LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

KBS bakal bina stadium ragbi pertama Malaysia

Pasukan Ragbi Malaysia akan mendapat sesuatu yang diidamkan selama ini. Pihak Kementerian Belia dan Sukan ingin merealisasikan impian Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi memiliki stadium ragbi pertama negara.
Apatah lagi selepas kejayaan pasukan ragbi negara mempertahankan kejuaraan Divisyen Satu, dalam Kejohanan Ragbi Asia yang berlangsung pada Sabtu lalu selepas menumbangkan skuad Sri Lanka 22-9 dalam perlawanan akhir.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dalam kenyataan memaklumkan bahawa KBS sedang mengadakan rundingan bersama pemilik tanah di Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membina stadium ragbi pertama Malaysia.
Ia pasti memberikan semangat yang lebih kepada pasukan ragbi di Malaysia yang selama ini hanya bermain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya untuk sukan sea nanti.

Ligakampung.com mengucapkan syabas dan semoga ianya mampu direalisasikan dalam tempoh terdekat ini. Sukan ragbi sebenarnya popular juga di Malaysia cuma ianya kurang mendapat pendedahan dan tiada liga professional menyebabkan kebanyakan hanya bermain sekadar hobi atau secara sambilan sahaja.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)