LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 : Skuad Lelaki dan Wanita Mudah Tumpaskan Lawan

Lawan yang dihadapi oleh skuad badminton negara pada hari ini bukanlah lawan yang kuat. Pasukan badminton lelaki negara yang sebelum ini tumbang kepada pasukan Thailand pada perlawanan pertama mudah menumpaskan pasukan Myanmar dengan kemenangan 5-0.
Perseorangan pertama yang dipikul oleh Lee Zii Jia tidak menghadapi masalalh untuk menumpaskan pemain Myanmar, Naing Phone Pyae dengan keputusan 21-3, 21-10.
Soong Joo Ven yang diberikan peluang selaku perseorangan kedua pula tidak menghadapi masalah untuk memungut mata kedua negara selepas menumpaskan Aung Myo Htoo 21-9, 21-7.


Iskandar Zulkarnain yang tumpas pada perlawanan pertama tempohari memastikan mata ketiga negara dengan menundukkan Chan Win Oo dengan straight set 21-10, 21-10.

Pasangan beregu yang diketuai Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pula tidak mengalami masalah menumpaskan pasangan Myanmar Phone Myat Arkar-Toe Hein Si Thu dengan keputusan 21-5, 21-5.
Goh Sze Fei/ Nur Izzudin yang memegang tanggungjawab selaku beregu kedua pula tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan Aung Myo Htoo Myo dan Chan Win Oo dengan keputusan 21-12,21-9.
Perlawanan menentang Taiwan pada hari esok pasti menjadi lebih getir selepas ini. Diharap percaturan Misbun akan menjadi selepas ini.

Bagi pasukan wanita pula mereka tidak menghadapi masalah untuk memungut mata kedua kejohana selepas menumpaskan Filipina dengan keputusan 5-0.
Sonii Cheah yang memikul tugas pemain perseorangan pertama menundukkan Sarah Joy Barredo dengan keputusan 21-7, 21-6. Goh Jin Wei pula menumpaskan Airah Mae Nicole Albo dengan keputusan 21-6, 21-7.
Lim Yin Fun pula mendapatkan mata ketiga menumpaskan Thea Marie Pomar dengan keputusan 21-5, 21-8. Pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo-Tee Jing Yi menumbangkan Airah Mae Nicole Albo- Alyssa Yasbel Leonardo dengan keputusan 21-12, 21-8.
Pasangan beregu kedua wanita, Chow Mei Kuan-Goh Yea Ching menumpaskan pasangan Sarah Joy Barredo- Thea Marie Pomar dengan mata 21-13, 21-14.
Selepas ini pertarungan menentang Thailand akan menentukan juara kumpulan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)