BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Keburukan dan kebaikan laman sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat si Zool, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang taip ni).

Untuk entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet ..

Keburukan laman sosial

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. :(
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..
3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.. :)

Cukuplah setakat ini. Sememangnya ada pro dan kontra dalam penggunaan laman sosial. Yang pentingnya anda kena bijak menggunakan ke jalan yang betul..

p/s :- Keburukan dan kebaikan yang dinyatakan memang berkait rapat dengan si ZOol. Ia tidak bermakna kesannya sama pada setiap orang. Bergantung kepada masing-masing.. Jika anda ingin menggunakan entry ini dalam karangan, pengucapan awam dipersilakan tapi diharap jangan ‘copy paste’ bulat-bulat sebab ada ayat yang tidak sesuai untuk keadaan anda.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :42973

24 thoughts on “Keburukan dan kebaikan laman sosial

  1. myadlanNo Gravatar says:

    Mujurlah blog tak kena blok jugak.. hehe tapi takat blog boleh je taip draf dulu senang kan.

    takde orang pakai proxy ke? boleh kot masuk.. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. tapi blog aku takleh schedule.. mesti missed schedule ….

    Reply

  2. applesakuraNo Gravatar says:

    hehehehe betoi2… banyak baekneyrrr laman2 sosial nih.. cume takot ramai yg salah gune.. kan? kan? hee

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    biasa ramai salahgunakan je..

    Reply

  3. afhamNo Gravatar says:

    da 3 kali jumaat mengenai mende nie..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takde plak kat sini atau aku tertido kot.. huhuhuh

    Reply

  4. khairilNo Gravatar says:

    banyak keburukkan dari kebaikkan..
    tp kalau pandai guna mmg byk faedah

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul2 kena bijak gunakannya

    Reply

  5. Bb HussainNo Gravatar says:

    apa2 pun kena berpada2 kan ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    selalu susah nak berpada-padakan tu..

    Reply

  6. imranNo Gravatar says:

    Gunakan pada kebaikan. Baik jadinya. Kalau keburukan, lain jadinya. Pandai-pandai la menggunakan kemudahan yang disediakan.

    p/s : Laman sosial untuk promte blog :D

    Reply

  7. Semua benda mestilah ada sisi baik dan buruk. Begitu juga social web. Kita harus menggunakannya untuk kebaikan saja. Biar kerja kita menjadi lebih maju ataupun berhasil, kita harus melihatnya sebagai tools saja.

    Reply

  8. pidot ayamNo Gravatar says:

    sye race klo facebook gne tok jual ayam kn bgus

    Reply

  9. puthreeNo Gravatar says:

    hehe i ambik ni utk pertandingan debat.
    alhamdullilah membantu jugak..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    wah.. bagus2.. bangga gak sebab idea digunakan.. menang ke?

    Reply

  10. Hidayah_idaNo Gravatar says:

    nasib baik ade blok tentang keburukan dan kebaikan… dpt bantu utk menjawab exam utk.. esok..klu kuar soalan nie

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    harap2 dpt membantu

    Reply

  11. [...] penggunaan facebook dan laman sosial mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Sehubungan itu,masalah-masalah berkaitan perlu ditangani secara rasional dan bukan emosional. Pada [...]

  12. GABAN-999-^^!No Gravatar says:

    thank you!!
    This is i wanted to search!!
    hahahaha…
    suddenly!
    POP! OUT!
    hehehe!
    THX!^^!

    Reply

  13. nanaNo Gravatar says:

    thx… nseb baek la ad text n… mudh la ckit cye nk wt isi tok p’bhasn nnt…

    Reply

  14. chalyn ricsksNo Gravatar says:

    thanksss for this lama social , im take it from you give your idea to my teacher , she’s likee waaa ~ haha , thanks again :)

    Reply

  15. triple zNo Gravatar says:

    saya mencari, mengapa rangkaian sosial merupakan cara yang berkesan dalam menyampaikan dakwah, email saya kalu dapat…
    TQ

    Reply

  16. Izzat EshakNo Gravatar says:

    Banyak juga salah guna laman sosial saban hari

    Reply

  17. HafizAmriNo Gravatar says:

    Kadang-kadang laman sosial ni byk buruk nya dari baikny akalau di salah guna,
    HafizAmri recently posted…Kelebihan Surah Al-FatihahMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge