Layan Survey pun boleh dapat duit.. Jom le join apa pk lagi
Powered by MaxBlogPress  

Eh pejam celik.. Tak sangka rupanya blog ini telah berusia 2 bulan…
Huhuhu…. Baru 2 bulan sibuk nak tulis kat post ni.. Tapi bukan senang nak beri komitmen untuk menghasilkan 51 post dalam tempoh 2 bulan ini. Terpaksa memikirkan setiap masa untuk idea-idea yang mampu memikat ramai.. Mungkin blog ini tidak sehebat blog Alang yang berpengalaman dalam arena cyber dan dua tahun bergelar usahawan…
Masih banyak yang perlu dipelajari dari segi teknik-teknik untuk memikat pengunjung-pengunjung blog seperti teknik di blog smartzul.
Dalam tempoh 2 bulan ini banyak yang saya dapat selain dari meluahkan emosi dan bercerita tentang-tentang perkara kehidupan.. Sudah semestinya saya berbangga dengan setiap komen-komen yang ditulis di blog ini…
Bercerita tentang pengunjung saya dapati ramai yang menyokong blog ini dengan menghantar komen-komen bernas.. 
Melalui pemerhatian saya terdapat beberapa pengunjung :-
i.  Pengunjung setia —> pengunjung yang sering melawat blog ini dan meninggalkan komen… Cth :- san, abang em r, huda, etc
ii.  Pengunjung rajin —> pengunjung yang sibuk tapi masih berkesempatan untuk meninggalkan komen. Cth :- ktom, abdfatah, naem, etc
iii. Pengunjung terpaksa —> pengunjung yang menghantar komen secara paksa/rela sebab tiap-tiap minggu hantar emel kepada mereka..Cth :- isya,DengDang, saszz77, etc…
iv. Pengunjung memaksa —> pengunjung yang hanya datang setelah bosan melihat emel-emel promosi blog yang saya hantar tapi tidak meninggalkan komen..
v. Pengunjung singgah —> Pengunjung yang datang sekali sekala samada meninggalkan komen atau tidak..
vi. Pengunjung pemerhati —> pengunjung yang singgah untuk memerhati perkembangan blog ini .. He he he ada ker??
v. Tak suka dipaksa —> Ha ha ha.. Kategori ni apabila telah dihantar emel langsung tak mengunjungi blog ini… Bukan anda, kerana anda sedang membaca blog ini..
Jadi agak-agaklah anda dalam kategori apa ye??

31 Responses to “Kategori Pengunjung”

  1. rajin zool buat survey…banyak kategori pulak tu…
    anyway…saya dalam kateori apa???
    ops…jangan lupa singgah blog saya…ada contest sedang menanti…bersama sesuatu yang lumayan…

    [Reply]

  2. adilla —>ala sikit-sikit je.. kalau ikut pemerhatian saya adilla dalam kategori ii. pengunjung rajin…
    he he he…. dah tengok dah blog awak.. HUhuhu susah lah contest tu sebab takde pengalaman lagi..

    [Reply]

  3. Aku belum tau lagi masuk dalma kategori mana satu pasal ni first time masuk blog ni.

    [Reply]

  4. Hasbullah Pit—> Tq lah kerana sudi melawat blog ini…. kalau ikut kategori bolehlah masuk dalam kategori ‘pengunjung pemerhati’….. harap-harap sentiasa melawat blog ini dan menjadi pengunjung setia..

    [Reply]

  5. jangan lupa! ada gak pengunjung negatif yang suka buat komen negatif kat blog kita. Be ware!

    [Reply]

  6. teruskan usaha.

    [Reply]

  7. Zool,hanya tunggu 7 bulan lagi,blog kamu genap 9 bulan dan mula mencipta jenama dlm dunia internet.ehehe :) sa rasa kategori sa brubah2 tapi saya cuba untuk setia semasa idea nak bg komen.kalau tak ada idea,saya pun baca saja tapi biasanya saya ada idea,

    [Reply]

  8. Hehehe Zool, ada banyak kategori pengunjung rupanya ya….kini baru ku tahu…

    Zool, apa2pun harap2nya semua pengunjung akan memberi kerjasama dan terjalin hubungan yang murni.

