Assalamualaikum..
Hari yang agak sibuk nampaknya.. Sambil membuat kertas kerja. Kalau sebelum ini post saya agak santai namun untuk post kali ini saya dapat dari seorang rakan cyber yang pakar dalam bidang ini. Disebabkan beliau tidak mahu dikenali cukuplah saya kenalkan beliau sebagai ‘N’ sahaja..
Kanak-kanak Autistik

Mungkin ramai yang tertanya apa maknanya ‘autistik’ termasuklah saya. Bersama-sama ini saya sertakan sedikit satu perenggan dari satu kes ‘study’ beliau :-
“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)”
Kalau nak ditafsirkan ayat ini memanglah sukar terutamanya bagi yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi. Cuma bolehlah saya simpulkan bahawa kanak-kanak autistik ni merupakan kanak-kanak istimewa dari segi pemikirannya. Berdasarkan kajian kes tersebut, terdapat 4 perspektif yang boleh menyebabkan penyakit autisme ini menular iaitu :-
a) Perspektif psikologi
b) Perspektif biologi
c) Perspektif persekitaran
d) Perspektif tingkah laku
Saya rasa tak perlu saya menerangkan panjang lebar di sini kerana bukanlah motif saya untuk berceloteh panjang tentang kajian beliau.Cuma ingin mendapatkan maklumbalas kita terhadap kanak-kanak istimewa ini.. Bagaimana pandangan anda semua??? Pernahkah anda berhadapan dengan mereka?? Dan bagaimana caranya untuk mengawal keadaan tersebut.. Mungkin ianya mampu menjadi panduan kita semua..
RSS Feed
Twitter



November 13th, 2007
zool
Posted in 


wahhh
bgus nye, sy sndiri pun xtau ape bnda ni.. ni dpt tmbh ilmu skit
Tahniah le..
Reply
ada jiran anak dia autism.
dah besar dah..mungkin dah 10 tahun..
tak pandai cakap…
kalau tengok, tak sangka dia autism…sebab nampak macam normal jer…
Reply
penah terbaca gak artikel psl kanak2 autistik ni. kadang2 kesian plak kat diorang. erm..
Reply
saya adalah salah seorang bapa yang mempunyai seorang anak lelaki autistik.walaupun beliau tergolong dalam kalangan anak istimewa, saya tetap berusaha untuk menjadikannya sebagai seorang insan yang berguna nanti.insan istimewa ini mempunyai daya ingatan yang menakjubkan serta amat berminat pada matematik, muzik dan lukisan.dengan bimbingan yang betul kelemahan mereka dapat dibaiki supaya mereka dapat hidup seperti kita insan biasa.kuatkan semangat kerana ini merupakan ujian Allah terhadap hambaNya. layari laman web saya berkenaan dengan anak istimewa saya yang bernama Syahmi Asyraff di http;//myautistichild.blogspot.com/.
Reply
april
Reply:
May 9th, 2009 at 17:40
hai,encik saya ialah seorang guru autistik.saya ada sejens product untuk kanak-kaank austitik dan down sindrom.murid saya makan product ini dalam bulan pertama sudah ada good effection.kalau encik hendak tahu banyak about this ,boleh email saya lhteo2009@hotmail.com
Reply
Roza
Reply:
December 12th, 2009 at 15:42
anak saya autisma, berusia 2 tahun setengah. boleh ke makan ubat tu, ubat ap & berapa harga kat mana mak beli.
Reply
tidak ada apa-apa seronok pun.
Reply
memang pun tidak ada apa-apa seronok tidak ada orang chatting pun.
Reply
saya bakal seorang pendidik pendidikan khas…knk2 yang bekeperluan khas sebenarnya sangat istimewa…
Reply
saya mempunyai seorang anak istimewa(autisma) minta bantuan kawan kawan untuk memberikan maklumat
Reply
EZZUDDIN AB. AZIZ
Reply:
July 14th, 2009 at 01:25
saya juga seorang bapa kepada anak yg ber-diagnosed autisma….boleh hubungi saya di ezzuddin@gmail.com. saya memang amat berminat untuk berkenalan dgn semua ibubapa kepada anak yg besifat autism…exchange info and experiences….
Reply
Roza
Reply:
December 12th, 2009 at 15:35
Saya baru sebulan dpt tahu anak saya autisma. kalau ada pengalama , info & kaedah mnddik beritahu saya
Reply
Saya adalah ibu yang mempunyai anak lelaki yang saya dapat rasakan mempunyai siptom autisme. Walaupun belum asti kebenarannya tapi hati saya seakan merasakannya. Di awal usia tiga tahun anak saya masih belum boleh bercakap melebihi 3 patah perkataan dan dia akan bercakap dengan bahasa yang aneh jika melebihi 3 p.perkataan. Peringkat awal saya dirujuk oleh doktor pakar untuk membuat hearing test untuk anak saya. Hasil uian pertama kali dilakukan, ujian menunjukkan dia ada masalah sindrom kurang pendengaran dan diusulkan utk memakai alat bantuan hearing aid. Seakan tidak percaya dengan keadaan itu tapi saya dan suami pasrah dan redha cube buat yang terbaik untuknya. Tetapi apabila terbaca berkenaan autisme ini saya semakin keliru….apakah sebenarnya masalah anak saya…adakah anak saya tergolong dalam autisme atau sekadar sindrom krg pendengaran. sya berharap sgt2 jika ada yg mengalami masalah yang serupa dapat berkongsi pengalaman dan nasihat.
Reply
EZZUDDIN AB. AZIZ
Reply:
July 14th, 2009 at 01:27
saya juga seorang bapa kepada anak yg ber-diagnosed autisma….boleh hubungi saya di ezzuddin@gmail.com. saya memang amat berminat untuk berkenalan dgn semua ibubapa kepada anak yg besifat autism…exchange info and experiences….
btw- puan farah, pengalaman puan sama seperti yg kami lalui semasa anak saya berumur 3 tahun…dia sekarang sudah 10 tahun….
Reply
azreen
Reply:
January 21st, 2010 at 02:45
salam..saya ibu kepada seorg anak autism yg disahkn doktor akhir tahun lalu..mulanya mcm tak percaya sbb nmpk normal cuma lmbt berckp..saya tinggal di muar dan dah daftarkn anak saya di sek pemulihan anak autism(nasom) sejurus tp masih menunggu kerana xde kokosongan..kalau bleh tolong share info pada saya mcm mana nak kawal/ajar anak saya dirumah sementara belum ke skolah..thankss
Reply
watyalias
Reply:
October 28th, 2009 at 17:25
sy jgk berpengalaman seperti farah, anak sy jg dibw berjmpa doktor pakar tekak dan telinga.. tp semuanye ok..sy dicdangkan berjmp pakar kanak2.. disitulah anak saya dianosedkan auisma. boleh hubungi sy di u.ujie@yahoo.com.my untuk bertukar-tukar pendapat….
Reply
minta maaf kerana lama tak balas di post ni.. Saya sebenarnya tidaklah bijak pasal ni.. cuma mendapat sedikit info dari rakan cyber dan tertarik untuk dimasukkan dalam artikel ni..
Cuma diharap farra bersabar dan anggaplah ianya sebagai satu dugaan dariNYa..
Insyaallah ada hikmah disebaliknya.. Samada anak anda tergolong dalam autisme atau tidak mungkin ada rakan2 lain yang boleh membantu..
Atau mungkin farra boleh ke blog
http://myautistichild.blogspot.com/
untuk berkongsi pengalaman
Reply
Besar dugaan dan besar pahalanya jika kita dapat buat yang terbaik untuk anak2 istimewa ini.
Mereka tak pinta dilahirkan sebegitu dan kita juga tak meminta anak kita dilahirkan sebegitu. Yang pasti, anak2 ini bukan sahaja istimewa di dunia bahkan juga di sisi Allah suata masa kelak.
Jika kita lihat pada gejala sosial sekarang, anak2 tak istimewa ini lagi teruk penjagaannya berbanding dgn anak2 istimewa.
Buat Pn Farah, rasanya lebih baik puan berjumpa dengan pakar autisme untuk mengetahui masalah sebenar anak puan. Banyakkan pembacaan tentang cara-cara membesar dan memberi pendidikan kepada anak2 istimewa ini.
Saya terjumpa satu buku yang membicarakan tentang anak2 autisme ini dalam bab 23. Boleh klik link di bawah
http://www.e-kedai.net/index.php?product_id=723&target=products
Puan juga boleh baca pada artikel ini kerana artikelnya amat baik sekali dan bertepatan dengan topik post blog ini.
http://intim.wordpress.com/2007/09/08/memahami-anak-anak-autistik/
TQ, Sesungguhnya allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya
Reply
Emira
Reply:
February 17th, 2009 at 10:31
tau x serba sdikit rawatan untuk autsm nie
Reply
Roza
Reply:
December 12th, 2009 at 16:03
apa tajuk buku ttg autisma tu
Reply
assalamualaikum..
terlebih dahulu nak ucapkan thanks kat saudara zool yg telahh mengeluarkan ttg autisme ni..
biarlaa sy bg pendapat sy ttg kanak2v autism ni..kanak2 autism ni ada 3 tahap..setiap kanak2 yg menghidap autisme ni berlainan jenis…
sy nak berkongsii dgn saudara2 ttg kanak2 autisme ni..memangkann sy dlm bidang ni..tapi aper yg sy tauu dr pemerhtian sy akan sy cube bantu semampu sy…
sy akan cubee bg pendapat sy ttg kanak2 autism nii everyweekk..n kepada saudara2 yg ingin mendapatkan pandangan ttg kanak2 autisme ni boleh laa email sy di
huda_6502@yahoo.com
saya harap kita sama2 dapat membantu kanak2 autisme ni menjalani kehidupan seperti kanak2 normal yg lain…walaupun kanak2 ini menghidapi sindrom autisme..sayangilaa dia seperti anak2 yg lain..sesungguhnye kanak2 ini amat berharga dan ia adalah 1 anugerahhh yg tidak terhingga..
wassalam
Reply
oh yee maafkan sy..sekiranye ada diantara saudara2 ingin terus berbicara ttg autism boleh laa YM ngan saye di huda_ntsy@yahoo.com..utk makluman saudara2 sekali..sekarang sy berada di ireland…so beza jam adalah 7 jam..sy akan online pada waktu 7 mlm waktu malaysia sehingga pukul 1 pagi waktu malaysia..
tq
Reply
NOORBAINY BT BORHAN
Reply:
June 10th, 2009 at 22:59
sambung pengajian ke di sana ? Tak apa, nanti kita kongsi pengalaman dan pengetahuan bersama. saya guru dan sedang sambung pengajian di OUM dalam Pendidikan Khas. Saya pn ada banyak benda yg dsaya tak tahu dan sedang belajar. sama-sama bantu yer….
Reply
sebenarnya pernah dengar tentang nama sindrom ni tapi tak tahu tentang detailnya… bila baca kat sini baru dapat gambarannya sikit..
untuk Pn.Farra diharap redha dengan apa yg berlaku… tapi biasanya pada peringkat umur bila ya kita dapat kesan sindrom ni berlaku pd anak2?
