LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kegagalan Skuad Badminton di Super Series Terbuka Malaysia 2015

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2015 mencatat keputusan yang teruk bagi skuad badminton negara. Seperti dijangka tiada wakil di perlawanan akhir yang berlangsung pada hari ini namun yang lebih memburukkan lagi apabila tiada langsung wakil di peringkat separuh akhir.
Di tambah lagi dengan kemelut jurulatih BAM yang tidak menyambung kontrak pasti ia akan menjadi tanda tanya bagi peminat badminton negara.
malaysia-open-2015

Sememangnya ia satu tamparan besar selaku tuan rumah kejohanan yang berprestij ini. Kegagalan beberapa pemain di pusingan awal menandakan bahawa mereka sudah patut disingkirkan dari BAM. Persatuan Badminton terulung negara itu perlu mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan berbanding mengharapkan pemain senior yang sudah tidak mampu untuk bersaing di kelompok teratas lagi.
Bukan sahaja BAM, pasukan kelab juga perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan ini. Walaupun tanggungjawab mereka tidak sebesar BAM namun mereka perlu menghadirkan jagoan di arena antarabangsa. Pemain kelab seperti Zulfadli Zulkifli, Misbun Ramdan, Arif Latif sepatutnya sudah berada dalam kelompok pemain terbaik dan bukan sekadar hanya memenangi kejohanan bertaraf kebangsaan ataupun level rendah.
Mereka sepatutnya sudah mampu bersaing untuk merebut 10 pemain terbaik dunia dengan memenangi sekurang-kurangnya 1 kejohanan Super Series. Begitu juga dengan pemain wanita yang sebelum ini mempunyai potensi untuk maju.

Pasukan BAM dan professional perlu mencari idea untuk memajukan pasukan badminton supaya tidak jauh dari pasukan lain. Tidak perlu terlalu mengharap kepada keputusan doping Datuk Lee Chong Wei. Beri tumpuan untuk memajukan pemain badminton negara dan seeloknya memberikan keputusan tegas kepada pemain yang sudah berkali-kali diberi peluang. Kurangkan pemain dan beri tumpuan kepada yang sepatutnya layak sahaja. Jika tiada usaha untuk memajukan barisan pelapis, maka kita hanya akan melihat sahaja barisan pemain luar menyapu bersih pingat bagi kejohanan Terbuka Malaysia untuk tahun-tahun seterusnya.

Sekian. Harapan dari seorang peminat badminton negara.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Kegagalan Skuad Badminton di Super Series Terbuka Malaysia 2015

  1. Kita lihat bila ada morten frost selaku penasihat teknikal nie apakah kesudahannya.. Kalo gagal juga bukan sebab morten frost laa..memang sebab struktur BAM yang sedia ada mesti berubah wajah.

    Lantik orang yang tahu badminton lebih penting dari lantik orang yang hanya tahu mentadbir pentadbiran sahaja.

    Bagi MSN tadbir kalau susah2…tapi aspek kejurulatihan mereka bagi kuasa penuh pada mereka yang betul2 layak.

    p/s: Kenapa misbun membisu? Sebab kecewa dengan BAM jek..

    1. @si bongkok, orang pentadbir perlu ada untuk dapatkan penajaan dan sebagainya.. tapi kena beri kebebasan penuh pada yang bahagian teknikal..
      elok jangan terlalu campurtangan dalam bahagian tersebut..

      1. @zool,

        Saya tidak kat org pentadbiran tidak perlu ada dalam BAM cuma skrg mereka yang telah mentadbir itu sudah terlalu lama utk berada dalam BAM…

        Berilah peluang org lain utk beri sinar baru pada pentadbiran BAM. Dah bawa masuk morten frost pon jika beliau dikelilingi dengan org yg sama, xnampak sangat perubahan mampu dijelmakan…

        Bawalah li yong bo ketua jurulatih china yg sezaman dengan razif sidek pon pastinya belum mampu bawa perubahan jika org pentadibiran dari kalangan yg sedia ada…

        Sekadar pandangan saya shj..

  2. Betul.. Sebaiknya BAM meneruskan usaha mencari pelapis negara. Memang bukan mudah, akan tetapi usaha itu perlu dilakukan. Bukan semua orang sebertuah Lee Chong Wei yang mempunyai bakat yang besar. Bakat yang kecil harus dipupuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)