post

Kejohanan AFF 2018 : Malaysia tumbang di Hanoi

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A, skuad negara yang bertandang ke Vietnam terpaksa berputih mata pulang dengan tangan kosong selepas tumpas kepada tuan rumah.
Perlawanan yang mana skuad negara mempunyai kelebihan kawalan bola namun kekuatan benteng pertahanan serta kelalaian barisan pertahanan negara di hukum.
Skuad Vietnam yang bermain sebagai satu unit yang cukup kental berjaya membolosi gawang Malaysia seawal minit ke 11 oleh pemain Nguyen Cong Phuong yang mendapat peluang melakukan satu rembatan menewaskan Khairul Fahmi yang cuba menghalang.
Biarpun banyak menguasai bola namun tiada serangan berbahaya yang dilakukan oleh barisan serangan negara yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha.

Sebaliknya pada separuh masa kedua Nguyen Anh Duc menjaringkan gol kedua pada minit ke 61 selepas satu through pass cantik oleh pemain Vietnam yang menumpaskan barisan pertahanan negara.
Jaringan kedua itu menyukarkan barisan pemain negara untuk bangkit sekaligus menyaksikan Vietnam mendapat 3 mata penuh. Ini juga bermakna, skuad negara akan berhadapan perlawanan terakhir dengan Myanmar sebagai perlawanan hidup mati bagi meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.

Ligakampung.com melihat bahawa masih banyak yang perlu diperbaiki terutama di bahagian tengah. Kekurangan pemain yang kreatif menyebabkan barisan serangan semakin tumpul dan tiada idea. Percubaan Tan Cheng Hoe dengan meletakkan barisan pemain serangan muda nampaknya tidak menjadi apabila Shahrel Fikri, Akhyar dan Sumareh tidak berjaya membocorkan barisan pertahanan Vietnam yang ampuh bertahan. Gandingan pertahanan antara Aidil dan Syahrul Saad juga agak kurang berkesan pada malam ini. Kalau dilihat Vietnam jarang melakukan serangan tapi apabila ia berlaku, kita nampak kekalutan barisan pertahanan negara. Sesuatu perlu dilakukan bagi perlawanan menentang Myanmar selepas ini. Elakkan bolos awal kerana ia akan memberikan tekanan kepada skuad kita. Selain itu, cuba juga mencari idea untuk melakukan set piece ketika sepakan sudut, sepakan percuma kerana setakat ini ia masih belum cukup baik. Banyak sepakan percuma dan sepakan sudut diterima namun jarang yang menghasilkan bahaya kepada pasukan lawan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.