    Lama tak singgah sini…rindu sangat2

    [Reply]

  9. Salam Siaran zool..
    Nama abang pun ada gak masuk kategori yer. Patut tersedak masa tengah makan buah pulasan tadi.. ada orang sebut nama rupanyer he he.

    Tahniahlah dah genap 2 bulan.. Teruskan usaha. kalau dah berjaya nanti jagan lupakan kami yer..

    [Reply]

  10. aku pengunjung baru ke sini, dan baru nak setia hehe… cuma kebelakangan ini aku amat sibuk dengan kerja. blog aku sendiri pun x berhapdet. tulisan ko nih rasmi sungguh rasa :-p

    [Reply]

  11. zuhairy —> biasalah mana2 pun pasti akan ada pandangan negatif.. senang je.. kalau melampau delete je…
    weirdoux —>tq.. masih berusah..
    san —> AMIN.. semoga blog ini akan dikenali hingga terbuka mata orang-orang yang memperlecehkan diri ini…
    ktom –> ini baru kategori pengunjung ktom.. Ingat nak buat kategori pengkomen plak….he he he..
    Abang Em R —> tak lupakan punya.. Kalau ada program datang Melaka beritaulah.. Tq..kerana menjadi pengunjung setia..
    shutterspeaks —> Saja je buat rasmi.. Lagipun kena latih sikit buat rasmi untuk improve sura-surat rasmi aku yang selalu direject oleh boss…
    Eh budak opis aku sorang pun tak tinggalkan komen lagi rupanya … tak sampai emel paksa lagi kot nie..
    He he he..

    [Reply]

  12. saya nak join kategori paksaan lagi. lagi banyak paksaan lagi banyak komen agaknya. meh sini paksa saya buat komen sebanyak2nya secara bertalu-talu…

    suka sangat komen bertalu2 yer…

    adesh, nak kena tendang dek wordpress lagi ke?? ngeh4…

    [Reply]

  13. abdfatah —> nak join kategori paksaan ye?? ok… nama anda akan disenarai dalam list emel…
    apsal??? cam marah je…. kena tendang dek wordpress?? tak paham aku…mende tu?? sabo2 jangan marah2…

    [Reply]

  14. hish… nampaknya dah terpaksa dah nih. maka dengan rasa terpaksanya nak bagi komen laa sebagai komen paksaan. wuahahaha… komen paksaan? bukan buruh paksaan… adesh. komen laa jangan tak komen.

    itu pasal citer komen bertalu2 dalam blog mael yang femes tu. skang nih dah settle dah.. blehlah saya bermaharajalela membuat komen.

    ada sesiapa lagi yang nak tag paksaan komen di blog anda?

    [Reply]

  15. huhuhuh… pengunjung pun ada kategorinya… huhuhu, tak sangka tersenarai sama….
    mcm aku ni masuk n komen blog orang je la.. nak buat blog sendiri cam tak sempat… dan yg paling utama sebenarnya malas… seronok baca n komen blog orang ni, tambah2 topik cam kena je ngan aku… huhuhuh.. apapun zool teruskan usaha…

    [Reply]

  16. Assalamualaikum. Terima kasih kerana melawat teratak. Berusahalah ya, saya bagi cabaran kepada kamu. Dalam masa 2 bulan kamu hasilkan 51 karya. Jadikan dua bulan berikutnya, 60 karya. 1 karya 1 hari.

    Apapun, salam perkenalan dari Teratak Nurani!!!

    [Reply]

  17. salam semua…

    hehehe…. aku rasa, macam paham jek, kenapa tajuk nie dikeluarkan.. Tak gitu en Zool…. :-)

    [Reply]

  18. Assalamualaikum semua,

    hari ini saya ada masa sikit nak layar blog ni so dapat la saya bagi komen sikit… ari ni telah selamat saya join satu majlis tahlil bersama-sama rakan pejabat…terlebih dahulu saya ingin ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nazrul walaupun saya cuma seketika saja dapat bertemu dengan Allahyarham tapi saya dapat rasakan Allahyarham memang seorang yang baik dan mudah bergaul dengan orang…semoga rohnya dapat dicucuri Rahmat oleh yang Maha Esa….

    [Reply]

  19. abdfatah —> rilek bro
    huda —> tak kisahlah dalam kategori mana pun. rajin-rajinkanlah komen selalu ye..
    Azhar Ahmad —> Insyaallah..
    firus —> ye ker en firus???
    amir —> hm… walaupun lari topik tapi takpelah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan golongan orang yang beriman..

    [Reply]

  20. saya ketegori orang baru.. ade ke tak ketegori tu ek? orang 1st time masuk dan ingin memberi cadangan ape kata kita terus je bertukar2 link… tkasih.. hehehe..

    [Reply]

  21. ehmm..yang negatif tu satu hal, ada plak yang buat spam! eiirrr, memang kena delete jer tu!

    [Reply]

  22. Aku pula di kategori mana ?
    mungkin vi. blogger part time .. ha..ha..

    betulke dalm 2 bulan 51 post. Aku dah 6 bulan, baru masuk 70.

    [Reply]

  23. azwanhadzree—> ye 2 bulan 51 post.. tapi post-post aku takdelah sehebat post-post ko.. Post-post biasa je….

    [Reply]

  24. pengunjung rajin??? hehehehe..rajin tu tak la rajin..tapi blog zool ni adalah blog petama yang diariadsense.com kunjungi..

    pada masa mula-mula dulu, saya tak tau cara terbaik untuk dapatkan pengunjung..jadi cara pertama ialah melawat blog-blog orang lain..dan blog ni adalah blog pertama yang saya sampai.

    insyaAllah, fikir-fikir nak buat post tentang bagaimana mendapatkan 4orang pengunjung dalam masa sebulan..hehehehe..
    hint dia ialah jangan buat post lansung kat blog..so memang takde pengunjung atau promosi pada satu blog je..

    [Reply]

  25. naem —> ye ker naem.. blog pertama yang diariadsense.com kunjung???
    apahal pun tq kerana sudi mengunjung…

    [Reply]

  26. nampaknya saya kena buat 10 fakta tentang diariadsense.com

    antaranya ialah :
    1) blog pertama yang dikunjungi
    2) pengkomen pertama yang sampai
    3) ermm..tak tau..nak balik fikir dulu..hehehe

    [Reply]

  27. Wan, jika nak tau zool ni gila menulis dan dialah yg paling popular sekali bab kunjung mengunjung sambil memberi komen. Ktom pun tak tahu cam mana dia ada semangat dan masa sampai cam tu sekali. Pi ler mana2 blog pun….nick zool ni pasti terpacak kat situ. Keep it up zool.

    zool, lepas ni kategori apa pulak ya?

    abdfatah, komen paksaan….wkakakakaka

    [Reply]

  28. naem —> he he he.. bagus lah camtu.. lepas nie nak buat pasal komen plak.. adalah beberapa idea yang nak ditulis pasal komen.. tapi biorle dulu.. yang pasti nak buat lain dari yang lain..
    ktom –> betullah tu.. saya memang gile menulis.. tak kisahlah kan.. mulut tak becok, tulisan je menggantikan kebecokannya….Semangat?? Nak gantikan semangat yang dah hilang tu… he he he…

    [Reply]

  29. ha..ha.. nampaknya aku kena tambah post2 aku :)

    [Reply]

  30. assalamualaikum…ni kali pertama aku masuk blog ko kot melalui blog bizmalaya…fuh baru 2 bulan…tapi post dah banyak….fulamak caya ler luuuu..blog i klu tak silap baru sebulan lenih kot..sama-sama kita maju k…

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Panduan | Strategi | Teknik | Motivasi, Perancangan dan Cita-cita « www.Hasrul.net

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>