LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

KBS saran terbitkan lebih banyak buku sukan

UALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Penerbit-penerbit buku disaran menerbitkan lebih banyak buku-buku berkaitan kajian sukan untuk dikongsi dengan orang ramai.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong yang membuat sranan itu mengambil contoh kajian yang dilakukan oleh Institut Sukan Negara (ISN), yang menurutnya boleh dibukukan untuk kegunaan masyarakat umum supaya manfaatnya dapat dirasai oleh semua.

“Buku berbentuk biografi ahli sukan juga jika diterbitkan mampu memberikan inspirasi kepada peminat sukan, khususnya masyarakat,” katanya di Majlis pelancaran Buku-Buku Sukan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.
.- BERNAMA

Ligakampung.com nak memberi sedikit komen tentang berita tersebut sebagai salah satu sumber penulisan dalam bidang sukan. Ligakampung.com amat mengalu-alukan cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerana kita kekurangan buku mengenai kajian sukan terutama yang melibatkan sukan tempatan.

Buku biografi juga perlu diperbanyakkan bagi membolehkan kajian dilakukan melibatkan pengalaman seseorang atlet itu. Mungkin biografi atlet zaman moden seperti Lee Chong Wei dan Nicol David boleh ditemui di pasaran tetapi atlet-atlet lama perlu diketengahkan. Mungkin zaman berbeza namun pengalaman yang dilalui oleh atlet pasti ada kesamaan walaupun generasi yang berlainan.

Buku-buku ini perlu untuk dijadikan rujukan bukan sahaja sebagai bentuk sejarah tetapi untuk melihat kaedah kejayaan sesuatu atlet. Ia juga boleh menjadi inspirasi kepada atlet-atlet muda di sana yang ingin menceburi bidang sukan. Kejayaan para atlet membuktikan bahawa sukan boleh menjadi kerjaya yang cerah di masa hadapan.

Mungkinkah Ligakampung.com boleh menerbitkan sebuah buku mengenai sukan di masa hadapan? Ia tidak mustahil dilakukan sekiranya kami mendapat bantuan terutama dari Tuhan serta dari rakan-rakan pembaca sekalian. Kami sendiri masih kekurangan kepakaran dari segi cerita mengenai sukan untuk diketengahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.