningkat naik dan bakal memberikan cabaran kepada pasangan beregu lain tetapi kita masih mengharapkan pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang nampaknya sukar untuk pergi lebih jauh lagi. Ini berdasarkan prestasi tahunan mereka yang tidak mampu memenangi kejohanan besar badminton.
Mungkin sudah sampai masanya mereka dipecahkan atau dikeluarkan dari BAM tanpa prejudis. Seeloknya pemain beregu muda diberi peluang untuk menyertai banyak kejohanan sirkit super pada masa hadapan bagi mematangkan mereka. Telah terlalu banyak peluang diberikan kepada pasangan beregu utama itu.

Bukan hanya tanggungjawab BAM sahaja, kelab-kelab badminton di Malaysia juga perlu mencari formula untuk bersama-sama memajukan pemain-pemain mereka. Kalau dilihat prestasi pemain dari kelab-kelab professional pun tidaklah segah mana. Pemain yang bernaung dibawah kelab mereka juga tidak menampakkan prestasi yang lebih baik dari pemain BAM. Sepatutnya mereka menjadi pencabar kepada BAM sekaligus akan menjadikan persaingan dalam sukan badminton negara lebih sihat.

Sekian..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)