Kanak-kanak Autistik

Assalamualaikum..
Hari yang agak sibuk nampaknya.. Sambil membuat kertas kerja. Kalau sebelum ini post saya agak santai namun untuk post kali ini saya dapat dari seorang rakan cyber yang pakar dalam bidang ini. Disebabkan beliau tidak mahu dikenali cukuplah saya kenalkan beliau sebagai ‘N’ sahaja..

Kanak-kanak Autistik

Mungkin ramai yang tertanya apa maknanya ‘autistik’ termasuklah saya. Bersama-sama ini saya sertakan sedikit satu perenggan dari satu kes ‘study’ beliau :-

“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)”

Kalau nak ditafsirkan ayat ini memanglah sukar terutamanya bagi yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi. Cuma bolehlah saya simpulkan bahawa kanak-kanak autistik ni merupakan kanak-kanak istimewa dari segi pemikirannya. Berdasarkan kajian kes tersebut, terdapat 4 perspektif yang boleh menyebabkan penyakit autisme ini menular iaitu :-

a) Perspektif psikologi
b) Perspektif biologi
c) Perspektif persekitaran
d) Perspektif tingkah laku

Saya rasa tak perlu saya menerangkan panjang lebar di sini kerana bukanlah motif saya untuk berceloteh panjang tentang kajian beliau.Cuma ingin mendapatkan maklumbalas kita terhadap kanak-kanak istimewa ini.. Bagaimana pandangan anda semua??? Pernahkah anda berhadapan dengan mereka?? Dan bagaimana caranya untuk mengawal keadaan tersebut.. Mungkin ianya mampu menjadi panduan kita semua..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :13981
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

309 Responses to “Kanak-kanak Autistik”

  1. Maiz72No Gravatar says:

    Salam,

    Kepada yg telah mendapatkan pengesahan simptom autistic atau ketidaknormalan perlakuan anak: kat mana saya boleh pergi & pd sapa nak dirujuk , anak saya pun berusia 2 tahun lebih dan belum pandai bercakap..jadi harap sesiapa dapat beri contact number pakar rujukan yang berkenaan. Pendengarannya telah dikenalpasti sebagai normal ..Sekian

    Reply

  2. izaNo Gravatar says:

    Puan Maiz,

    Puan boleh dapatkan surat pengesahan daripada Hospital dimana anak puan haruslah menjalani pemeriksaan terlebih dahulu dari pakar kanak-kanak.

    Selain daripada itu, puan juga boleh berjumpa dengan speech therapist untuk mendapatkan nasibat dari mereka.

    Reply

  3. wahidahNo Gravatar says:

    Puan Maiz,

    salam,

    can we share? email me at fariza_ws@yahoo.com. anak sya dah 2 thn n still x boleh bercakap lg, next week buat hearing test.

    Reply

  4. FatinNo Gravatar says:

    assalammualaikum..

    saya fatin student dari multimedia university. saya sedang menjalankan sedikit kajian tentang kanak kanak down sindrom dan kanak kanak autisem sbb saya akan mengadakan program bersama kanak kanak autisem ini di NASOM melaka. so..kepada sesiapa yang boleh bantu saya, apakah perbezaan kanak kanak downsindrom dan kanak kanak autisem ini? dan aktiviti apakah yang sesuai untuk mereka?

    mohom bantuan….

    Reply

  5. nafisahNo Gravatar says:

    Assalamualaiku..
    Saya juga ibu kepada anak yang istimewa ini Aidil 5 tahun anak keempat dari 5 beradik, untuk luangkan masa dengannya saya berhenti kerja, tahun hadapan masuk sekolah pendidikan khas kerajaan. Kalau tengok sekali Aidil ni saya sendiri masih belum percaya yang dia ni Autisma.Doktor Pakar pun tak beritahu Aidil dalam peringkat mana Autismanya. Pengurusan diri dah macam kanak2 normal, makan, pakai, pergi tandas, segalanya independent, tapi bercakap aje yang susah. Sepatah sepatah perkataan, ayat panjang jauh sekali, nak dapat dengar, menyanyi betul2 ikut irama (apa saja lagu yang dia suka tak kira dlm bahasa melayu atau inggeris) tapi sebutannya entahla ikut suka aje. Walaupun dah tak kerja, saya masih tak tahu apa nak buat. Terima kasih dengan ruangan ini, sekurang2nya dapatlah saya jadikan petunjuk dari situasi yang lain.

    Reply

  6. aimanisNo Gravatar says:

    salam..

    saya student MEd in special education..b4 ni amik B.A.psychology..Thanks keluarkan artikel ni n suma opinion2 also xperience dari pembaca..I/Allah saya akan terbitkan blog tentang golongan ini…Bersyukur atas apa yang dikurniakan..segalanya ada rahmat tersembunyi..

    Reply

  7. armyzaNo Gravatar says:

    Salam..

    sungguh tak sangka ramai parents yg mempunyai anak autistic. Saya sebenarnya baru dapat rasa yg anak sy ini mengalami masalah autism. Setelah chk info dlm intenet byk persamaan symtoms autism sama dgn anak saya. umurnya 6 tahun thn ni. Thn depan nak sekolah Djh 1. Seblm ni saya tak tau pun apa itu autism. Cuma yg pasti anak saya mula dpt berjalan hanya pada umur 2 thn. Skrg ni ada slight pelat namun tetap boleh fahami. Fav anak sy adalah main kereta hotwheels sambil tengok tayar pusing. Dia juga tak pandai berkawan dan agak keras apabila socializing cth. suka tolak menolak.

    Smlm saya telah dipanggil utk ke sekolah krn anak sy ini telah membuli seorg budak sehinggakan bdk itu menangis, muntah dan trauma utk dtg ke sekolah. Principle itu lah yg menerangkan mungkin anak saya ada simtom autism. Check punya check, saya betul kata nya. So kami ambik keputusan utk keluarkan anak dpd tadika tersbt. Sedih mmg sedih tapi kita terpaksa ambil keputusan yg terbaik untuk anak juga.

    Saya masih belum berjumpa pakar. Skrg ni saya masih binggung. Apakan tindakan saya seterusnya….

    jika ada apa cadangan bolehkan email terus ke [mohd.halmy@yahoo.com]
    TQVM.

