post

Kedah naib juara Liga Super 2020

Pasukan Kedah berjaya muncul naib juara Liga Super 2020 selepas menumpaskan pencabar yang juga jiran setempat iaitu Perak.
Dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Ipoh, pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah selepas memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

Pasukan Kedah berjaya menemui gol pada minit ke 28 melalui penyerang import Kpah Sherman yang berjaya memperdayakan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.
Tiga minit kemudian, pemain muda Kedah Fadzrul Danel Nizam berjaya mencatat nama selaku penjaring hasil lorongan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.

Perak mendapat sepakan penalti pada minit ke 42 namun tendangan penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri diselamatkan penjaga gol Kedah, Azri Abdul Ghani.
Namun sepakan penalti itu dibatalkan selepas Azri dikesan keluar terallau awal dari kawasan dan Leandro tidak mensia-siakan peluang itu.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Leandro berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan tepat selepas hantaran cantik dari sepakan percuma Rafiuddin Rodin.

Kedah yang tampil dengan lebih baik pada separuh masa kedua berjaya mendapatkan gol hasil tandukan Alves yang berpunca daripada sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar.
Kemenangan itu mengesahkan Kedah bergelar naib juara dengan 22 mata manakala Perak jatuh ke tangga keempat dengan 18 mata.

  • STADIUM ASTRO
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.