Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ayat di atas memang agak teruk strukturnya tapi diharap anda semua dapat memahami maksud yang ingin disampaikannya. Kalau tak faham juga boleh terus layan bait-bait perkataan kat sini. Mungkin dapat menangkap maksud tersurat.

Hari ini saya ke Melaka Sentral atas dasar kerja dan singgah sebentar ke sebuah kedai makan. Kedai makan tersebut terletak di dalam. Kedai makan tersebut memang tidak pernah disinggahi sebelum ini tapi saja je ingin mencuba. Tapi alangkah malangnya ianya tidak mampu lagi menarik diri ini. Inilah kali pertama dan kali terakhir saya singgah ke kedai makan ‘H ——-’..

Saya yakin anda juga pernah mengalami situasi seperti saya di mana terdapat kedai makan yang menjadi kunjungan kali pertama dan terakhir.. Berikut merupakan antara perkara yang tidak diberi perhatian oleh penguasaha kedai-kedai makan :-

1. Harga mahal dan tidak setanding dengan rasanya..
2. Pelayan tidak mesra dan menarik. Tidak semestinya awek lawa yang jaga. Yang penting kemesraan yang terpancar di wajah.
3. Kebersihan.. Kalau lalat merayau-rayau agak tak selesa pelanggan nak makan. Lagi cantek kalau nampak si tikus berasmara dana..
4. Tokei kedai berborak dan memekak dengan pekerjanya. Aiyo nak bergaduh pun tunggu le pelanggan cabut makcik oit.
5. Lembab. Tunggu dekat 1 jam tak dapat makanan. Lagi best kalau orang lambat datang dapat dulu..
6. Bila order je makanan takde.. Sedangkan kat papan tanda tulis macam-macam ada..

Rasanya cukup la setakat tu. Saya yakin anda boleh menambah beberapa perkara lagi.. APa lagi.. Silakan..

p/s :- Terperasan tadi yang si Khai pun ada buat entri pasal komplen kedai makan. BUkan ciplak ye…

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (17)