    Reply

  8. hidayahNo Gravatar says:

    saya pernah menghantar komen dalam ruangan ini….bagi saya, saya amat bersyukur mendapat anak seperti adam yang mengalami mild autisme… Dengan keadaannya begitu saya boleh mendapat ramai kawan yang dapat berkongsi masalah dan pendapat tentang anak2 kami…salah seorang kawan yang saya dapat dari blog ini adalah ummul muhib(yanie)..terima kasih yanie kerana selama ni berkongsi dengan saya.Tahun ni adam mula saya hantar ke preschool..memandangkan dia hanya mild autisme jadi saya agak keberatan menghantar dia ke nasom jadi saya hantarkan dia ke smart reader kids.Alhamdullillah walaupun baru seminggu sekolah dibuka tapi saya dapat lihat perkembangan adam..Adam mula blajar bersembang dengan saya dan saya lihat adam lebih ceria dari selalu..Adam lebih berminat menggunakan bahasa inggeris dalam percakapan seharian walaupun kadar untuk kita faham apa yang dicakap adalah 50%.Sebelum ini adam juga kerap menggunakan bahasa inggeris daripada bahasa melayu kerana dia blajar dari dvd magic english yang dihadiahkan ayahnya sempena hari jadinya..adam mula kenal huruf dan nombor sebelum berusia 3 tahun…tapi semuanya in english…tujuan saya hantarnya ke sekolah supaya dia boleh bergaul dengan ramai budak yang seusia…tapi adam masih pakai pampers ke sekolah sebab tak tau nak beritahu setiap kali nak ke toilet..cukup la setakat ini saya ceritakan bagaimana gembira dan bersyukurnya saya membesarkan seorang anak yang bernama muhammad adam..nanti kalau saya ada masa lagi akan saya sambungkan lagi kisah suka duka membesarkan anak yang didiagnos sebagai mild autisme..

    Reply

    ummu muhibNo Gravatar Reply:

    alhamdulillah… ada perkembangan.. tahniah

    Reply

    zehanNo Gravatar Reply:

    saya masih lagi tak tau anak saya dikategorikan dgn autistik yg bagaimana, apa ciri ciri autisme mild ni email saya dbayucraft@yahoo.com

    Reply

  9. jason kennyNo Gravatar says:

    stay in and keep the door shut

    Reply

  10. wanNo Gravatar says:

    saya mempunyai seorang adik autistik….umurnye skarang 15 tahun..sekarang sekolah di sek men sbg jaya…saya dan keluarga mempunyai pengalaman tentang kanak2 autistik..saya nasihat agar sekeluarga sabar dalam menjaga kanak2 autistik ini..krana ia amat istimewa

    Reply

    c-laNo Gravatar Reply:

    assalamualaikum wan,

    saya duduk di subang jaya. boleh tak kita contact nak tanya option utk autistic kids in subang? thanks.

    Reply

  11. flora,sandakan sabahNo Gravatar says:

    hai kawan-kawan… saya telah membaca semua masalah anda semua. nampaknya anak saya juga berkemungkinan autisme sebab perlakuan memang seperti kanak-kanak autisme. saya tidak tahu sebab anak saya berumur 5 tahun dan bersekolah di Tadika Sung Siew Sandakan. saya beranggapan ia normal…saya menjadi risau bila guru mereka memaklumkan saya ,anak saya very slow dan repeat apa yang cikgu mereka kata.. adakala nya saya marah anak saya…saya sudah tahu macamana saya membantu anak saya ini. saya kesian dan sedih bila melihat perkembangan anak saya. apabila saya terbaca artikel tentang ciri-ciri autisme baru saya sedar anak saya tergolong sama..kawan-kawan macam mana cara seterusnya..sekolah mana yang sesuai untuk anak saya?

    Reply

    hidayahNo Gravatar Reply:

    hye flora..jangan lihat anak autisme ni dari segi kelemahan mereka.. cuba cari apa kelebihan yang anak puan ada..jika kita terus mencari kelemahan mereka, kita akan hidup dalam kekecewaan..tapi jika kita dapat apa kelebihan mereka kita akan sentiasa bersyukur mempunyai anak seperti mereka. Cuba bawa anak puan berjumpa pakar kanak-kanak untuk confirm perkara sebenar..Kita sebagai ibu kenalah sentiasa memberi tumpuan yang lebih agar anak-anak begini tidak tersisih. Jangan setakat mengharapkan guru saja yang mengajar anak kita,kita sebagai iu juga kenalah memainkan peranan pendidik di rumah. Jangan putus asa… Autisme bukanlah satu penyakit…Maka tiada ubat untuk merawat.. Hanya semangat dan doa serta tunjuk ajar yang betul menjadi penawar buat mereka..

    Reply

    flora, sandakanNo Gravatar Reply:

    TQ…dalam masa terdekat ini saya akan bawa anak saya berjumpa Pakar Psikologi Kanak-Kanak untuk kepastian…

    Reply

    Nur SufiyahNo Gravatar Reply:

    Hai Flora,

    saya mahu kongsikan sedikit tentang kanak-kanak autistik. Artikel daripada Indonesia yang mungkin dapat membantu.

    Untuk memeriksa apakah seorang anak menderita autis atau tidak, digunakan standar internasional tentang autisme. ICD-10 (International Classification of Diseases) 1993 dan DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual) 1994 merumuskan kriteria diagnosis untuk Autisme Infantil yang isinya sama, yang saat ini dipakai di seluruh dunia. Kriteria tersebut adalah :

    Harus ada sedikitnya 6 gejala dari (1), (2), dan (3), dengan minimal 2 gejala dari (1) dan masing-masing 1 gejala dari (2) dan (3).
    (1) Gangguan kualitatif dalam interaksi sosial yang timbal balik. Minimal harus ada 2 dari gejala di bawah ini :

    • Tak mampu menjalin interaksi sosial yang cukup memadai : kontak mata sangat kurang, ekspresi muka kurang hidup, gerak gerik kurang tertuju

    • Tidak bisa bermain dengan teman sebaya

    • Tak ada empati (tak dapat merasakan apa yang dirasakan orang lain)
    • Kurang mampu mengadakan hubungan sosial dan emosional yang timbal balik

    (2) Gangguan kualitatif dalam bidang komunikasi. Minimal harus ada 1 dari gejala di bawah ini :

    • Perkembangan bicara terlambat atau sama sekali tak berkembang. Anak tidak berusaha untuk berkomunikasi secara non-verbal

    • Bila anak bisa bicara, maka bicaranya tidak dipakai untuk berkomunikasi
    • Sering menggunakan bahasa yang aneh dan diulang-ulang

    • Cara bermain kurang variatif, kurang imajinatif, dan kurang dapat meniru

    (3) Adanya suatu pola yang dipertahankan dan diulang-ulang dalam perilaku, minat, dan kegiatan. Minimal harus ada 1 dari gejala di bawah ini :
    • Mempertahankan satu minat atau lebih dengan cara yang sangat khas dan berlebihan
    • Terpaku pada suatu kegiatan yang ritualistik atau rutinitas yang tidak ada gunanya
    • Ada gerakan-gerakan aneh yang khas dan diulang-ulang
    • Seringkali sangat terpukau pada bagian-bagian benda

    Selain tu, untuk Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah SK Muhibah Sandakan ada Program Intergrasi Pendidikan Khas. Maksudnya, Belajar disekolah biasa, tetapi mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan oleh sektor pendidikan khas.

    Reply

  12. ummiezafirNo Gravatar says:

    salam, saya ibu kpd seorg knk2 autistik, sy br tau ank sy autistik n i’m very lostlah coz tak tau nk buat apa dulu, sy ada jumpa pakar knk2 @ hospital kerajaan tp kena tunggu 3 bln lg nk dpt result, ank sy 3 thn 4 bln n dia agak aktif, perkataan yg dia boleh ckp pun limited, phrase pun tak boleh cakap, satu perkataan mostly. sy jumpa speech therapist and dia ckp my son autistik n nasihatkan sy hantar ank sy ke autistik centre, calvary victory centre di taman sutera jb, saya pula tinggal lebih kurang 40 km away, dia nasihatkan hantar ank sy every day, prob sy skrg is, is it ok to send my son to this place? bcoz it’s a missionary based centre??? anybody boleh tolong advise me

    Reply

    EZZUDDIN AB. AZIZNo Gravatar Reply:

    salam ummiezafir,

    not a good idea…missionary based for anak2 islam kita. knowing the characteristics of kids with autism where their main problem is LOGIC and COMPREHENSION e.g. also term as “MIND BLINDNESS”

    try call NASOM H.Q. 03-4022 3744 , tapi setahu saya, nearest yg ada cuma di SEGAMAT , MELAKA …dan ada kenalan saya ,anak dia autism dah berpindah di batu pahat.

    saya cadangkan, telefon NASOM H.Q. dan cuba kumpul seberapa ramai, untuk bukak center baru di JB…

    Reply

  13. azlinNo Gravatar says:

    Salam, saya juga ibu kepada kanak2 mild-autisme. Umurnya sekarang 8 tahun dan belajar di kelas pendidikan khas(sekolah kebangsaan). Dia dah kenal huruf dan nombor dari umur 6 tahun lagi. Tapi hingga hari ni dia masih belum boleh membaca, cuma pandai mengeja perkataan2 2 suku kata sahaja. Ada sesapa boleh kongsi pengalaman cara mengajar yg betul atau ada pusat tuisyen untuk kanak2 sebegini?

    Reply

  14. mummy ammarNo Gravatar says:

    Hai semua..

    Blh tak saya dapatkan apakah simpton2 autisme yg lain selain yg telah disebutkan oleh pengalaman ibu2 yg membesarkan anak autisme ni.
    Ada sesiapa yang tahu pada umur berapa anak boleh dikesan sekiranya menghidap austisme ini?
    Saya tak pasti adakah anak saya menghidap sindrom autisme ataupn tidak. Sekarang ini dia berumur 17 bulan..Kdg2 sblm saya mengambil dia ditaska saya mengintai dulu apa yang sedang dilakukanya..saya tgk dia suka bermain sendiri & tidak menghiraukan rakan2 yg lain..dia suka kpd benda2 yang berbulu halus dan lembut seperti kucing & bear..kdgkala suka bertepuk tangan tanpa sebab..takut apabila mendengar suara dlm handphone..kpd yang pakar berkenaan dgn kanak2 autisme ini diharapkan dapat memberi pandangan.

    Ibu risau,
    Putrajaya

    Reply

  15. rasidaNo Gravatar says:

    salam. Akak bukannya pakar cuma anak akak autism dengan rett syndrome. Pengalaman banyak mengajar. Biasanya masa kecil kita sudah dapat lihat ciri-ciri autism…dia jarang menangis, tidur yang lena dan susah ketawa walau di agah. Bila besar 3-5 tahun baru kita perasan betapa susah nak menjaga, kuat menangis, suka menyendiri.. dan sukar tidur. Dia bukan takut kepada telefon tapi biasanya dia mendengar suara di telefon mungkin suara itu terlalu kuat kerana sensory bunyi untuk beliau. Bertepuk tangan tu pun ciri autism, gelak tanpa sebab dan kekadang menangis tiba-tiba.

    Kekadang dia suka bermain dengan tali, pen atau menyusun benda menjadi satu baris. Cuba panggil namanya, adakah dia cepat berpaling atau dia buat tidak tau dan tiada eyes contact. Biasanya itu perkara yang paling jelas untuk autism di peringkat awal. Buat temujanji dengan doktor cepat, insallah.

    Reply

  16. dhevNo Gravatar says:

    Saya nak, bagaimanakah pandangan jiran,rakan anda apabila mereka mengetahui bahawa anda mempunyai anak yang menghidap penyakit autisme ini? sekiranya soalan saya salah, tolong maafkan sebab saya bakal guru untuk kanak-kank autisme, jadi saya perlu membuat kajian ini. terima kasih

    Reply

    noorbainy bt borhanNo Gravatar Reply:

    pada saya, mulanya jiran2 macam pelik dan nak tahu sangat apakah kecacatan anak kita tu sebenarnya. tapi lama kelamaan, mereka faham dan sangat bersimpati dengan apa yang anak-anak tersebut alami. tapi ada juga yang macam geli dan tak suka.

    Reply

  17. Nur SufiyahNo Gravatar says:

    assalammualaikum..

    saya adalah seorang guru baru dalam pendidkan khas masalah pembelajaran. Salah satu jenis kanak-kanak yang diketegorikan dalam masalah pembelajaran ini adalah kanak-kanak autistik. Saya mempunyai ramai murid autistik yang mempunyai tingkahlaku yang berbeza antara satu dengan lain. Ada sesetengah autistik yang boleh belajar dan dapat berinteraksi dengan kawan-kawan lain. Tetapi ada segelintir pula yang tidak dapat join sama sekali semasa sesi P&P dilaksanakan. walaupun begitu, kanak-kanak autistik yang tidak mahu menulis semasa di sekolah tidak semestinya tak pandai.. kadang-kadang mereka lebih pandai daripada kanak-kanak normal. cuma menulis bukan lah suatu aktiviti yang diminatinya. Kanak-kanak autistik jenis ini amat meminati benda-benda yang berkaitan dengan multimedia, animasi seperi komputer game dan juga pembelajaran yang diselitkan dalam gerakan animasi yang menyoronokkan dan juga muzik. Muzik dan animasi adalah terapi yang agak baik untuk kanak-kanak autistik yang enggan belajar.

    Reply

    zehanNo Gravatar Reply:

    semoga cikgu tabah dlm mendidik anak anak sebegini,kami sebagai ibubapa yg mmpunyai anak autistik sgt menghrpkan yg terbaik dari cikgu..allah je yg dapat mmbalasnya

    Reply

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    sy sokong ape yg cikgu katakan…melalui pengalaman anak sy, ine thn ke 3 di bersekolah di kelas pendidikan khas…memang klaw bab menulis susah betul… tp klaw pembelajarn yg diselitkan dlan gerakan animasi dan muzik dia bleh belajar berjam-jam…disekolah dia diberi masa utk bermain dgn komputer sebelum belajar pelajaran yg lain…kreativiti cikgu amat di perlukan utk menarik perhatian nya

    Reply

  18. noorbainy bt borhanNo Gravatar says:

    Saya berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan menghidap autistik yang kini berusia 15tahun. tapi saya begitu bersyukur kerana anak saya ini hanya mild symtoms. saya dapat mengesannya ketika dia di dalam darjah 2. saya bawa ke hukm dan pada ketika itui saya berjumpa dengan Prof. Zasmani. Hampir 2 tahun saya berulang dari sg.petani ke HUKM. akhirnya anak saya s=di sahkan menhidap autism. sungguh pun begitu anak saya boleh membaca ketika dia berusia 8 tahun. mambaca dan mengenal nombor dengan lancar seperti kanak-kanak normal.anak saya ni seorang yang tersangat rajin membantu membuat kerja rumah. apa saja yang dibuat, dia akan melakukannya hingga bersih dan kemas. saya rasa kanak-kanak normal sendiri pun tidak dapat melakukan seperti yang dia lakukan.saya sendiri tidak pernah mengajarnya membuat kerja2 kerja rumah. dia ni tak boleh kita tunjuk ajar. dia akan memerhatikan apa sahaja yang kita buat . dia akan melakukannya dengan cermat dan lebih baik dari apa yang saya buat. saudara mara saya yang datang ke rumah selalu kagum dengan kekemasan hasil kerja dia. membuat air minuman untuk tetamu tanpa disuruh. sepeninggalan saya ke kuliah untuk tutorial oum, dia lah yang banyak mambantu ketika ketiadaan saya. jika dia tak ada sehari di rumah, aduh….. letihnya saya. sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan saya, boleh lah menghubungi saya di talian 0134802585 (r) 04-4255585 email awatif_najah@yahoo.com.my . sebenarnya ada banyk cerita yang saya ingin kongsikan bersama. sesungguhnya anak2 istemewa ini banyak kelebihannya. jangan sediah jika ada anak2 seperti ini. mari kita pakat2 kongsi pengalama……

    Reply

    RozaNo Gravatar Reply:

    puan. tq kerana sudi bkongsi pengalaman ttg anak istimewa ini. anak saya umur 2 thn stgh tapi blm blh brckap dan mendpa rawatan di hpstal slyg & hsb. ada tip utk mengajar & mndidik hubungi saya – roza2rh08@yahoo.com

    Reply

  19. surainaNo Gravatar says:

    a’kum.saya seorang ibu yang mempumyai anak sulung lelaki yang disahkan oleh doktor mengidap autisme.saya sedar akan perubahan pada anak saya ketika umurnya satu tahun lebih kerana menunjukkan ciri-ciri ada pada pengidap aitisme.untuk dapatkan kepastian saya merujuk kes anak saya di hospital pulau pinang.dan doktor mengesahkannya.Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati saya.Dalam hati bertanya-tanya bagaimanakah nasib dan masa depan anak saya ini. saya sering menangis dan terus menangis apabila melihat wajahnya. hingga kini walaupun umurnya sudah 5 tahun namun satu perkataan pun tidak diucapkan pada kami.sebagai sorang ibu yang melahirkannya besarlah hati saya untuk mendengar dia memanggil saya ‘mama’.setiap hari saya cuba mengajarnya namun tiada apapun perubahan.bantu lah saya…..

    Reply

    zehanNo Gravatar Reply:

    masalah puan sama dgn saya yg mmpunyai anak autistik tapi bezanya dia anak ke2 kami.namanya seindah wajahnya zulqarnain berusia 5thn dan masih belum boleh bertutur walaupun memanggil ibu,jgnla terus bersedih,tiada apa yg boleh mengubah mereka dgn kesedihan,kite sama sama bantu mereka jadi manusia yg berdikari satu hari nnt

    Reply

    zaharahNo Gravatar Reply:

    puan suraina,

    Sabarlah dlm cubaan ini…. banyakkan baca fatihah di ubun kepalanya setiap kali melihatnya… mudah-mudahahn ada perubahan …

    Wassalam

    Reply

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    a’kum suraina… sbarlah ini semua kurnia Allah…dl anak sy pon begitu… sentiasa ternanti-nanti pangilan MAMA dr anak sy..bg anak kita campur dan kawan2 jgn biarkan dia bersendirian… dr situ akan ade perubahan…percaya lah…akan mengalir air mata kerana terharu apabila perkataan MAMA terkeluar dr mulutnye..

    Reply

  20. NafisahNo Gravatar says:

    Saya ada masalah sekarang ni, anak saya autisma berumur 6 tahun ada masalah sakit gigi pulak. Orang nak tengok pun susah, macamana nak cabut gigi nanti. Ada tak sesiapa yang boleh beri cadangan segera, dia tengah menderita sakit gigi, gigi depan tu masih kuat lagi tapi dah tumbuh pulak gigi baru kat belakang gigi lama tu. Kesian betul saya nak menangis bila tengok keadaan dia sakit tu.

    Tolong berikan cadangan, bawa klinik, nampak doktor nak periksa pun dah kelam kabut klinik tu dibuatnya…

    Reply

  21. NJ, PAPAR SABAHNo Gravatar says:

    Salam..saya juga merupakan ibu yang mempunyai anak sulung perempuan yang mengidap penyakit autisme… berumur 3 tahun lebih…
    saya dapat menyedarinya apabila budak yang sebaya dengannya sudah pandai bertutur dan berdikari
    sebaliknya dengan anak saya.. sehingga ke hari ini anak saya masih tidak boleh bertutur dan sering memasukkan benda ke dalam mulut…dan kela.namun demikian, anak saya masih boleh menerima arahan dan akan memandang apabila nama nya dipanggil..saya juga sudah menghantar ke hospital pakar untuk memeriksa deria pendengaran dan doktor mengesahkan
    pendengarannya normal… minggu depan saya akan membawa anak saya ke hospital lagi untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak…jika anda ada sebarang maklumat untuk dikongsi bersama sila email : babyisandra2767@yahoo.com

    Reply

  22. NJ, PAPAR SABAHNo Gravatar says:

    salam..saya juga merupakan ibu yang mempunyai anak sulung perempuan yang mengidap penyakit autisme… berumur 3 tahun lebih…
    saya dapat menyedarinya apabila budak yang sebaya dengannya sudah pandai bertutur dan berdikari
    sebaliknya dengan anak saya.. sehingga ke hari ini anak saya masih tidak boleh bertutur dan sering memasukkan benda ke dalam mulut…dan kelakuannya tidak seperti kanak2 yang lain cthnya dia mahu berkawan dengan kanak2 lain ,tapi dia akan tolak menolak dengan kanak2 tersebut sehingga kanak2 lainnya akan menangis dan mengelak daripada anak saya .namun demikian, anak saya masih boleh menerima arahan dan akan memandang apabila nama nya dipanggil..saya juga sudah menghantar ke hospital pakar untuk memeriksa deria pendengaran dan doktor mengesahkan
    pendengarannya normal… minggu depan saya akan membawa anak saya ke hospital bukit padang untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak…disana jika anda ada sebarang maklumat untuk dikongsi bersama sila email : babyisandra2767@yahoo.com

    Reply

  23. asniNo Gravatar says:

    salam, saya mpunyai anak perempuan b’usia 2 thn 3 bln yg mengidap autisme. Saya menyedarinya apabila dia tdk respons apabila sy memanggil, tiada eye contact, suka main sendirian & masih tdk boleh bercakap satu patah perkatan pun. Skrg saya sering berulang ke Institut Pediatrik, HKL utk latihan kognitif,utk speech delay dll lagi.Pd pendapat saya sokongan dr keluarga amat penting utk memberi rangsangan yg banyak pd anak autisme ini. Luangkan masa yg banyak utk mereka & tunjukkan kasih sayang yg tdk berbelah bagi.Saya amat berharap dpt bkongsi pengalaman & pendapat dgn sesiapa saja yg ada cadangan atau idea utk mendidik anak istimewa ini.Sila emel saya, asnibest@yahoo.com.

    Reply

  24. c-laNo Gravatar says:

    assalamualaikum
    ada sesapa ada experience tentang educational options for autism di johor bahru. anak saya ada autism. please could we talk? thanks a lot. silla_j@hotmail.com

    Reply

  25. PakDinNo Gravatar says:

    Salam,
    Anak anak adalah anugerah……
    Saya mempunyai empat cahayamata anak yg ke dua kini berusia 15 tahun merupakan anak autisma.Saya mula mengesan perbezaan pada anak saya ketika dia berumur 6th. Saya maklumkan kpd guru tadika yg mengajara anak saya.Beliau menyatakan itu adalah normal kanak kanak seusia 6th aktif ceria tetapi kadang kadang sukar dikawal.Kurang tumpuan ……
    Apabila dalam drj satu beliau dapat mengikuti kelas dengan baik malah cemerlang dalam matematik.Walau bagaimanapun semasa di drj dua masalah mulai ketara kerana beliau sukar membaca dan mulai ketinggalan dalam semua mata pelajaran.Oleh kerana kurang maklumat saya membuat andaian anak saya malas dan sengaja tidak mahu membuat kerja kerja sekolah yang diberi.Saya mula mendenda dengan rotan dan kadang kala “lebeh teruk” (Saya amat menyesal melakukanya) malah kadang kala saya merasakan anak saya amat takut untuk bertanyakan mengenai pelajaran
    kepada saya,sehiggalah suatu hari Pengetua sekolah memanggil saya dan memaklumkan masalah anak saya yg mempunyai ciriciri autisma dan mencadangkan agar saya membuat pemeriksaan doktor serta menasihatkan saya supaya tidak mendenda secara keterlaluan kerana beliau adalah anak istemewa.Ketika itu saya rasa amat sedih.
    Satelah disahkan oleh doktor saya telah menghantar anak saya ke kelas pendidikan khas….Soalan pertama yang saya menusuk perasaan saya …Kenapa ayah antar angah ke kelas budak cacat angah bukan cacat…Saya tak dapat menjawab sepatah pun dan terus keluar dari kelas kerana saya tidak mahu beliau melihat air mata saya….
    Komitmen dari keluarga amat penting…berikan sepenuh kasih sayang kepada mereka lebehkan sedikit waktu untuk berinteraksi dan jangn menjanjikan sesuatu yg mustahil kepada mereka….
    Mungkin apabila dihujung usia kita nanti mereka akan sentiasa disisi kita…..

    Reply

    zaharahNo Gravatar Reply:

    Salam pak Din,
    Sedihnya saya membaca luahan pak din………… apa pun saya harap pak din redha dan sentiasa berdoa……. saya juga ada anak serupa tetapi saya sedar sejak dia kecil sebab anak-anak lain ok…. Ada sedikit doa untuk anak begini yang saya perolehi dari seorang ulama’ timur tengah ….. 1. Bacakan surah fatihah di ubun2nya ( 1 – 70 kali)2. Sesiapa yang berjumpanya, minta bacakan juga sekurang-kurangnya 1 kali dan sebanyak-banyaknya 70 kali. 3. Sedekahkan setiap hari atas namanya walaupun kecil sedekah kita, 4. Setiap hari, beri minum air zam-zam serta doakan untuk dia pulih. 5. Selepas salam akhir solat, terus sujud dan doakan untuknya …. Saya juga sedang mencuba… tapi kadang-kadang terlupa juga.

    Kepada ibu bapa yang memiliki anak autism, sesiapa yang sudi saya nak buat temubual … saya sedang buat kajian berkaitan dan sedang membentuk team research…. khususnya sesiapa yang dah berjaya celikkan anak membaca dan baca al-qur’an… Saya berhajat nak hasilkan modul yang boleh bantu ibu bapa celikkan anak membaca al-qur’an dan dapat belajar fardhu ain sebagai bekalan mereka dewasa…… doakan hasrat saya tercapai dan saya juga sedang memohon dana daripada pihak berwajib untuk itu…. Sila respon kepada saya menerusi emel zaharah.hussin@gmail.com kerana saya tak selalu buka blog ini. Terima kasih .

    Sekali lagi buat pak din dan ibu bapa lain, anak-anak ini tiada sebarang dosa…. mereka umpama wangian syurga yang berada dalam rumah kita…. kasihilah mereka dan didiklah mereka sedaya mampu…. Siapa tahu merekalah yang akan mendoakan kita ke syurga kelak …!!!! Selamat berusaha sedaya mampu dan selebihnya bertawakkallah.

    Reply

    NOORBAINY BT BORHANNo Gravatar Reply:

    saya jg seperti pak din. Anak saya jg berumur 15 tahun mla2 tu mmg saya sedih sebab saya hantar dia ke sekolah khas ketika dia dalam tingkatan 1.tapi dia gembira belajar di sana kerana mempuyai kawan-kawan yang baik-baik dan saling sayang menyayangi. Kini anak saya dicadangkan untuk mengambil PMR kerana dia nampak boleh belajar seperti kanak-kanak normal. Tapi saya mahu dia ambil PMR tahun depan. Saya mula menghantar dia ke kalas tuisyen .

    Alhamdulillah, banyak perubahan. saya mulakan dengan pelajaran ting.2. saya taklah mengharapkan dia dapat A untuk setiap matapelajaran. hanya lulus pun tak apa.Anak saya ni belajar di sekolah biasa masa tahun 1-6. memang dia boleh belajar bersama kanak-kanak normal. Malah dia selalu mendapat nombor pertengahan dan belajar dalam kelas nombor dua dari belakang. ada lagi murid-murid normal yg agak ketinggalan. saya memang bersyukur dengan apa yg Allah kruniakan pada ya. memang anak-anak ni bersih dari dosa. Mereka jugalah yg akan temankan kita bila kita dh tua nanti.sayangilah mereka dengan sepenuh hati dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Hubungi saya @email saya untuk berkongsi pengalaman. ada banyak cerita atau pengetahuan yang boleh dikongsi.email saya awatif_najah@yahoo.com atau telefon 0134802585

    Reply

  26. rohaniNo Gravatar says:

    Saya ibu kpd 2 anak lelaki yang autistik umur 13thn & 10 thn. Nak share pengalaman saya dgn anak ini. Saya redha dan tabah dgn perangai mereka yang sama sekali berbeza. Adik yang bongsu (10thn) lebih advance dari abgnya. Hidup dgn komputer setiap hari tanpa jemu. Merakamkan apa yang berlaku sekitarnya. Menyanyi atau bercakap secara spontan. Faham dengan apa yang kita cakap tapi tak boleh nak comunicate.Lebih mudah faham english dari melayu. Pandai berdikari.Abg pulak malas sikit, kalau tak ambil barang atau apa-apa untuknya langsung tak bergerak. Mandi pun tunggu org cebukkan. Kdg2 saja buat tak tahu suruh dia buat sendiri, dah berjam dlm bilik air mandi 2-3 cebuk saje. Tapi alhamdullilah setakat ini tuhan melindungi mereka dari penyakit yang teruk2. Demam pun jarang2 sekali nak kena. Apa pun Famili kami bahagia dan bangga dengan mereka.

