LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kegagalan pasukan Malaysia di Piala AFF 2016 : Apa yang perlu dilakukan ?

Mungkin sedikit lewat menulis mengenai kegagalan pasukan bola sepak negara di Kejohanan Piala AFF 2016 lalu. Tatkala kebanyakan media berdiam diri, mungkin kecewa dengan kegagalan barisan pemain bimbingan Datuk Ong Kim Swee, kami di Ligakampung.com ingin menulis pendapat kami juga.
Memang amat mengecewakan bagi kami selaku peminat bola sepak negara. Apatah lagi harapan yang diberikan tinggi untuk mengulangi pencapaian menjadi naib juara pada Piala AFF Suzuki 2014 ketika di bawah bimbingan Datuk Dollah Salleh.
Namun harapan kabur selepas pasukan bergelar Harimau Malaysia sekadar menang tipis 3-2 dengan Kemboja dan tumpas 0-1 kepada Vietnam dan Myanmar. Keputusan ini menyebabkan pasukan negara menduduki tangga ketiga Kumpulan B dengan Myanmar dan Vietnam melangkah ke separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Myanmar itu.

Keputusan telah berlaku dan tiada guna untuk menangisi kegagalan ini. Sekarang ini pihak berkaitan perlu melakukan ‘post-mortem’ bagi memastikan pasukan bola sepak negara kembali menyinar dalam kejohanan bola sepak antarabangsa. Antara yang perlu dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah :-

1) Menukar Ketua Jurulatih iaitu Datuk Ong Kim Swee dengan jurulatih yang berprofil tinggi. Mungkin sudah sampai masanya untuk kembali mendapatkan jurulatih asing yang lebih berpengalaman. Mungkin Ong Kim Swee perlu meletak jawatan sebelum beliau dipecat kerana KPI yang ditetapkan tidak dicapai. Ini lumrah seorang jurulatih jadi beliau perlu menerima hakikat yang banyak perlu dipelajari oleh beliau.
Mungkin elok kiranya kalau beliau berkelana jauh di luar negara berbanding hanya melatih pasukan tempatan.

2) Pengurusan FAM juga perlu berubah. Banyak isu yang dikemukakan oleh penyokong bola sepak tempatan hanya dipandang sepi sehingga keputusan tidak mampu digapai. Kalau kita lihat, perlawanan persahabatan berkelas A juga tidak menarik apabila hanya menentang pasukan yang sama taraf sahaja. Elok kiranya barisan negara bertarung dengan pasukan handalan terutama dari Eropah atau Afrika. Pasti mereka akan lebih banyak mengenai fizikal dan taktikal.

3) Pemain muda seeloknya berkelana di luar negara. Kita dapat lihat dalam Liga Malaysia sendiri pemain terutama di barisan serangan tidak mendapat tempat disebabkan ia diisi oleh pemain import. Mungkin pemain muda boleh mencuba beraksi di Liga bawahan Jepun, China, Korea Selatan yang lebih kompetitif. Mungkin cabaran cukup besar dan risiko gagal seperti Titus James Palani boleh berlaku. Namun jika tidak mencuba di luar, pemain akan terus kekal sebegini.

4) Taktikal permainan yang tidak sesuai. Bermain long ball dalam keadaan tiada pemain yang tinggi serta laju bukanlah kaedah yang baik. Pasukan negara perlu mencari taktikal yang lebih sesuai dengan suasana dan fizikal pemain. Hantaran pendek dan pantas perlu menjadi rutin bagi pemain Malaysia yang rata-rata mempunyai ketinggian di bawah 6 kaki.

5) Pemain veteran boleh menggantung but bersara. Jika baru-baru ini terdapat ramai pemain bertaraf kebangsaan yang menggantung but walaupun sepatutnya masih mampu jadi pemain seperti Amri Yahyah, Safee Sali, Ronny Harun sudah boleh membuka ruang kepada pemain seperti Hazwan Bakri, Shahrul Saad untuk beraksi. Mereka sudah hilang ketajaman berbanding ketika berusia 20-an dulu. Mungkin peluang pemain skuad Bawah 21 tahun juga boleh diberikan selepas aksi Sukan SEA 2017 nanti.

Okay cukuplah sedikit pendapat Ligakampung.com mengenai kegagalan skuad negara dalam Piala AFF 2016. Post mortem perlu dilakukan dan barisan pemain negara perlu mempunyai sasaran yang lebih besar selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)