Kanak-kanak Autistik

Assalamualaikum..
Hari yang agak sibuk nampaknya.. Sambil membuat kertas kerja. Kalau sebelum ini post saya agak santai namun untuk post kali ini saya dapat dari seorang rakan cyber yang pakar dalam bidang ini. Disebabkan beliau tidak mahu dikenali cukuplah saya kenalkan beliau sebagai ‘N’ sahaja..

Kanak-kanak Autistik

Mungkin ramai yang tertanya apa maknanya ‘autistik’ termasuklah saya. Bersama-sama ini saya sertakan sedikit satu perenggan dari satu kes ‘study’ beliau :-

“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)”

Kalau nak ditafsirkan ayat ini memanglah sukar terutamanya bagi yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi. Cuma bolehlah saya simpulkan bahawa kanak-kanak autistik ni merupakan kanak-kanak istimewa dari segi pemikirannya. Berdasarkan kajian kes tersebut, terdapat 4 perspektif yang boleh menyebabkan penyakit autisme ini menular iaitu :-

a) Perspektif psikologi
b) Perspektif biologi
c) Perspektif persekitaran
d) Perspektif tingkah laku

Saya rasa tak perlu saya menerangkan panjang lebar di sini kerana bukanlah motif saya untuk berceloteh panjang tentang kajian beliau.Cuma ingin mendapatkan maklumbalas kita terhadap kanak-kanak istimewa ini.. Bagaimana pandangan anda semua??? Pernahkah anda berhadapan dengan mereka?? Dan bagaimana caranya untuk mengawal keadaan tersebut.. Mungkin ianya mampu menjadi panduan kita semua..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :15933
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

312 Responses to “Kanak-kanak Autistik”

Leave a Reply