Reply
aszfarina
Reply:
June 26th, 2009 at 17:02
askum..utk makluman anda.. sindrom ini selalu dikesan saewal kanak2 tersebut dibawah 1tahun. Seperti anak saya, sebelum demam panas dia telah menangis lebih daripada 4 jam. Kemudian di ikuti denagn demam panas yang terlampau iaitu 40 darjah calcius. Ketika ditahan di wad, pihak hospital hanya memberikan ubat cecair iaitu sirap paracetamol. sejenis ubat demam yang biasa diberikan kepda kanak2. selepas 6 jam..sekiranya masih lagi panas, anak saya dimasukkan ubat punggung utk meredakan panas dengan cepat. untuk seketika..memang turun, tetapi akan naik kembali selepas tempoh 2 jam. Kemudian selepas anak saya melepasi tahap kritikal, kami dibenarkan pulang. Disini dimaklumkan, anak say ketika demam panas tidak mengalami sebanrang sawan ataupun tarik. Selepas pulang kerumah, perubahan paling besar, dia menjadi emah, pengaulan komunikasi yang semakin kurang dan hubungan sosail antara adik beradiknya menjadi jarak kerana dia mengasingkan diri di tepi2 sudut ruang rumah. pemakanan juga berubanh..kurang makan nasi hanya suka pada makanan masam, masin. kelakuan suka melompat2, menjerit2 menagis tiba2 dan ketawa tanpa sebab. Setelah umur menaingkat 2 tahun, dia masih belum becakap, saya bawa berjumpa pakar, disaat itulah saya dimaklumkan anak saya tergolong sebagai kanak2 OKU di bawah sindrom austisme. Pada mulanya memang amat pauah nak terima..tetapi kini setelah umurnya 4 tahun dan saya telah menghantarnya untuk mendapatkan terapi di PDK (pusat dalam komuniti) yang disediakan oleh kerajaan, terdapat perubahan dari segi kelakuan dan penerimaan dari aspek kelakuan dan pemahaman anak saya. perlakuan mencederakan diri sendiri semakin kurang. Kini anak saya Nur Azan Mukhriz masih lagi mengikuti sesi terapi di PDK dan berharap dia akan boleh melanjutkan pembelajaran di sekolah rendah biasa.
Reply
Assalammualaikum…
Saya adalah seorang ibu yang mempunyai anak yng menghidap autisme. Anak saya kini berusia 6 thn and thn hadapan akan menjalani alam persekolahan darjah satu. Sindrom ini hanya baru saya ketahui baru2 ini sahaja iaitu ketika anak saya dimasukkan ke wad atas penyakit cirit-birit.
Disini sy ingin meminta bantuan bagaimana untuk mengawal dan apakah langkah2 untuk sy lakukan agar anak sy dpt menjalani kehidupan seperti kanak2 normal yg lain….
Reply
assalamualaikum.
kpd pn farah..
pn jgn keliru dgn sindrom dgn mslh pndengaran..austistik melibatkn t/laku..bg knk2 yg mgalami mslh pndengaran,tingkh laku atau pnglibtan sosialnye normal..
mmg susah utk kita tentukn knk2 tu ada sindrom atau pun xde sbb sibdrom ni boleh dikesan seawal umur 3 thn..
kita boleh lihat t/lakunyer spti kmahiran motornyer…minat dia,cara dia berkawan dan perangai dia mcm mn..
mmg tdak d nafikn knk2 austik ada mslh komunikasi tetapi bkn beerti dia mgalami mslh pndengaran..
sy hr pn farah dpt mbebzakn sindrom dgn mslh yg dihidapi ank puan..
sy nk terangkn secara detail disini tidak sesuai krn jika terlmpau pjg mungkin pn kekeliruan akn berlaku..
walau bgaimn pun pn bersabar n bykkn pemerhatian terhdp ank puan…
tq
Reply
assalamualaikum..
kpd pn shida..
terlebih dahulu boleh ker sy tau ank puan mghidapi sindrom di tahap yg mn..sebb dlm sindrom ni ada 3 peringkat iaitu yg biasa,sederhana n teruk..
utk knk2 yg autistik yg yg ketiga biasenye akn mengalami kerosakn neurologi yg teruk speti sensory intergration dysfuntion ataupun kegagaln integrasi deria..iaitu rasa,bau,peglihatan,komunikasi…dimn deria2 ni lgsg xberfungsi..tidak boleh interaksi n xboleh mnguruskn diri sendiri,,boleh diistilah spt bayi xtau aper2…
bagi autistik yg berada tahap pertama n kedua…pn tidak perlu bimbang kerana kanak2 pada tahan ni kita boleh training kpd keperluan asas,..contohnye..toilet training,pakai baju..makan…n mneguruskan diri..
dah pn boleh lakukan kat rumah dengan jadual yg rutin..
pastikn jadual yg dilakukn oleh puan berjln n dilakukn hari2 krn dgn cara ini mbolehkn ank puan boleh berdikari sendiri..
sy hrap dgn tips2 yg sy bg ni dapat mbantu puan.
tq
Reply
Pn.Dori
Reply:
January 22nd, 2009 at 20:30
Miss N… saya ingin tahu, anak sy autistik kategori mn.coz deria rasa, penglihatan & pendengaran ok. cuma tidak boleh bdikari & bkomunikasi.Tidak agresif kecuali diganggu dan emosinya sgt sensitif.Tidak suka bunyi yg terlalu bising.
Reply
watyalias
Reply:
October 28th, 2009 at 19:56
assalamualaikum…sy bersetuju dgn pandangan miss N.. anak sy autisme tahap 1… skarang sy lebih kpd utk training anak sy utk berdikari…tp kn mempunyai tahap sabar yg lebih..
Reply
tips training..
1.self basic
*TOILET TRAINING
-pastikan knk2 diajar utk buang air di tempat yg betul..
-selalu bertanyakn atau igtkn knk2 itu utk ke tandas utk mbuang air..
-walaupun knk2 itu memakai nappy or pmpers..biasakn mrk ke toilet n sekiranya boleh elakkn memakain nappy supaya dia dilatih utk berckp utk ke tandas..
-ketika mndi tunjuk n ajar kegunaan sabun,berus gg or anything yg berkenaan dgn pmbersihan diri..igt DAHULUKN ASAS :SABUN N BRS GG n TOWEL.
*MAKAN/MINUM
-iini merupakn perkara asas yg knk2 perlu tau..
-tunjukkan cara makan yg betul..cth cara pengang..sekiranya mkn pkai sudu n garfu pastikan alatan itu ,mesti plastik spy tidak mecederakan kanak2 tsbut mustila sama2 mkn dgn kanak2 krn kanak2 pada thp ini suke meniru org dewasa lakukan..lakukan dgn makanan yg ringan cthnye roti..n di selang dgn makanan yg lain..
-utk minuman..bg kanak2 yg tak reti mngunakan bikar or gelas..gunakan gelas or bikar yg ada straw…latihkan mrk sehingga mrk tau utk meminum sendiri tanpa bantuan penjaga..
-seelok2nye pnjaga latih kanak2 tsbut
*PAKAIAN
-utk pakaian ini,penjaga mesti tunjukan step by step n kenalkan mrk kegunaan baju,seluar pada bahagian bdn mrk..
-cthnye butang..ajar mereka memasukan butang sendiri..
-memakai kasut sendiri ..latihkn dgn kasut yg tdk mgunakn tali..
…cukup setakat ini dulu tips utk hari ini..tips yg akn dtg akn mnyusul…TQ
Reply
Pn.Dori
Reply:
January 22nd, 2009 at 19:55
Miss N, saya mpyi seorg kanak2 austistik b’usia 5 tahun.Perempuan.Anak sulung.Dugaannya besar.sehingga skrg sy masih keliru & masih sukar utk. menerima kenyataan. Utk pengetahuan semua, anak sy confirm austitik ketika berusia 4 tahun. Lahir normal, ttp ketika b’usia 4 bulan diserang deman panas yg berlarutan hingga berusia 3 tahun. Spjg tempoh itu dia kelihatan normal spt kanak-kanak lain. boleh meniru percakapan yg mudah cuma agak lemah menerima arahan.Ketika berusia 3 tahun dia suka menyendiri dan berminat dengan benda2 yg halus spt rambut, benang dan brg besi yg berpasangan.(sudu, kunci).Apa yg merisaukan sy skrg, semakin hari dia semakin lupa ttg apa yg telah @pernah disebut/dipelajari.(semakin senyap).Kdg2 seminggu kami sekeluarga tidak mendengar suaranya. Dia seakan-akan tidak berminat utk bercakap.Utk makluman,Selain menggunakan pengalaman sy sebg seorg guru utk mendidiknya sy juga menghtrny speech theraphy. Tapi tidak ada perubahan.Saya risau…kerana saya sgt sayang pdnya..tolong saya…
Reply
aszfarina
Reply:
June 26th, 2009 at 17:15
pn dori, kes anda sama seperi anak saya cuma berbeza dari segi waktu dikesan sindrom ini. anak saya juga mengalami demam panas ketika 10 bulan. setealh umur 2 tahun, dikesan oleh pakar sebagai sindrom autisme. dia juga semakin kurang bercakap..untuk mengatasi masalah ini, Pn. Dori perlu sentiasa bercakap dengannya. walaupun ketika puan sedang melakukan aktiviti ruamh. Saya telah mengambil langkah paling besar iaitu..berhenti kerja. mengharapkan bantuan orang gaji, depan kita mmg dia malekukan tugas..di belkang kita lain. elakkan anak puan dari berkhayal ini kerana kanak2 ini suka berkhayal, ketika dia sedang leka seorang, berbual2 laa dengan dia. memang agak penat dan kadang kita sendiri akan stress dan tension tapi pastikan eye contacknya sentiasa melihat muka kita ketika kita berbual dengannya. salah satu sebab kanak2 autisme ini susah bercakap adalah kerana eye contact atau tumpuan mata yang kurang. selamat mencuba.
Reply
saya seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelaran di mana isu yang ingin saya utarakan ialah kesedaran ibu bapa. masih ramai ibu bapa yang kurang sedar akan keperluan anak mereka. masih ramai yang terlalu melindungi anak kerana risau kesakitan anak ketika menjalani terapi. masih banyak yang berfikiran terbuka walaupun untuk kebaikan anak. apa cara terbaik yang patut dilakukan oleh seorang guru?????
Reply
aszfarina
Reply:
June 26th, 2009 at 17:18
anda boleh maklumkan kepada ibu bapa kanak2 tersebut, bagi kanak2 autisme ini,mereka mempunyai dria rasa yang kurang. iaitu kurang merasai kesakitan. untuk menjamin anaknya selamat dan kurangkan kerisauan mereka, anda perlukan katakan ini semua untuk kita melihat perubahan anak. mereka perlu faham ini sekiranya mahu k=melihat anak mereka sepeti kanak2 normal.
Reply
watyalias
Reply:
October 29th, 2009 at 09:24
cikgu nurul…sy rasa perlu mengadakan perjumpaan dgn ibubapa sekerap yg mungkin supaya ibubapa dan guru boleh berbincang…
Reply
assalamualaikum/salam sejahtera.
saya juga salah seorang yang dipilih oleh Allah utk mempunyai anak autistik. umurnya sekarang dah 12 tahun. memang betul apa yang dikatakan tentang autistik ni. memang mencabar. memang pening kepala. anak saya ni yang ketiga daripada empat anak yang saya ada.
mulanya tu memang tak tau yg dia ni autistik. pergi klinik pakar klang, dua tiga kali, dr tu kata tak pasti. lama-lama menyampah. asal datang je, dia tanya history anak saya. bila boleh jalan, bila itu, bila ini.
pas tu saya pergi HUKM baru dr. tu confirmkan autistik. dia suruh daftar dan sekolahkan.
tentang sekolah ni, asalnya memang saya sekolahkan. swasta. NASOM. sekolah kerajaan tak leh. dia suruh kita tunggu. susahlah! macam mana nak kerja. tak kerja nanti soru mis la.
kat nasom ni ok la juga. walaupun ramai parent complain. tak dapat apa pun. kat sekolah dia buat apa yg cikgu dia suruh, tapi kat rumah apa pun tak de.
ada la 5 tahun dia sekolah. lepas tu, cikgu ni selalu komplen anak saya suka gigit la, cakar la, sampai berdarah. saya tau sebabnya. dia nak makan cikgu tak bagi. tu yg dia ngamuk. kat rumah, ikut suka dia. nak makan ke tidak. susah control.selain tu dia suruh menulis. mana budak ni nak tulis. dia ni jenis autistik yg agak teruk. cakap apa pun tak tau.
saya pun hairan, budak macam ni buat apa ajar menulis. ajar benda yang patut dia tahu la kan. mcm nak bancuh air ke, masak nasi ke…memang dia ngamuk kalau kena paksa buat tu buat ni. tak leh tu takleh ni.
akhirnya saya tak hantar sekolah. kononnya nak ajar sendiri bila free. memang ajar la juga sikit-sikit. sekarang ni boleh tahan la berbanding 5 – 6 tahun dulu. dia boleh ke tandas sendiri. cuma mlm saya pakaikan lampin. takut terkencing kat tilam.
sekarang ni dah pandai main komputer. lap top aku pun dia tau nak operate. tapi program yang dia suka je la. nasyid raihan je yang dia suka sejak dia kecik. naik pening kita orang dlm rumah tu. asyik dengar lagu tu saja sejak bertahun2. dlm kereta pun lagu raihan jugak….
ok la, lain kali saya sambung catatan ini…
Reply
NOORBAINY BT BORHAN
Reply:
June 10th, 2009 at 23:31
seronok baca pengalaman orang lain. macam info n cerita saya dapat.cuma sabar banyak2.
Reply
watyalias
Reply:
October 29th, 2009 at 09:36
nordin….ngapa tidak dihantar ke sek kebangsaan yg ade kelas pendidikan khas….dl anak sy becakap pon x blh… thn lps umurnye 7 thn sy mskkan ke kelas pendidikan khas….allhamdulilah dlm masa 6 bln dia blh bercakap, menulis nmnye sendiri(walaupon tulisan kurang elok kerna kanak2 autistik mmg mempunyai masalh mengawal tangan)… blh baca A smp Z… mengira dlm bahasa malaysia dan inggeris…. anak sy seronok kerna dpt berkawan dan suasana sek seperti sek biasa….begitu jg anak sy cukup pandai main komputer… ank sy sukakan kereta….ape jua mengenai kereta semuanye dia tahu….
Reply
saya ingin sekali YM dengan Samsul Muariff Saroni, farah, shida, nordin kerana saya juga memiliki anak seperti ini. mudah-mudahan dgn cara ini kita dapat berkongsi
Reply
ummu muhibm Saya akan cuba contact mereka melalui emel untuk memaklumkan bahawa puan ingin berkongsi masalah anak istimewa ini
Reply
NOORBAINY BT BORHAN
Reply:
June 10th, 2009 at 23:33
saya jg nak berkongsi dengan mereka yang sudi. Zehan dah pun menghubungi saya dan kami saling bercerita dan memberi pendapat. apa kata kita buat kelab untuk anak-anak autism kat blog ni…
Reply
aszfarina
Reply:
June 26th, 2009 at 17:21
setuju. unutk berhubung dengan saya boleh add saya di aszfarina@yahoo.com. saya juga mempunyai anak lelaki berumur 4 tahun.
Reply
aszfarina
Reply:
June 26th, 2009 at 17:23
setuju. kita adakan log unutk berkongsi tentang anak2 kita yang megalami sindrom ini. aszfarina@yahoo.com
Reply
assalamualaikum………saya juga nak konsi masalah dengan semua ibu2 n bapa2 yang ada masalah ngan saya…..sebenarnya saya mempunyai masalah…anak autitik…baru jer seminggu diberitahu..anak saya adalah anak istimewa….bagaikan kan gelap dunia ini seketika…saya rasa satu hentakkan yg besar dlm hidup saya…tapi alhamdulillah saya panadang mata anak saya…saya terharu….anak saya berusia 3 tahun…27/7/2008 .1st saya hantar ke hospital kuala terengganu..buat speech therapy pastu ke hospital kemaman…terapi cara kerja….cuma saya keliru anak saya dignosa ADD disana..selepas saya jumpa pakar psikitarik baru lah diberitahu anak saya anak autistik…anak sangat manja n selalu mencium saya bila dia buat salah..keliru ngan diagnosa pihak hospital…ada sesaper leh jelaskan…TQ
Reply
pn farah…shida…n en azlan saya nak kongsilah tips ngan semua camner nak cerahkan masa depan anak istimewa ini….silalh emailkan ke powergirl_jue@yahoo.com…harap sangat….
Reply
saya juga ada anak lelaki yang auistik. Umur sekarang 5 tahun. Anak saya sekolah di NASOM sejak umur 3 tahun. sebelum ini, no speech tapi sekarang ni asyik mengulang saja apa orang cakap. Saya berminat nak kongsi pengalaman dengan parents kanak-kanak autistik yang lain. Mungkin kita boleh bertukar pengalaman dan mungkin saya dapat mempelajari sesuatu yang berguna dan praktik kepad anak saya. saya dah cuba pergi ke blog http;//myautistichild.blogspot.com/. tapi tak de pun.
Reply
rasidah
Reply:
December 29th, 2008 at 01:35
Salam… Saya ibu anak autistik. Perempuan 13 tahun dah tu ada lak rett syndrome. Banyak dugaannya…tuhan saja tahu. X boleh urus diri..apa-apa boleh email saya. Nasom di mana..KL or Jalan Ipoh…or di Klang. Thanks
Reply
Kepada semua pembaca. saya harap berkongsilah pengalaman di sini.. Mungkin kadangkala saya terlupa pada artikel ini.. Almaklumlah saya belum memiliki pengalaman seperti anda semua.. Namun saya percaya itu semua dugaan dariNya.. Sentiasalah percaya pada ketentuanNya
Reply
assalamualaikum…………..bolehkah anak-anak autistik hidup sempurna…macam kanak-kanak lain……n bila anak saya boleh bertutut ni….adakah dia akan pulihhhhh…..confius ni
Reply
assalamualaikum…………..bolehkah anak-anak autistik hidup sempurna…macam kanak-kanak lain……n bila anak saya boleh bertutur ni….adakah dia akan pulihhhhh…..confius ni
Reply
assalammualaikum, saya mempunyai anak autistik berumur 7 thn. Dia bersekolah di NASOM sejak berumur 4 thn. Sekarang bersekolah di NASOM pd waktu pagi dan thari berada di sekolah kebangsaan. Dia mengambil masa sehingga 2 tahun untuk mahir bercakap walaupun tidak banyak patah perkataan tapi dr hari ke hari perkataan baru perlu dikenalkan.Oleh kerana di NASOM diajar bahasa inggris sebagai bhs utama jadi bhs melayu dia agak ketinggalan.Sehingga hari ini dia masih struggle utk membaca/mengeja dlm bhs melayu.Kepada ibubapa kanak2 autistik, jgn putus harapan dan banyak bersabar
Reply
Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun dan baru saja dpt confirm dr pakar psikatri UH bahwa anak saya ni autistik. Sedih jugak. Doktor nasihatkan saya supaya menghantar anak saya di NASOM atau any autistik centre tapi saya dh check tempat tu jauh jugak sebab saya tinggal di Puchong. Ada sesiapa tahu any autistik centre yang berdekatan dgn Puchong
Reply
aszfarina
Reply:
June 26th, 2009 at 17:30
sudahlah mendaftar anak anda di JKM?(jab. kebajikan masyarakat) banyak faedahnya. salah satunya anak anda boler balaja di PDK Pusat Dalam KOmuniti. percuma kerana dibawah kerajaan. Bagi saya yang tak mampu untuk menghantar ke nasom. disilah anak saya mendapatkan terapi. Cubalah. Tanya jkm dimana PDK terdekat dgn anda.
Reply
EZZUDDIN AB. AZIZ
Reply:
July 14th, 2009 at 01:51
pn normah,
NASOM ada di PJ , 03 – 7781 6981. Boleh hubungi Puan Zaleha…No. 10 Jalan Mewah 6/9
Seksyen 6 Petaling Jaya
Reply
saya bakal pendidik kanak-kanak istimewa juga…d harap ibu bapa y memiliki anak khas tidak mengabaikan mereka…mereka punya hak seperti manusia yang normal untuk mendapatkan pendidikan walaupun sukar…
Reply
Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi pegalaman di mana saya mempunya seorang anak lelaki yang berumur 4 tahun 8 bulan. Pada mulanya saya hantar anak ke sekolah Smart Readers sebab dari awal lagi dah perasaan yang anak saya tidak seperti budak-budak normal yang lain kerana dia tidak bercakap dan selalu bermain sendiri. Saya ingat dengan menghantar dia ke Play School atau Tadika ini dapat, improve dia punya communication, sebab dia the only son. Tetapi tiada perubahan. Saya mengambil keputusan pegi berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan pediatric tetapi hasilnya sama sahaja, sampai yang terakhir berjumpa dengan Speech Theraphy, dan dia syorkan agar masuk ke sekolah NASOM. Masuk bulan ini, dah nak masuk 3 bulan, saya telah nampak perubahannya. Dia sudah banyak mengeluarkan kata-kata dan sedikit bising, dan sudah pandai sedikit berdikari. I have faith, one day dia boleh berubah lebih baik lagi. Insyallah. Disini, apa yang ingin saya nyatakan bahawa di Malaysia, tidak banyak pendedahan tentang Austisme. Saya rasakan di Malaysia tidak banyak pilihan untuk mendapatkan treatment (center atau sekolah) bagi kanak-kanak austisme ini. Masyarakat pun tidak mengetahui apakan itu Austime. Saya berharap agar dapat banyak lagi info dan maklumat tentang bagaimana kita sebagai ibubapa dapat maklumat yang berguna dalam membesarkan anak-anak autisme ini.
Reply
Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi pegalaman di mana saya mempunya seorang anak lelaki yang berumur 4 tahun 8 bulan. Pada mulanya saya hantar anak ke sekolah Smart Readers sebab dari awal lagi dah perasaan yang anak saya tidak seperti budak-budak normal yang lain kerana dia tidak bercakap dan selalu bermain sendiri. Saya ingat dengan menghantar dia ke Play School atau Tadika ini dapat, improve dia punya communication, sebab dia the only son. Tetapi tiada perubahan. Saya mengambil keputusan pegi berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan pediatric tetapi hasilnya sama sahaja, sampai yang terakhir berjumpa dengan Speech Theraphy, dan dia syorkan agar masuk ke sekolah NASOM. Masuk bulan ini, dah nak masuk 3 bulan, saya telah nampak perubahannya. Dia sudah banyak mengeluarkan kata-kata dan sedikit bising, dan sudah pandai sedikit berdikari. I have faith, one day dia boleh berubah lebih baik lagi. Insyallah. Disini, apa yang ingin saya nyatakan bahawa di Malaysia, tidak banyak pendedahan tentang Austisme. Saya rasakan di Malaysia tidak banyak pilihan untuk mendapatkan treatment (center atau sekolah) bagi kanak-kanak austisme ini. Masyarakat pun tidak mengetahui apakan itu Austime. Saya berharap agar dapat banyak lagi info dan maklumat tentang bagaimana kita sebagai ibubapa dapat maklumat yang berguna dalam membesarkan anak-anak austisme ini.
Reply
Saya mendapati anak sulung saya mempunyai simptom2 autisme…Bagaimana jika saya ingin menghantar anak saya ke NASOM?Perlukah anak saya menjalani rawatan pengesahan dari doktor untuk pendaftaran ke NASOM dan berapakah yuran yang perlu saya bayar jika anak saya akan mengikuti kelas di NASOM? Saya berharap adalah yang sedia membantu saya dengan memberikan penjelasan..Terima kasih…
Reply
Untuk pengetahuan anak saya pada 18/10 ini akan berusia 3 tahun…Masih tak boleh berkomunikasi. Diantara simptom yang dihadapinya ialah berminat dengan barangan electronik seperti handphone, menggigit kuku yang kadangkala kelihatan seperti ketagih untuk menggigit kuku,hyperactive,berminat dengan roda yang bergerak pada kereta mainan,hanya dapat menerima dan mendengar kata saya saja dan jika orang lain memberi arahan tidak akan diendah, tidak membenarkan sesetengah orang seperti nenek menyentuhnya,tidak boleh mendengar bunyi bising/kuat seperti pertunjukkan bunga api dan akan menutup telinga dan kelihatan seperti amat takut..seperti yang saya baca ketika melayari internet ini adalah simptom2 autisme…Berapa agaknya cost yang diperluka untuk berjumpa dengan pakar kanak2 swasta kerana untuk berjumpa dengan pakar kanak2 kerajaan agak payah kerana terlalu banyak prosedur yang perlu dipatuhi..harap ada yang dapat membantu..
