Mungkin anda akan merasakan bahawa si Zool ini seorang yang berfikiran negatif kerana asik-asik topik yang negatif je dipostkan di blog ini. Sebenarnya saya bukanlah terlalu berfikiran negatif tapi ingin bersama berkongsi emosi negatif yang sudah semestinya ada pada setiap manusia.. Selain dari memperbaiki diri topik-topik yang dibentangkan sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang mungkin mengalami masalah seperti yang dibincangkan. Sebenarnya fikiran negatif sentiasa wujud dalam diri kita. Diharap melalui perbincangan di blog ini perkara negatif dapat digantikan dengan perkara yang positif.. Amin…
Kecewa.. Satu perkara yang seboleh-bolehnya ingin dielakkan oleh kita namun mahu atau tidak kita pasti akan mengalaminya.. Bila bicara tentang kecewa ramai yang sering mengaitkan dengan cinta. Bagi yang kecewa kerana cinta anda boleh melihat petua di url ini. Namun sebenarnya kecewa lebih meluas. Kecewa berlaku apabila seseorang itu gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati. Sebenarnya saya selalu mengalami kekecewaan namun kekecewaan yang paling besar ialah ketika dalam era pengangguran. Saya menganggur lebih 2 tahun dan ianya memang memberi kesan lebih-lebih lagi bila melihat rakan-rakan sebaya telah mula membina kehidupan masing-masing. Bayangkan bila melihat rakan-rakan lain telah memiliki profesion yang bagus dan memiliki harta yang hebat. Pastinya timbul rasa cemburu dan kecewa bila mengenangkan perkara tersebut. Walaubagaimanapun Allah itu adil, walaupun kita selalu lupa padaNya petunjuk dan bantuan tetap diberikan. Dalam keadaan kecewa itu saya diberikan bantuan dan akhirnya kini berjaya mendapat pekerjaan yang agak baik. Harap-harap saya tidak lupa padaNya. Setelah mengingati kembali peristiwa kekecewaan yang dialami saya akui ia sedikit sebanyak mematangkan dan menginsafkan diri ini. Ini kerana tanpa kekecewaan mungkin kita akan lupa diri. Saya perhatikan ada banyak orang yang lupa diri setelah mendapat kejayaan secara tiba-tiba dan diharapkan saya tidak seperti mereka.. AMin..
Jika mengalami kekecewaan biasanya saya akan :-
1) Bersiar-siar tenangkan fikiran.
2) Surf internet baca komik-komik manga.
3) Tido…
4) Dengor lagu..
Pernahkah anda merasa kecewa? Bagaimanakah anda mengawalnya? Pastinya anda mempunyai cerita-cerita menarik dan pandangan bernas untuk dikongsi dalam blog saya ini..
Sekadar hiasan.Kucing nie pun kecewa kot sbb tu lepak dalam kotak popcorn..
p/s : Terima kasih kepada ktom sebab bantu buat menu top commentator.. Alamak tuan rumah pun ada sekali kat top commentator.. Tak aci le kan…He he he….. Amacam gambo banner header baru ?? Ok tak???










July 22nd, 2007 at 5:21 pm
oh kecewanya diri ini lantaran hutang belum selesai lagi… adesh…
kenapa mesti kecewa?
[Reply]
July 22nd, 2007 at 6:20 pm
hye…tumpang lalu…
[Reply]
July 23rd, 2007 at 12:12 am
abdfatah - he he hutang mesti selesai baru ilang kekecewaan dirikan.. kenapa kecewa ? apa-apa sekalipun kecewa perlu dihindarkan walaupun bukanlah semudah yang disangkakan..
emmacommey - lalu le.. tapi harap-harap ini bukan lawatan yang terakhir..
[Reply]
July 23rd, 2007 at 11:12 am
Bila saya kecewa, saya selalu fikir bnyk lagi org yg lagi kecewa dari saya, mcm org yg dlm peperangan, org dlm kebuluran, org yg ditimpa bencana sbb diorang lagi mmg hidup dlm kecewa, so at least saya akan bersyukur dgn apa yg kita dah ada, walaupun tak hebat, tapi kita lagi bernasib baik dari diorang
[Reply]
July 30th, 2007 at 11:33 am
Kesian zool, kecewa bukan perkara biasa bagi saya dan saya berkali-kali mengelaminya.Satu cara untuk mengubati kecewa ialah menangis dan rasakan betapa tangisan itu boleh mengubat hati.
Pasal kecewa tiada kerja,memang itu saya juga pernah mengalaminya,apatah lagi kalau kawan-kawan sudah mempunyai profession sendiri , lagi tambah kecewa.
Kalau bukan kerana kelalaian JPN di daerah saya (Kota Marudu,Sabah,saya dah dapat masuk Universiti.2 tahun lebih baru KP saya sampai, bila check-check,oh my nenek,ada dengar-dengar pegawainya bergiat dengan dadah,aduhai..saya tidak tahu sekarang ini mcm mana.
Gara-gara itu,saya kecewa dgn kelewatan mereka.Dlm masa yang sama,ada kasus menjual KP di daerah sandakan- daripada mereka juga,
Sebab itulah saya tidak dapat masuk Universiti sebab tak ada KP,sebab dulu maklumat mesti Key In guna komputer dan memerlukan KP.
Saya terlepas,dan benar-benar kecewa.Sampai sekarang,kalau saya lawat pejabat,ada sahaja saya nak pecat mereka satu persatu.(Kalau ikutkan hati)
Nasihat saya,banyakkan bergaul dengan orang yang berfikiran positif dan boleh membantu zool untuk terus bangkit.Jangan bergaul dengan orang yang bersikap negetif.Sudah tentu pengaruh yang palin besar ialah daripada orang yang terdekat dengan kita…Harap boleh membantu…
[Reply]
July 31st, 2007 at 3:48 am
tq atas nasihat san..
semoga ianya dapat membantu saya menjadi orang yang lebih positif di masa ini..
[Reply]
August 3rd, 2007 at 5:15 am
Ada hikmatnya bila kita dikecewakan..cuba direnung2kan apa yang menyebabkan kita dikecewakan. Berfikiran positif. Kadang2 kecewa itu lah yang membangkitkan kita dari terleka. Terleka yang boleh menghancurkan diri kita.
[Reply]
December 24th, 2007 at 5:32 am
kecewa buat saya berdiam diri dan pasrah.tapi,bukan bermakna saya kalah.saya rela berundur andai itu sudah takdirnya.yang penting saya hepi bila tengok dia hepi.Allah dah tentukan segala2nya.hanya Dia yang tahu apa yang tersurat…..
[Reply]
February 4th, 2008 at 3:47 pm
saya bingung bila dikecewakan. Tapi bila dah kecewa, rasa macam bodoh je… nak senyum pun payah…. tapi the best way… saya buat bodoh je…. serah je kat allah… kalau ikut hati saya dah mati dah….
[Reply]
March 10th, 2008 at 3:57 am
jangan kecewa…banyakkan buat kerja2 yang berfaedah…akan lupa rasa kecewa… pastu nilai balik kelemahan diri
[Reply]