Katrij Printer HP F4280

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harap semua dalam keadaan bersedia untuk membaca artikel kali ini.. Mungkin ada yang perasan bahawa saya telah membeli pencetak ( ops kejap pencetak kejap printer) HP F4280. Tak mustahil ada diantara anda yang menggunakannya.. Ye lah mempunyai fungsi pencetak, scanner dan fotostat ianya sesuai untuk kegunaan rumah..

Mencari kartrij untuk HP F4280 di internet agak sukar.. Saya telah cuba bertanya dengan pakcik ‘google’ tetapi tiada berjumpa carian yang sesuai..

Setelah ‘frust’ ngan awek tak balas ym kesukaran mendapatkan info di internet akhirnya saya terus membelinya di kedai berhampiran.. Kartrij HP 60 black dibeli dengan harga RM58.
Agak mahal juga setelah dibandingkan dengan beberapa harga yang ditunjukkan dalam internet sekitar RM50-55.. Tapi takpelah sebab nak pakai terus je beli tanpa berfikir panjang..

Sampai je rumah terus je pasang pada pencetak namun alangkah pedihnya ulu hati bila kedua-dua jenis kartrij iaitu hitam (black) dan warna ( color) mesti melepasi berisi.. Adoi.. Ingatkan kalau hitam je isi dah memadai tapi kena lepas protokol pula.. Malang sungguh… Akhirnya terpaksa juga cari ke kedai komputer.. Kali ni saya cuba mencari yang warna di kedai Bukit Beruang pula..
Jumpa pun satu kedai dan alangkah terkejutnya bila harganya hanya RM45 (warna_). Saya juga bertanya bagaimana dengan harga hitam.. Penjual memberitahu yang sama harganya.. Waduh ruginya ..

Tapi takpelah.. Itu merupakan satu ketentuanNya..Mungkin selepas ini saya akan lebih teliti dalam mendapatkan barang-barang komputer.. Perlu membuat perbandingan sebelum membeli..


Kredit Pic :- Nova10.com.my

Dan sekarang pencetak telahpun berfungsi dan insyaallah saya akan cuba untuk menghasilkan kad perniagaan (ada meniaga ke si Zool ni??) setelah tertangguh akibat tiada dakwat dalam pencetak…

p/s:- Mungkinkah saya akan menggunakan refill selepas ini?? Agak takut almaklumlah pencetak baru 3 bulan digunakan.. Takut rosak le plak nanti..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2430
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

4 Responses to “Katrij Printer HP F4280”

  1. !x0r@No Gravatar says:

    Teringat masa mula-mula nk tukar katrij printer saya.. takut btul.. takut tersilap. Siap mintak tolong kawan ajar thru YM lg. hahaha. Lepas tu guna refill.. penah jugak ink menitik kena seluar masa tengah isi refill tu. haha. macam2 la pengalaman pasal menda ni.. skang dah reti, dah takde masalah dah nak tukar katrij atau nk refill.. :D

    Reply

  2. K. PlateNo Gravatar says:

    This printer is great. Easy to setup: run installation cd on your computer to setup up software onto your computer and to setup wirelessly just follow the on-screen wizard located on the lcd screen of the printer. When setting up the printer wirelessly if you have MAC Filtering security on your home network you may have to print out a configuration page to get the MAC address and enter the MAC address into your router settings, otherwise you should be able to allow network access to your printer through your network settings and be on your way. The printer prints very fast in black

    Reply

  3. Hahahaha, nice story bro ! :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuh. ni perli ke??

    Reply

Leave a Reply