Reply
watyalias
Reply:
October 29th, 2009 at 10:12
hidayah… masa mula2 anak sy disahkan autisme sy pergi ke PPUM ..disana pergi ke unit psikiatri remaja dan kanak dan cuma di kenakan bayaran rm5 sahaja…. disitu boleh jmpa dgn pakar kanak2( doktor yg sy selalu jmpa iaitu Dr Subash)
Reply
autistik dan down syndrom memerlukan intervention peringkat awal, kekurangan hari ini ialah cuma ada sekolah swasta yang mungkin kos nya tinggi atau jaraknya jauh dari tempat tinggal. Sekiranya kerajaan boleh mengadakan sekolah yang mempunyai intervention program disemua daerah adalah terbaik. Apa yang ada hari ini adalah pusat komuniti yang mana gurunya bukan dari yang tenaga pengajar yang terlatih
Reply
saya seorang pelajar UTM(separuh masa).juga seorang guru GSTT (pend khas daerah gombak) sedang membuat tesis berkenaan terapi bagi kanak-kanak khas. selain berenang,berkuda,brain gym, refleksologi dan terapi muzik ,ada tak pendapat lain berkenaan terapi kanak-kanak istimewa ni? oleh krn sy kurang pendedahan berkenaan buku terapi kanak-kanak khas,sesiapa yg terpanggil utk membantu sy dlm kajianni, amatlah sy alu-alukan. bolehla e-mailkan kpd sy ayu_aman@yahoo.com. terima kasih
Reply
Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat tentang austism dan ingin memasukkan anak-anak ke NASOM boleh lah pergi ke website http://www.nasom.com.my atau http://nasom.my.diip.net/. Yuran bulanan adalah sebanyak RM250.00 dan ada 2 sessi persekolah, pagi dan petang. Untuk masuk ke NASOM ini, haruslah mendaftar dan menunggu giliran jikalau terdapat kekosongan kerana satu kelas hanya terhad kepada beberapa orang murid sahaja. For further details boleh lah terus menelefon NASOM.
Reply
saya menjalankan kajian ttg autism, autism memerlukan rawatan specifik dan pemerhatian yang serius daripada keluarga dan masy.kt dpt mengenalpasti ini dgn pelbagai sintom atau tanda2 seperti lambat dlm interaksi sosial kerana gangguan sistem pemikiran.
Reply
askum semua…saya merupakan seorang guru pend. khas di daerah johor bahru.saya mempunyai seorang pelajar autisme yang luar biasa kerana boleh menentukan hari dengan betul walaupun tarikh yg diberi ialah pada tahun yang jauh kebelakang atau ke hadapan.Bagaimana caranye saya mahu mengetengahkan bakat pelajar saya tu???
send ke cheden_jds@yahoo.com
Reply
assalamualaikum……………
nak ty kat Terengganu ada ke sekolah Nasom ni….abis tu cam ner….anak saya nak antar sekolah mana??ada tak sesaper yang leh nolong……
Reply
Puan Jue,
Boleh telephone terus NASOM di 03-40223744, untuk mengetahui jikalau cawangan NASOM ada di Terengganu.
Reply
assalamualaikum warahmatullah
dulu, saya pernah tinggalkan komen di sini.nampaknya semakin ramai anak penghidap autisme di malaysia. terus terang saya ckp, di malaysia tak banyak pusat rawatan utk kanak2 autis. namun, sebagai parent kita perlu sentiasa ikhtiar utk merawat anak kita.
anak saya kini ingin memasuki ke ambang 3 tahun. dia telah didiagnosis sbg autisme. saya sedar kelakuan anehnya seperti memusing brg sejak dia 18 bulan. saya bawa ke klinik seawal yg mungkin. dia merupakan anak sulung kami. sekrang dia ada improvement dalam aspek eye contect dan memehami arahan saya.
apa yg saya ingin tekankan di sini, kita selaku parent yg Allah pilih utk diuji memiliki anak unik ini, supaya bersabar dan tabah menghadapinya. kanak2 sebegini ada yg genius.
saya tidak jemu membawa anak ke OT dan Speach therapy. saya juga berikan dia ubat homopati dan omega. saya juga sering urut di bahagian belakang dan tapak kaki dia.dan kini saya sedang menyelidiki tentang BCRO. iaitu tentang stemcell yg disuntik menggunakn sel arnab atau dolphin.apa yg penting perlu ikhtiar… Allah nak bagi pahala lebih utk kita..
saya juga sering bertukar pendapat dgn parent yg ada anak autisme ini. Sejak saya posting mengenai anak saya diblog ramai yg hantar emel dan YM berkongsi tentang ini.
