LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

KB Petaling Jaya rangkul kejuaraan Badminton Purple League 2017

Pasukan Kelab Badminton (KB) Petaling Jaya merangkul kejuaraan selepas menundukkan pasukan KB Puchong United dengan keputusan 13-9 di Arena of Stars, Resorts World Genting petang tadi.

KB Petaling Jaya yang sebelum ini menduduki tangga kedua pada musim lalu berjaya mencapai kejayaan walaupun berhadapan tentangan sengit pasukan lawan.

Pada perlawanan perseorangan lelaki pertama, pemain KB Puchong United dari Taiwan, Chou Tien Chen menumbangkan wakil KB Petaling Jaya, Dani Harsheel dengan keputusan 6-11,8-11,11-3,11-7,11-8.

KB Puchong United sekali lagi mengutip mata selepas Tai Tzu Ying menumpaskan pemain KB Petaling Jaya Deng Xuan dengan keputusan 10-11, 9-11,11-9,11-8, 5-0. Gandingan beregu lelaki KB Petaling Jaya, Kim Sarang- Koo Kien Keat bukan tandingan pasangan beregu KB Puchong Lim Khim Wah-Tan Chee Tean selepas mereka mudah menundukkan pasangan lawan dengan keputusan 11-5, 11-9,11-9.

Aksi beregu campuran pula menyaksikan pasangan KB Petaling Jaya Shin Baek Cheol- Woon Khe Wei menumpaskan pasangan KB Puchong Christinna Pedersen- Yoo Yeon Seong 5-11, 11-8,11-9,9-8. Pemain perseorangan terakhir KB Petaling Jaya, Goh Giap Chin menceriakan kem apabila mencatat kemenangan mengatasi pemain KB Puchong United, Soo Tech Zhi 11-4, 11-8, 7-11, 9-11,11-8.

Tamat sudah Purple League 2016/2017.Sememangnya ia sedikit berbeza berbanding kejohanan lain. Selain menggunakan 11 mata sebagai penamat, kejohanan ini juga menggunakan 30 minit maksimum dalam satu perlawanan dimana pemain perlu menghabiskan game dalam tempoh tersebut. Selain itu dalam aksi juga setiap kemenangan dikira matanya dan bukan hanya mengikut mata kemenangan para pemain sahaja. Cukup unik cumanya Ligakampung.com belum boleh menerima kaedah ini. Bagaimana dengan anda? Setuju dengan kaedah ini?

Fakta :

Pemain Import : 8 orang

Pemain Tempatan :  6 orang

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)