Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Sebenarnya saya bukanlah perokok tapi bila membaca tentang kenyataan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr S.Subramaniam supaya syarikat-syarikat rokok mengurangkan kandungan tar serta nikotin dalam tembakau adalah sesuatu yang menarik. Peraturan ini bagi menghapuskan tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia melalui kaedah mengurangkan tar dalam sebatang rokok dari 20 miligram kepada 10 miligram.
Selain mengurankan kandungan tar, nikotin langkah lai ialah membesarkan gambar kempen anti merokok pada setiap kotak tembakau atau kotak rokok kepada 50 peratus berbanding saiz 40 peratus sekarang. Selain itu, pengharaman promosi secara langsung serta tidak langsung juga dilakukan. Menurutnya juga, di Malaysia terdapat 10 peratus hingga 12 peratus atau 10,000 punca kematian setiap tahun adalah berpunca dari tabiat merokok.
Pada tahun 2011, 11,056 kematian di hospital kerajaan dikaitkan dengan tabiat menghisap rokok dan dianggarakan seramai 4 juta rakyat Malaysia adalah perokok. Menurutnya juga, rakyat Malaysia terutama dari golongan pertengahan juga menghabiskan di antara RM500 – RN600 sebulan untuk membeli rokok.
Sumber :- BERNAMA
Secara peribadi saya tabik kepada perokok tegar kerana mereka mempunyai hati yang cukup keras. Walaupun kempen serta kenaikan harga berlaku pada rokok namun mereka masih tidak mahu berhenti lagi. Dalam blog ini juga saya pernah mendapat komen dari perokok yang tidak sama sekali mempercayai fakta yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan dan ada yang menganggap rokok itu lebih penting dari makanan.
Saya mempunyai ramai rakan perokok tegar dan saya sebenarnya tidak menjangkakan yang melalui kempen ini mampu mengurangkan kadar perokok dalam kuantiti yang banyak. Walaubagaimanapun usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini amat baik bagi memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang lebih sihat.
Untuk berhenti merokok, rasanya yang penting adalah iltizam individu tersebut untuk berhenti merokok. Kempen dan teguran mungkin hanya dapat menyedarkan mereka dalam tempoh singkat. Usaha yang bersungguh-sungguh diperlukan untuk mereka berhenti merokok. Bagi mereka yang mempunyai azam untuk berhenti merokok, saya cadangkan agar anda mendapatkan ebook ‘ Panduan Berhenti Merokok’. Ebook ini ditulis oleh bekas perokok tegar yang mampu melepaskan diri dari belenggu rokok tanpa sebarang ubat-ubatan atau peralatan.
Jadi jika anda benar-benar ingin berhenti merokok dan mencari caranya, silalah klik pada gambar di bawah
Insyaallah anda mampu mengubahnya.. Dan kepada adik-adik sekalian, jangan-janganlah anda menghisap rokok kerana duit rokok tu anda boleh gunakan untuk beli benda lain yang lebih bermanfaat.. Tak gitu?
Sekian
Perang terhadap rokok yang masih belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan. Apa pun kempen untuk menggalakkan “orang” berhenti merokok perlu diteruskan sampai bila-bila.
betul tu
aku pun merokok gak..tp xdelah selalu sangat..
ko banyak duit dan kuat antibodi takpelah
Celah mana banyak duit…hisap rokok nusantara je..
perokok tegar memang ada semangat yang kuat
semangat untuk terus merokok
huhu
termasuk yang komen ni ek? hebat
semangat mereka memang tak terkalah. haha..
memang handal mereka ni
sudha di kurangkan pun kesan sampingaan ttp ada.sy kayik utk bhti mrkok merka blh bt punya asal dpt sokogan dan dorogn yg betul 🙂
byk betul perkataan baru yang saya tak paham terutama ayat kedua tu
harga rokok naik lagi..lhuhuh
selamat la kan
kempen demi kempen..yang penting, kehendak perokok itu untuk berhenti..baru berjaya,,