Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejohanan AFF 2018 : Malaysia tempah kemenangan sukar

Perlawanan kedua bagi skuad Malaysia menentang Laos di tempat sendiri memberikan 3 mata penuh buat anak buah Tan Cheng Hoe. Meskipun beraksi di gelanggang sendiri namun skuad Malaysia menghadapi kesukaran untuk menumpaskan pasukan Laos.
Pasukan negara ketinggalan pada pada minit ke 7 melalui sepakan percuma pemain Laos, Phithack Kongmathilath. Skuad negara tidak berputus asa dan pada minit ke ke 15, ketua pasukan Zaquan Adha menyambung hantaran lintang untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 15.
Separuh masa kedua menyaksikan jurulatih memasukkan pemain serangan seperti Akhyar Rasid , Shahriel Fikri dan Hazwan Bakri. Walaupun serangan bertali arus namun gawang gol Laos sukar ditembusi oleh penyerang skuad negara.

Kredit Picture Dunia Sukan Online

 

Norshahrul Idlan Talaha berjaya mendapatkan gol yang dinantikan pada minti ke 86 selepas menyempurnakan peluang di depan pintu gol pada minit ke 86. Pada minit terakhir Norshahrul mencetak nama sebagai penjaring selepas menanduk masuk bola hantaran Akhyar Rasid sekaligus mengesahkan kemenangan buat skuad Harimau Malaya.
Tahniah kepada skuad Malaysia tetapi banyak yang perlu diperbaiki terutama dari barisan serangan. Selepas ini kita perlu bertemu pasukan yang lebih baik dari Laos jadi peluang tidak perlu dipersia-siakan. Nampak tumpul barisan serangan terutama di separuh masa pertama.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)