LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kedah Juara Piala FA 2019

Tahniah !! Pasukan Kedah berjaya menjuarai Piala FA 2019 selepas berhempas pulas sehingga minit tambahan. Dalam perlawanan yang tamat sebentar tadi sekitar jam 11.50 malam, pasukan Kedah berjaya mendapatkan gol keramat pada minit 105 melalui pemain gantian, Mohd Fadzrul Danel.
Gol jaringan pemain berusia 21 tahun itu menyaksikan Kedah dinobatkan juara pada Piala FA 2019 . Menariknya perlawanan ini juga diserikan dengan pengadil serta penolong pengadil dari Jepun bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir ini.
Pengadil perlawanan Takuto Okabe yang berusia 38 tahun itu menjalankan tugas dengan sebaiknya serta melayangkan satu kad merah kepada pemain Perak, Amirul Azhan Aznan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian Jamal untuk mengulas perlawanan akhir iaitu :-

1) Jamal mendapati terdapat beberapa pemain tempatan yang agak baik. J. Parthiban dari Perak telah melaksanakan tugas dengan baik selaku pemain sayap kanan pasukan Perak. Kalau dilihat corak permainannya, mungkin ada gaya pemain JDT, S Kunanlan. Mungkin prestasi beliau patut di perhatikan oleh Tan Cheng Hoe dan barisan kejurulatihan skuad negara.
Begitu juga dengan penjaring tunggal perlawanan ini, Fadzrul Danel yang memberi impak selepas kemasukan. Mungkin beliau perlu diberi ruang oleh jurulatih untuk meningkatkan potensi beliau.

2) Keadaan padang yang tidak baik. Agak menyedihkan bila perlawanan akhir ini berlangsung dalam keadaan padang yang tidak sempurna. Pihak pengurusan perlu mengambil inisiatif bagi memastikan keadaan padang lebih baik terutama pada perlawanan akhir Piala Malaysia nanti.

3) Pengadil luar dari Jepun iaitu Takuto Okabe memainkan peranan yang baik dalam perlawanan akhir ini. Tiada kontroversi tentang keputusan dilakukan oleh pengadil dan juga penolong pengadil ( Akane Yagi dan Osamu Nomura) pada perlawanan sehangat ini.

4) Kesilapan tidak mengeluarkan bola ketika kekurangan seorang pemain akibat kecederaan memberikan kesan besar kepada Perak. Ketika kekurangan pemain dan masa semakin hampir ke penghujung, para pemain Perak mengambil keputusan untuk meneruskan aksi. Ia mengakibatkan pemain Kedah melakukan counter attack dan menyebabkan Amirul Azhan terpaksa melakukan terjahan dan mendapat kad merah.
Kad merah tersebut memberi kesan pada separuh masa pertama tambahan.

5) Kedua-dua pasukan lebih berhati-hati pada separuh masa pertama tetapi mula menyerang pada separuh masa kedua.

6) Pasukan Perak banyak mendapat peluang dan ada beberapa kali terkena palang. Namun Kedah juga mempunyai peluang satu lawan satu yang gagal diterjemahkan oleh barisan penyerang.

7) Banyak sekali aksi sepakan percuma dalam perlawanan ini. Ini mungkin ketegasan pengadil yang mengawal perlawanan.

8) Tiada bumbung bagi ‘bench’ pemain. Menarik bukan? Kalau hujan tak tau le apa jadi kat diorang semua ni.

9) Sejarah tercipta di Malaysia Book of Records dimana seramai 83,520 orang telah menjayakan Viking Clap.

[ Asal Usul Viking Clap ]

Itu serba sedikit kisah dalam perlawanan yang Jamal kongsikan. Sekali lagi Jamal mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang berjaya menjuarai perlawanan ini meskipun ada keraguan selepas dibelasah oleh Felda United dalam perlawanan terakhir Liga Super 2019.
Selepas ini kita saksikan pula Piala Malaysia 2019 yang pasti lebih banyak aksi.

Sumber Gambar :- Twitter Harian Metro

Twitter Zulhelmi Zainal

Twitter Malaysia Football League

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)