    Reply

    zehanNo Gravatar Reply:

    puan mesti seorg yg sabar kan..semoga dapat rezeki yg lebih

    Reply

    zaharahNo Gravatar Reply:

    salam rohani,

    Boleh tanya …. masa mengandung 2 anak dulu … makan apa-apa supplement food tak? Nak banding dengan saya, ada makan supplement juga …..

    wassalam.

    Reply

  27. rohaniNo Gravatar says:

    Saya lupa pulak. Sesiapa yang nak berkongsi pengalaman/cerita sila lah ke aaaaaaoni@yahoo.com

    Reply

  28. jueNo Gravatar says:

    assalamualaikum………lama tak join ….nak tanyalah…autistik ni ada peringkat gak ke??yang mild autisme tu camner??anak saya doktor cakap autistik peringkat serius…..(apo ler nasib edeng yo) sabor jer ler……

    Reply

    NOORBAINY BT BORHANNo Gravatar Reply:

    ya memang betul. AUTISM MEMANG ADA BANYAK PERINGKAT. PERINGKAT MILD IAITU YANG SEDIKIT SAHAJA DAN PERINGKAT KRITIKAL YANG HANYA BOLEH DI LATIH SAHAJA.

    Reply

  29. zehanNo Gravatar says:

    email la pada saya kpd insan2 yg mempunyai anak istimewa ni,boleh tukar2 cerita dan pendapat,dan membantu sesama kita.hanya orang yg diuji sebegini yg faham masaalah kite..email saya dbayucraft@yahoo.com

    Reply

  30. aszfarinaNo Gravatar says:

    askum..utk makluman anda.. sindrom ini selalu dikesan saewal kanak2 tersebut dibawah 1tahun. Seperti anak saya, sebelum demam panas dia telah menangis lebih daripada 4 jam. Kemudian di ikuti denagn demam panas yang terlampau iaitu 40 darjah calcius. Ketika ditahan di wad, pihak hospital hanya memberikan ubat cecair iaitu sirap paracetamol. sejenis ubat demam yang biasa diberikan kepda kanak2. selepas 6 jam..sekiranya masih lagi panas, anak saya dimasukkan ubat punggung utk meredakan panas dengan cepat. untuk seketika..memang turun, tetapi akan naik kembali selepas tempoh 2 jam. Kemudian selepas anak saya melepasi tahap kritikal, kami dibenarkan pulang. Disini dimaklumkan, anak say ketika demam panas tidak mengalami sebanrang sawan ataupun tarik. Selepas pulang kerumah, perubahan paling besar, dia menjadi emah, pengaulan komunikasi yang semakin kurang dan hubungan sosail antara adik beradiknya menjadi jarak kerana dia mengasingkan diri di tepi2 sudut ruang rumah. pemakanan juga berubanh..kurang makan nasi hanya suka pada makanan masam, masin. kelakuan suka melompat2, menjerit2 menagis tiba2 dan ketawa tanpa sebab. Setelah umur menaingkat 2 tahun, dia masih belum becakap, saya bawa berjumpa pakar, disaat itulah saya dimaklumkan anak saya tergolong sebagai kanak2 OKU di bawah sindrom austisme. Pada mulanya memang amat pauah nak terima..tetapi kini setelah umurnya 4 tahun dan saya telah menghantarnya untuk mendapatkan terapi di PDK (pusat dalam komuniti) yang disediakan oleh kerajaan, terdapat perubahan dari segi kelakuan dan penerimaan dari aspek kelakuan dan pemahaman anak saya. perlakuan mencederakan diri sendiri semakin kurang. Kini anak saya Nur Azan Mukhriz masih lagi mengikuti sesi terapi di PDK dan berharap dia akan boleh melanjutkan pembelajaran di sekolah rendah biasa

    Reply

  31. jueNo Gravatar says:

    assalamualaikum………lama tak kongsi ngan kawan2 semua.sekarang anak kita pun masuk PDK jugak.kat sana semua org suka kat dia….sbb dia suka tiru semua yag org lain buat.semua iklan kat TV dia ikut…kalau saper2 leh komen yang perangai cam ni ok gak…sekarang anak kita banyak beza…dah tak pakai pampers…mandi jer lama bangat…(melambung ler bil kawan…hihihi)ok ke suka main sangat ni???

    Reply

  32. wahidahNo Gravatar says:

    salam… jue ada email tak ?hope boleh bg email cause nak kongsi2 cerita, slalu tgk2 komen kat sini..saya suspect anak sya mild autism…

    Reply

  33. jueNo Gravatar says:

    salam……..wahidah.leh ah pe salahnya.ni email jue…powergirl_jue@yahoo.com.sama-samalah kita doakan anak2 kita k….masa depan mereka kita takkan tahu……..kecuali yang Esa

    Reply

  34. wahidahNo Gravatar says:

    jue…kenapa sya nak email jue tak dapat ye…fail jer, ada dd email lain – wahida-

    Reply

  35. bungaNo Gravatar says:

