Kandang lembu jadi rumah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya elok kalau kita baca kisah menyayat hati ni yang saya jumpa di Harian Metro. Cerita yang tidak sepatutnya berlaku kepada ibu bapa..

‘Kandang lembu rumah kami’
Oleh Kasdi Ali dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
am@hmetro.com.my

TAIPING: “Hati saya cukup terguris dengan kata-kata menantu perempuan saya. Biarlah saya tinggalkan rumah dibeli wang hasil titik peluh saya itu dan tinggal di pondok buruk ditemani lembu.
“Anak lelaki saya pernah memujuk saya kembali tinggal bersamanya di rumah itu tetapi hati saya tertutup dan serik duduk sebumbung dengan isterinya,” luah warga emas Leha Othman, 65, ketika ditemui tinggal di sebuah pondok buruk berbumbung dan berdindingkan plastik.
Leha dan suaminya, Musa Samad, 58, tinggal di pondok buruk dalam kandang lembu milik anak sulungnya di Kampung Setia Jaya, Kamunting, dekat sini sejak hampir setahun lalu selepas merajuk dengan tindak-tanduk serta kata-kata sinis isteri anak lelaki keduanya.
Selain hidup dalam keadaan serba daif dan terdedah kepada panas mentari serta hujan, pasangan warga emas itu turut dibelenggu bau busuk najis lembu kerana pondok buruk mereka betul-betul di hadapan kandang haiwan itu.
Tambah menyedihkan, ketika golongan seusia tinggal di rumah sempurna dan menghabiskan sisa hidup dengan tenang, mereka terpaksa mengerah kudrat demi mencari nafkah halal menyara diri serta anak bongsu, Mohd Rizan Musa, 22, yang tidak bekerja dan cucu perempuan Aishah berusia dua tahun yang tinggal bersama.
Pasangan itu dikurniakan tiga anak dengan anak sulung perempuannya juga tidak mampu membantu berikutan kesempitan hidup.
“Saya membeli sebuah rumah buruk di Kampung Paya Baru tidak jauh dari sini kira-kira empat tahun lalu dengan hasil wang titik peluh ketika bekerja di sebuah kilang. Saya mempelawa anak lelaki kedua tinggal bersama.
“Namun selepas dia berkahwin kira-kira tiga tahun lalu, keadaan berubah apabila isterinya meninggalkannya bersama seorang anak perempuan menyebabkan keadaan bertambah rumit.

Berita Penuh

Memang menyedihkan bila saya membaca artikel ini. Bayangkan rumah sendiri pun sanggup ditinggalkan semata-mata kecewa dengan sikap menantu.. Adoi apa sudah jadi dengan manusia zaman sekarang ni.. Mak bapak dilayan cam sampah.. Harap-harap kita tidak seperti itu.. Wallahualam..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2220
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Kandang lembu jadi rumah?”

  1. mariaNo Gravatar says:

    Sedihnya2 :( Tak tahu nak cakap apa dah…

    Reply

    syiaNo Gravatar Reply:

    mak ai.. erm.. kat taiping la tu jdnye

    Reply

  2. semoga kita sumer dijauhkan dari perkara yang cenggitu….biler menjengah usia emas nanti….

    Reply

  3. KNizamNo Gravatar says:

    sedih betul aku baca benda2 mcm ni

    Reply

  4. megatNo Gravatar says:

    dimanakah silapnya!? kadang-kadang kita hanya carita dari luaran sahaja. tidak tahu kisah sebenar sesuatu kejadian.

    tetapi elok juga didengarkan cerita sebegini kerana anak sepatutnya mengalah dan melebih-lebihkan tanggungjawab kepada ibu bapa dahulu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tapi kesian lo.. terpaksa keluau dari umah sendiri..

    Reply

Leave a Reply