Kepada Samsul Muariff Saroni, farah, nordin, kak ngah, dhya, normah ,iza, hidayah dan jue serta semua yg ingin berkongsi pandangan ttg anak autisme, boleh ke blog saya atau emel saya atau YM saya…. Saya sangat mengalu-alukan.
http://nuryanie.blogspot.com/
nuryani1781@yahoo.com
Reply
asssalamualaikum, saya juga ada anak autisme.Anak pertama, lelaki. Now dah darjah 1, alhamdulillah, dia jenis mild autisme, dia boleh membaca dan menulis . Dia kelas normal , pertengahan tahun hari tu, semua subject dpt A kecuali Bahasa Arab dapt B but final exam dia jatuh sikitlah , BM nya fail. So, mohon pendapatlah,adakah kanak-kanak jenis ini susah nak faham. Apakah cara terbaik kita ingin memberi faham padanya. Sbbnya dia akan buat benda yang dia tahu sahaja, dia tak suka nak explore’atau benda baru .TQ very much
Reply
zaharah
Reply:
December 14th, 2008 at 17:37
Puan Zaharah,
Boleh saya dapatkan nombor yang boleh dihubungi atau emel saya zaharah.hussin@gmail.com
Saya kagum dengan usaha puan mengajar anak autist sehingga berjaya membaca dengan baik seawal 7 tahun….. Kebetulan pula nama kita sama….
Terima kasih.
Reply
Roza
Reply:
December 12th, 2009 at 16:34
kalau sudi saya bertukar fikiran brkongsi pengalaman ttg anak autis, anak saya 2 thn stgh masih blm brcakap, saya risau & bingung minta nasihat
Reply
assalamualiakum,,,
saya juga ada anak autisme, lelaki dah darjah 1, dia mild-autisme, boleh membaca usia 5 tahun lagi. kelas normal( bukan kelas khas) , mid-exam alhamdulillah but final exam, byk merosot, Saya mohon pandangan adakah dia sukar memahami apa yang diajar? cara terbaik memberi kefahaman padanya
Reply
ayu
Reply:
December 30th, 2008 at 02:43
salam puan zaharah. Tahniah kerana dpt mendidik anak autisme. Saya mempunyai anak perempuan yg juga mild autisme. Tahun depan dia akan memasuki darjah satu. Anak saya boleh membaca, tapi amat payah untuk menulis. (genggaman tangan tak kuat). Juga jenis yg hiperaktif. Saya nak tanya, adakah tahap pelajaran yg diajar sama dengan anak2 normal yg lain?
Reply
zaharah
Reply:
January 22nd, 2009 at 08:44
salam pn. Ayu,
Sekiranya ingin bertukar-tukar pendapat or pandangan berkaitan, blh hubungi saya dgn e-mail mekjarah74@yahoo.com.my
Insyaallah, moga kita diberi kekuatan dalam mendidik anak yang istimewa ini. TQ.
Reply
saya amat berminat dengan kanak2 autistik, selama ini pun saya x pernah tahu bahawa adanya penyakit ini,saya adalah salah seorang tenaga pengajar dalam berenang selama 22 th saya mengajar berenang baru ni pertama kali saya menerima seorang pelajar autistik walaupun pernah mengajar kanak2 down sindrom tetapi yg ini amat berbeza sekali, disini saya ingin, lebih tahu lagi tentang kanak2 ini sesiapa yg ada lebih pengalaman dengan kanak2 ini sila berhubung dengan saya melalui email: sumberdaratasia@yahoo.com….kerana saya akan terima lebih banyak lagi kemasukkan .
Reply
saya shah ingin bertukar2 pendapat dengan ayu mungkin lebih pengalaman denga kanak2 ini kerana saya terbaca ayu punya emil berkenaan mengajar berenang apakah cara2 yg ayu selalu buat bila mengajar kanak2 ini bila mengajar berenang??? sekiranya ayu terbaca ruangan ini sila emailkan kepada saya di sumberdaratasia@yahoo.com
Reply
salam..
puan zaharah,can i share with you? nuryani1781@yahoo.com
Reply
Assalammualaikum,
Anak saya Khairul Hazim 13 tahun belajar di NASOM sejak 2 tahun lalu dalam program NASOM Inclusion Program. Pagi di sekolah normal dengan pengawasan guru pendamping dari NASOM. Petang di NASOM Titiwangsa. Problem utama adalah social skill tapi alhamdullilah banyak perubahan.
Baru-baru ini dia telah mengambil UPSR 2008 dan dia telah mendapat 4A IB. Alhamdullilah berkat doa dan bimbingan guru-guru di sekoah dan NASOM terutama guru pendampingnya Cikgu Mala. So ibu bapa yang ada anak autistik terimalah anak anda dan berusaha untuk memberi intervensi/therapy. Jangan cepat mengalah dan terus berusaha. Insyaallah mereka boleh berubah menjadi lebih baik.
Reply
rohani
Reply:
April 28th, 2009 at 18:08
Assalamualaikum Puan Hidayati
Saya terpanggil untuk mengetahui pengalaman puan. NASOM ada dibuka ditempat saya. Saya ada dua anak austism saya dan bayarannya agak mahal dengan gaji saya yang sederhana. Tergerak hati saya utk masukkan kedua2nya.Tapi saya terpaksa mencari cara utk mendaftar mereka. Anak saya kedua-duanya mild autism. Masa skrg ini kedua2nya belajar di pend. khas yang saya nampak tidak byk perubahan. Aqil (anak bongsu) tidak mahu ke sklh mungkin ada perkara berlaku. Ckp saje “come go to school” dia pukul diri sndiri, tepuk bdn dan kepala. Nampak kita pegang uniform dia dah tahu. Danial (abg) pegi tapi tak byk berubah. Saya dah risau umur dah meningkat Aqil 11thn dan Danial 13 thn.
Reply
Hidayati
Reply:
May 29th, 2009 at 00:37
Wsalam Puan Rohani,
Puan boleh merayu utk mengurangkan bayaran bulanan di Nasom. sila email saya di zacktee_2000@yahoo.com
Hidayati
Reply
zaharah
Reply:
August 29th, 2009 at 01:39
puan,
Saya baru terbaca komen puan di sini… saya akan hubungi puan nanti untuk maklumat dan tips berkaitan mendidik anak autist ini ….. sudi kiranya berkongsi pengalaman…
Wassalam.
Reply
Salam…
Puan Zaharah,
Boleh share dgn saya? Anak sya dah 2 thn tapi still tak boleh bercakap lg?3/12 ni baru first appointment dgn specialist.hope boleh share dgn puan. fariza_ws@yahoo.com.
Reply