Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kedah tumbangkan JDT di laman lawan untuk menjuarai Piala Sumbangsih 2017

Juara Piala Malaysia 2016, pasukan Kedah berjaya menumbangkan pasukan juara Liga Super 2016, JDT untuk menjulang Piala pertama dalam Liga Malaysia, Piala Sumbangsih 2017. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin malam Jumaat lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan masa sebenar.

Pada perlawanan tersebut, menyaksikan pasukan tuan rumah memulakan aksi dengan garang melalui percubaan barisan pemain-pemain namun seringkali tersasar. Pada minit ke 40, gawang gol Kedah yang dikawal oleh Abdul Hadi Abdul Hamid bolos melalui sepakan penalti tepat oleh ketua pasukan JDT, Safiq Rahim selepas pemain import baharu JDT, Brian Ferreira.

Ketika perlawanan separuh masa hamper tamat, pemain pertahanan kanan JDT S Kunalan dilayangkan kad kuning kedua sekaligus mendapat kad merah dan diperintah keluar padang. Ia susulan tindakan beliau menjatuhkan pemain Kedah, Ahmad Fakri Saarani di luar kotak penalti. Walaupun mendapat peluang sepakan percuma berhampiran kotak penalti namun pemain import Kedah, Sandro melakukan sepakan chip lemah yang mudah di tolak keluar oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Kekurangan seorang pemain memberikan kelebihan kepada skuad Helang yang terus mengasak dan ketua pasukan Kedah menjadi penyelamat melakukan jaringan gol di luar kotak penalti pada minit ke 62. Selepas itu kedua-dua pasukan berbalas serangan namun tiada jaringan dihasilkan sehingga tamat masa perlawanan. Kedua-dua pasukan mendapat 1 mata pertama bagi perlawanan Liga Super 2017.

Bagi menentukan pasukan yang akan menjulang Piala Sumbangsih 2017, penentuan sepakan penalti dilakukan. Gol penalti JDT dijaringkan oleh Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Gabriel dan Safiq Rahim manakala sepakan Brian Ferreira diselamatkan oleh Abdul Hadi. Kedah pula menjaringkan gol melalui Muhd Farhan Roslan, Muhd Akram Mahinan, Ken Ilso, Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi. Keputusan berakhir dengan 5-4 dimana Kedah dinobatkan sebagai juara.

kedah-sumbangsih

Tahniah kepada pasukan Kedah dari kami di Ligakampung. Nampak agak menarik juga perlawanan kali ini. Semoga ia dapat diteruskan oleh kesemua pasukan untuk merancakkan lagi Liga Malaysia ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)