    salam.
    ibu saya ada menjaga seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 1/2 tahun. anak bongsu dari 3 adik beradik. sejak lahir dia dipelihara oleh neneknya dan apabila berumur 2tahun, dia dipelihara oleh ibu saya pula. ibu saya menjaga kanak-kanak ini 24jam, kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing dan mereka hanya akan mengambil dia pulang kerumah hanya sebulan sekali ( walaupun jarak antara rumah kami hanya 15km saja). kemana sahaja kami pergi, kami akan membawanya bersama. kisahnya bermula, pada suatu hari apabila ibu saya telah membawa dia bersiar-siar. kebetulan semasa bersiar-siar, ada seorang hamba Allah ini memerhatikan gelagat ibu saya dan dia. anak ini agak buas dan ketika berlari (gemar berlari dari berjalan) dia telah memeluk dan duduk diatas pangkuan hamba Allah tersebut. ibu saya tak tekata apa dan hanya mampu tesengeh-sengeh sambil meminta maaf diatas pelakuan anak itu. hamba Allah hanya tersenyum dan cuba berbual-bual dengan anak tersebut. tapi tiada langsung respon yang diberi (tiada eye contact, hanya menjerit2). sekali lagi ibu saya tesenyum simpul dan berkata bahawa anak ini tidak tahu bercakap. hamba Allah ini memegang tangan dan memicit lengannya dan berkata anak ini mungkin ada masalah autistik. kemudian dia melihat cara anak ini berjalan (guna hujung jari, kaki tidak lurus, menghala ke dalam dan apabila berjalan dia kerap terpijak kaki sendiri). ibu menceritakn bahawa anak ini tidak tahu meminta untuk makan apabila lapar, tidak tahu memberitahu bila kenyang dan makan sehingga muntah baru dia akan berhenti. dia juga tidak tahu untuk memberitahu bahawa dia membuang air. saya cuba buat beberapa rujukan di internet dan dapati banyak ciri-ciri austisme padanya. kami keliru dan takut jika kami salah tafsir. kami telah megambil keputusan untuk memberitahu tentang masalah ini pada ibu bapanya dan segera rujuk pada pakar. tapi masalah lain pula timbul kerana ibubapanya baru-baru ini dengan bangga mengatakan bahawa anak mereka terlalu bijak berbanding dengan kanak-kanak lain (apa yang dia kata bijak saya tak pasti. 24jam dia tinggal dengan kami, hinggakan apa yang patut diberikan pada anaknya pun dia langsung tak tahu ). setiap minggu mereka akan bertanya tentang pekataan yang telah anak ini tuturkan. ibu mengatakan bahawa anak ini sukar untuk memberi tumpuan dan tak semena-mena air muka mereka berubah (buat kali ke3, ibu saya tesengeh-sengeh sambil buat ayat cover “mungkin dia kecil lagi” huhu). kami takut mereka akan berkecil hati dan mengatakan kami hanya memburukkan anaknya. keadaan bertambah parah kerana baru-baru ini ibubapanya bercerai. kami tidak tahu ayat apa yang paling best yang boleh kami gunakan untuk beritahu pada mereka tentang anak ini. kami takut bila kami beritahu hal sebenar, penceraian bertambah buruk dan anak ini akan menjadi mangsa pencerian yang lebih dasyat.

    huhu, tolong bantu kami yang terperangkap antara kebenaran dan kekeliruan.

    Reply

    zaharahNo Gravatar Reply:

    salam bunga,

    syurgalah buat ibu awak yang sabar jaga anak orang tu …. saya setuju juga diberitahu hal sebenar … tapi may be melalui nenek dia ke atau orang yg mereka hormat
    …. supaya mereka boleh menerima keadaan sebenar anak mereka.

    Reply

    atunNo Gravatar Reply:

    salam bunga,

    saya jumpa thread anak comelku autistik di mforum.cari.com.my…ada ibu yg beritahu utk mengatasi masalah anak jalan berjingkit ni suruh dia lompat2 atas trampolin sebab dia akan berlatih meletakkan seluruh tapak kakinya, bukan hujung jari je..

    Reply

  36. NazhaNo Gravatar says:

    Bunga,

    Kalau Bunga sayangkan masa depan anak ini, berterus-teranglah dengan ibubapa mereka. Jadi senang untuk mereka merencanakan masa depan anak ini..lagi lambat lagi bahaya kerana autism ini perlukan pendidikan awal. anak saya mempunyai ciri2 yg sama seperti yg bunga ceritakan. saya juga menghantar anak ke rumah org untuk dijaga dan bagi saya, saya amat suka kalau si penjaga ini (yg saya panggil mak) berterus-terang mengenai perkembangan anak saya.

    sesiapa yg ingin berkongsi berkongsi dgn saya tentang masalah anak2 autisme ini dialu-alukan email ke fairosebasiron@yahoo.com.

    Reply

  37. Iza ShahNo Gravatar says:

    Salam kepada semua,

    Saya ingin bertanya, kalau ada kelas persediaan bagi kanak-kanak autisme ini untuk masuk ke darjah 1.

    Reply

    aszfarinaNo Gravatar Reply:

    salam iza, setahu saya utk beri pelepasan anak ke sekolah rendah biasa perlu ada kebenaran bertulis dr doktor pakar sekiranya anak anda tergolong dalam OKU dan mempunyai kad OKU. Pakar yg akan memberitahu samada anak-anak kita ini mampu belajar di sek ren biasa atau di sekolah khas..
    sebab tu kita kena selalu bawa anak kepada pakar terapi…

    Reply

  38. bungaNo Gravatar says:

    kepada Nazha,

    terima kasih sbb bagi nasihat. untuk pengetahuan nazha, fmly saya telah memberitahu perkara yang sebenar kepada ibu bapa dia. amat mengecewakan kami kerana mereka telah bertindak dengan menghantar anak tersebut untuk berubat dengan dukun kampung dan memberi mkn lidah lembu, kerana menurut mereka anak mereka cuma lemah semangat dan perlu untuk proses pemulihan (lemah semangat krn anak ini pernah terjatuh semasa dlm jagaan ibunya). kami sedih sangat-sangat. tapi tak tahulah mungkin anak ini akan pulih. hanya kuasa Allah yang menentukan. Wallahualam..

    Reply

  39. zaharahNo Gravatar says:

    Salam buat yang membaca,

    lama saya tak join…. baru buka laman ni semula…. memang ibu dan penjaga anak autist ini adalah penyabar ….. moga Allah jua yang berhak menganugerahi kalian semua….

    kalau sesiapa ada experience jayakan anak autist dlm apa-apa bidang ke…. atau dlm pelajaran ke … hubungi saya … saya nak interview untuk research saya… zaharah.hussin@gmail.com

    tapi yang tidak juga, boleh hubungi juga untuk kongsi pengalaman, cara didikan etc….. saya juga nak cari ibu-bapa kanak-kanak autist yg berjaya upsr 4A 1B kat KL … rasanya jika hubungi bahagian pen. khas ada kut.. tapi jika andalah yang membacanya… sangat-sangatlah saya nak dapatkan tips berkaitan dengannya.

    Wassalam…

    Reply

    Hidayati BasriNo Gravatar Reply:

    Assalammualaikum,

    Sila email saya Hidayati Basri di zacktee@yahoo.com

    Reply

  40. KhairulNo Gravatar says:

    Salam semua,

    Alhamdulillah berjumpa juga saya satu forum local utk subject ini. Anak saya – Hawa berumur 2 1/2 thn . Pada mulanya di diagnos sbg Global Delay. Kami mendapatkan pandangan kedua dari bekas Presiden Pediatrik Malaysia – Dato Dr Zulkifli. Pandangan beliau anak sy mengidap Rett Sindrom. Kami dicadangkan utk merujuk ke laman web bagi mendapat lebih maklumat mengenai sindrom ini. Alhamdulillah melalui website rettsyndrome.org & facebook kami mula mengambil tips dan cuba utk lebih memahami sindrom ini. Buat masa ini kami melakukan rawatan susulan di PPUM – Prof Dr Thong. Kami telah mula memberi ubat – epilim utk meredakan sawan / epilepsy. Apa yg membimbangkan kami – anak kami baru diperingkat permulaan regression period. Ketika ini dia hanya merangkak menggunakan lutut, bersuara hanya dgn satu nada, hilang keupayaan menggunakan tgn, bermasalah utk mengunyah makanan dan tidak berminat langsung dgn sebarang permainan. Sekadar bertukar pengalaman. Maaf jika message saya terlalu panjang.

    Wassalam

    Reply

  41. zehanNo Gravatar says:

    lama x ke ruangan ni..anak saya dah berusia 5 tahun tapi masih belum boleh bertutur lg..x tau nak buat apa lg serah pada Allah je semoga diberi juga rezeki untuk bercakap,ada anak buah saya yg saya lihat ada ciri2 autisme,tapi saya x berani nak bercerita dengan mak ayahnya takut dituduh yg bukan2..semasa anak saya diberitahu ada sindrom ni..saya pasrah je..Allah maha mengetahui,tapi sebagai ibu memang sedih tak terhingga..apa yg mampu kita buat tekadkan azam untuk jadikan dia org yg berguna

    Reply

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    salam zehan… sy jg mempunyai anak autistik yg berumur 9 tahun… dulu sy jg berperasaan yg sama x dpt menerima keadaan anak sy.. tp sy reda…ada lg org lain yg mempunyai anak isteimewa yg lebih teruk dari kita.. itu yg sy semat kan dlm hati….sy dpt tahu anak sy autistik ketika berumur 3 tahun sbb dia x blh bertutur langsung… kini hanya berkat kesabaran celotehnye bak mulut murai tercabut ekor…..

    Reply

    sharifahNo Gravatar Reply:

    salam puan, mcm maner bleh sampai jadi mulut murai tuuu.. happy sgt mendgrnyaa…bleh kongsi criter..m’hrp suatu hari nanti anak saya juga spt anak puan…

    Reply

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    salam puan… dari pengalaman sy anak2 autistik perlu berkawan. anak sy autistik mild tiada masalh teruk dalam pertuturan. sy tdk membwanya ke spechterapy. sy sentiasa bercakap dgnnya… layan seperti kita bercakap dgn anak yg normal. jangan menggunakan bahasa “pelat”…… mula2 mmg ssh nak fham tp sebagai ibu kita kn menunjukan minat jika anak2 becerita dan bercakap.

    aliceNo Gravatar Reply:

    Hai… kabar gembira ni, kira- kira berapa umur dia boleh bertutur??? anak saya berumur 5 tahun tapi masih tidak bertutur. Tak sabar rasanya nak dengar suara dia….

    Reply

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    hai alice..anak sy umur 5 thn br di blh pnggl sy mama, itu pon kdng2 je….kt kena banyak bertanya dan berbual dengan nye…walaupon responnye lambat dan yg keluar bahasa yg kita tak faham( mcm bhasa jerman,perancis, pon ade) sentiasa cuba lagi. Klaw bleh jgn berckp dgn anak kita byk bahasa cthnye klaw bhs melayu gn bhasa melayu sj, klaw bhs inggeris gn bhs inggeris sje. supaya otak dia x terkeliru. itu yg sy belajar dari pakar kanak2. sy mskkan anak sy sek tadika supaya dia leh berkawan..7 tahun sy mskan ke sek pendidikan khas…pertuturan dia semakin bagus dan lancar…sy boleh bersoal jawap dgn dia..

  42. atunNo Gravatar says:

    salam semua..

    saya juga ibu kepada seorang anak autistik yg berusia 6 tahun..dan saya baru saja create yahoo group malaysia-anakku-autistik@yahoogroups.com dan telah menjemput beberapa teman yg ada di sini..sesiapa yg belum dijemput dan berminat untuk menyertai group ini sila hubungi saya..

    wassalam

    Reply

    atunNo Gravatar Reply:

    maaf terlupa..mail saya atun1970@yahoo.com

    Reply

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    saya berminat untuk menyertai group ne… macamna saya nak sertainye.

    Reply

    atunNo Gravatar Reply:

    apa email adddress saudari..saya nak hantar invitation..

    watyaliasNo Gravatar Reply:

    emel sy u.ujie@yahoo.com.my

    Reply

    sharifahNo Gravatar Reply:

    salam atun…sy baru d ruangan blog ini..byk ilmu yg sy dpt bgmana menguruskan ank2 autisme..thanx so much utk smua..bleh sy join group ?

    Reply

    atunNo Gravatar Reply:

    salam sharifah, sila tinggalkan email address atau mail saya atun1970@yahoo.com

    Reply

    sharifahNo Gravatar Reply:

    salam atun.. email saya nawalsherifa@yahoo.com…..nak tanya ada x rakan2 d blog ini yg tinggal area seri kembangan,kajang,bangi, serdang & yg b’dekatan dgn nya…jika ada sila inform sy..utk tubuh NASOM centre b’dekatan sini..tq so much…

  43. watyaliasNo Gravatar says:

    sy mempunyai seorang anak autistik yg berumur 9 tahun . sekarang dia belajar di Sek. pendidikan khas . jika ada ibubapa yg boleh berkongsi pengalaman , pendapat dan pandangan mengenai anak autistik sila hubungi saya u.ujie@yahoo.com.my

    Reply

  44. izaNo Gravatar says:

    Saya ingin tahu ada sesiapa tak yang menghadiri kursus yang di anjurkan oleh NURY Institut. Adalah ianya bagus untuk kita yang mempunyai anak-anak austima ini?

    Reply

  45. atunNo Gravatar says:

    Salam Iza, seorang ahli group saya pernah menghadiri kursus di Institut NURY ni, dan feedback dia positif..kalau Iza berminat nak join group malaysia_anakku_autistik@yahoogroups bolehla beri email atau hubungi saya atun1970@yahoo.com

    Reply

  46. izaNo Gravatar says:

    Salam Atun, ok…saya akan join group tu…thanks for the reply.

    Reply

    atunNo Gravatar Reply:

    Iza, group saya ni private and not listed..jadi kalau iza nak join iza kena bg email address utk saya hantar invitation..

    Reply

  47. atunNo Gravatar says:

    salam semua,

    cuba baca thread Anak Comelku Autistik di mforum.cari.com.my

    saya rasa ianya byk membantu

    Reply

    normieNo Gravatar Reply:

    atun>
    bleh saya joint yr group
    n_mie79@yahoo.com

    Reply

  48. izaNo Gravatar says:

    Salam atun, harap agar dapat antar invitation lizadean@yahoo.com, terim kasih.

    Reply

  49. Nor AzamNo Gravatar says:

    Anak saya Naqib Iqbal berusia 3 tahun dan didapati menghidap autism.Saya telah pun menghantar anak saya berdaftar ke NASOM melaka.Tetapi memandangkan NASOM hanya di buka menjelang Januari 2010, saya mohon saudar/saudari dapat memnyalurkan maklumat kepada saya bagi menddidik dan menjaga anak saya. Segala maklumat yang diberikan amat saya hargai.Saudar/i boleh emailkan kepada saya di nabil_fahmiee@yahoo.com atau pun kepada isteri saya aronnabil@yahoo.com. Terima kasih

    Reply

Leave a Reply