Kanun Tanah Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni terbaca berita mengenai Kanun Tanah Negara diguna pakai di Labuan mulai 1 Januari. Tak tau pula yang Kanun Tanah Negara (KTN) ni tak diguna kat Labuan. Secara jujurnya saya tidak berapa tahu pasal KTN ni tapi kalau anda bercita-cita nak jadi Pegawai Daerah kena tau pasal ni. Sambil tu mari kita tengok sedikit info mengenai KTN ni..

Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. Dari tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud disemua negeri di Semenanjung Malaysia.

Sebelum 1.1.1996 ,semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang agak berlainan.Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang(yang di contohi daripada undang-undang harta dan pindahak Inggeris)yang dengannya suratikatan yang di sempurnakan secara persendirian adalah asas hakmilik bagi tanah.

Secara perbandingan sembilan buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh di perolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang diamalkan di sembilan buah Negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens atau sistem pendaftaran hakmilik.

KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum 1.1.1966). Untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1.1.1996.

Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka ), 1963, kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1.1.1996. Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri)

Sumber :- Wikipedia

Memang banyak perkara berkenaan tanah yang terkandung dalam KTN ni.. Kalau dapat mahir pasal ni sudah pasti mengetahui tentang prosedur hakmilik tanah .Walaupun sistem tanah di Pentadbiran Kerajaan Negeri berbeza namun dengan akta ini sedikit sebanyak ia diselaraskan.
Minta maaf tak dapat nak komen banyak sebab tak berapa mahir.. APa sekalipun jom semak maklumat Kanun Tanah Negara di website seperti berikut :-

Portal PTG
Sekiranya anda ada info dan maklumat mengenai KTN boleh berkongsi bersama di sini. Ia pasti dapat membantu saya dan pembaca di luar sana..

p/s :- Mungkin artikel ni sedikit berat dan ramai yang tak mau ambil endah tapi sebenarnya penting untuk kita sedikit sebanyak mengetahui tentang hal tanah ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1921
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Kanun Tanah Negara”

  1. Bb HussainNo Gravatar says:

    ahh..terasa kat ruangan p/s tu..kena baca betul2 ni..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mungkin satu hari kita kena buat pasal hal tanah cam pindahmilik..
    tak kisahlah samada pindahmilik rumah pusaka. kalau tau benda ni dpt mudahkan proses dan tak mudah kena tipu

    Reply

  2. suntzuNo Gravatar says:

    hai.. slam.. disini ada sedikit maklumat nak kongsi..
    maaf ya.. disini ada satu pembetulan
    NLC ni sebenarnya dah gne sejak 1965.. dan dikuat kuasa pada 1966

    kanun tanah negara atau national land cord… xle gne kat tanah adat.. macm n.sembilan sabah n serawak banyak tanah adat.. so NLC sukar nak di apply kat situ.

    Torrent sistem ni bagus sebab mereka ada menggunkn TOL atau hak pemilikan sementara so.. orang susah nak suka2 buat tanah haram.. menteri besar yang berkuasa kerana hal2 tanah dibawah kuasa kerajaan negeri.. dan dats y lah kes tanah yang kat pinag tu x selesai2.. kerana mereka guna deed sistem..dan begitu juga n.sembilan dan melaka..

    macm pinag pula spacial case… pinang dan melaka ada NLC mereka sendiri.. dan xleh gne yang yng negeri-bersekutu punya.. tanah di pinag tidk menggunakan title atau geran. mereka menggunakan surat peguam atau disebut surat ikatan dan ianaya adalah agreement antara mahkamah dan tuan tanah dan bukan dibawah kuasa pejabat tanah… sebagai hitam putih pemilikan tanah..

    NLC nih memmg diambil dari sistem torrent… sistem ni asalnya dari autralia.. oleh sir robert torrent..dan sebenarnya adalah sistem untuk pemilikan kapal.. dan sekarang telah di apply untuk kegunaan hartanah…

    Bgi melaka dan pinang plak mereka guna deed sistem…macm yang saya cakap tadi.. sistem ni xguna title.. sistem ni.. pihak mahkamah yang berkuasa.. dan bila ada masalah pemilikan mereka akan rujuk kat hakim dan bukan pada DO pejabat tanah.. sistem ni bahaya sikit..

    Tapi rasanaya di labuan memg patut guna torrent sistem ni.. sebab banyak masalah hakmilik disana.. kerana sistem torrent menggunakan geran dan ianaya adalah syarat nyata.. dan ada juga di sebut mirror principle dan curtain principle…

    Apapun saya hanya berkongsi ilmu yang ada..
    bagus post bro… xda lagi org yang ambil kisah benda2 macmni.. tahniah ya..!!

    maaf bro panjag sangat komen saya tu.. hehehe.. apapun saya mintak maaf kalau ada tersalah info.. dan info ni saya dapat dari apa yang saya belajar… Salam…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih kerana bagi info.. insyaallah nanti saya akan cuba semak samada info ni betul atau tak..
    saya pun ambil info ni dari internet pasti ada betul dan salah. kena rujuk buku yang sebetulnya..
    tapi bagus kalau tau pasal tanah ni sebab cam saya beritau akan datang mungkin kita akan melakukan pindahmilik sedikit sebanyak pengetahuan boleh digunakan..
    nanti tak dikelentong oleh lawyer..

    Reply

  3. studentNo Gravatar says:

    bro..mintak tolong..ade soalan ni..
    ade seorang ni.. die pinjam dgan bank..die ade tanah dgan rumah kedai kt tanah tu dengan cara die sewakan rumah kedai tu dgan sewaan kadar rm7000 sebulan..setelah beberapa lama..die ni x byar utang die ngan bank tu…s0..bank tu hantar agent untuk kutip duit sewaan tanpa beri notis dgan org yg berhutang..ape hak org yang berhutang ni..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yang sewa rumah kedai tu carilah kedai lain sebab dia memang tak de kena mengena dengan bank.. pihak bank perlu menghantar notis pada penghutang .. berapa tempoh saya kurang pasti tapi memang pihak bank ada hak untuk merampas kedai tu.

    Reply

  4. Student Planning UiTMNo Gravatar says:

    Salam.. nak tanya ckit bole?? kenapa ye sabah dan sarawak die tak guna akta kanun tanah negara?? mesti ade sejarahnya kenape kan?? bleh tau tak?? cecrite2.. hehe.. tq..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak berapa nak tau… mungkin ada org lain boleh tolong jawabkan.

    Reply

Leave a Reply