BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » sukan » Kecederaan Lee Chong Wei tidak serius

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ramai peminat sukan telah mengetahui bahawa Datuk Lee Chong Wei telah mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan Piala Thomas Malaysia menentang Denmark baru-baru ini. Perkara ini menggusarkan memandangkan cabaran Olimpik hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi. Kecederaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kerana beliau merupakan harapan negara untuk mencipta sejarah mengutip emas pertama di sukan berprestij itu.
Mengikut Institut Sukan Negara (ISN) kecederaan Datuk Lee Chong Wei tidak serius dan dijangka beliau mampu sembuh sepenuhnya dalam masa empat minggu lagi. Ini selepas imbasan MRI dilakukan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC). Ini sedikit sebanyak merupakan berita baik bagi peminat badminton negara.
Sumber :- Sinarharian

Image Hosting
Walaupun berita ini sedikit sebanyak menggembirakan namun pihak berkaitan perlu mengambil tindakan berjaga-jaga. Pastinya tekanan yang dihadapi oleh Lee Chong Wei lebih tinggi. Selain dari harapan peminat, beliau juga terpaksa menguatkan mental agar tidak dibelenggu dengan ketakutan kecederaan itu. Diharap beliau mampu meneruskan perjuangan dalam sukan badminton ini.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :808

8 thoughts on “Kecederaan Lee Chong Wei tidak serius

  1. akubiomedNo Gravatar says:

    Kita memerlukan pelapis terlalu mengharap kepada DLCW.

    Reply

    Jebeng Otai™No Gravatar Reply:

    kesian lak kat die..mcm terbeban lak..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang terbeban pun..
    takde backup plak tu.. cam Lin Dan ada backup Chen Long

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le.. pelapis masih tak de lagi..
    yang ada sekarang tak mampu bersaing dgn pemain kelas dunia

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    hoho..sedih aku nih dibuatnya..

    Reply

  3. eims @ emasNo Gravatar says:

    betul, tak ada pelapis.. semuanya mengharapkan DCLW
    bukannya sekali DLCW tak dapat main utk malaysia & mengecewakan rmai peminat. tapi still xada backup

    Reply

  4. iAwaniNo Gravatar says:

    … masih belum ada pemain jadi pelapis Lee Chong Wei, moga satu hari nanti Hafiz Hashim mampu menyaingi kehebatannya.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Hafiz????? Hafiz dah nak pencen dah.. pemain perseorang kedua, Liew Daren pun dah 25-26 sedangkan pemain Jepun, Kenichi Tago yang masih berumur 23 tahun

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge