Assalamualaikum..
Hari yang agak sibuk nampaknya.. Sambil membuat kertas kerja. Kalau sebelum ini post saya agak santai namun untuk post kali ini saya dapat dari seorang rakan cyber yang pakar dalam bidang ini. Disebabkan beliau tidak mahu dikenali cukuplah saya kenalkan beliau sebagai ‘N’ sahaja..
Kanak-kanak Autistik

Mungkin ramai yang tertanya apa maknanya ‘autistik’ termasuklah saya. Bersama-sama ini saya sertakan sedikit satu perenggan dari satu kes ’study’ beliau :-
“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Menurut DSM-IV iaitu satu manual dianogsis yang digunakan untuk mengklasifikasikan kecacatan, kecelaruan autisme adalah satu sub-topik yang digolongkan di bawah Pervasive Developmental Disorder (PDD). DSM-IV mengenalpasti dianogsis kecelaruan autisme apabila seseorang menunjukkan 6 atau lebih daripada 12 simptom yang disenaraikan dalam lingkungan tiga aspek utama: perhubungan sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sekiranya seorang kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sama tetapi tidak memenuhi kriteria kecelaruan autisme tersebut, mereka akan digolongkan dalam pervasive Developmental Disorder (PDD) (Nvid, Rathus,& Greene , 1994)”
Kalau nak ditafsirkan ayat ini memanglah sukar terutamanya bagi yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi. Cuma bolehlah saya simpulkan bahawa kanak-kanak autistik ni merupakan kanak-kanak istimewa dari segi pemikirannya. Berdasarkan kajian kes tersebut, terdapat 4 perspektif yang boleh menyebabkan penyakit autisme ini menular iaitu :-
a) Perspektif psikologi
b) Perspektif biologi
c) Perspektif persekitaran
d) Perspektif tingkah laku
Saya rasa tak perlu saya menerangkan panjang lebar di sini kerana bukanlah motif saya untuk berceloteh panjang tentang kajian beliau.Cuma ingin mendapatkan maklumbalas kita terhadap kanak-kanak istimewa ini.. Bagaimana pandangan anda semua??? Pernahkah anda berhadapan dengan mereka?? Dan bagaimana caranya untuk mengawal keadaan tersebut.. Mungkin ianya mampu menjadi panduan kita semua..

















Salam atun, harap agar dapat antar invitation nabil_fahmiee@yahoo.com, terim kasih.
Reply
Salam… Macam mana nak menentukan mild autism ni….???
Reply
Salam.Saya baru je baca blog ini ttg anak2 austisme. Saya ada anak lelaki tahun depan 2010 5 tahun. Dia pun mild austisme. Sekarang ni saya masih buat spech terapi di hukm dan di swasta. kar swasta dah berhenti ..tak larat nak bayar..mahal sgt..tapi adalah improve..ingat nak pi bawa ke nasom thn depan.Anak saya ni eye contactnya bagus.. cuma bercakap agak bising tapi dlm bahasa ntah apa22..boleh sebut ibu, bapak, aunty,kakak..tapi satu word sahaja.Pemakanan agak penting untuk anak austime..jgn beri makanan berasakan coklat dan kandungan makanan yang mengandungi gluten..kadang2 saya terberi juga tapi tak selalu..bila ke kedai..dia tgk coklat pun dah takde nak sgt..ambil barang satu je cam biskut jacob tanpa gluten
Reply
salam…
sy nk brtya ttg adk sy….dia da brumo 7 tahun…bru awal thun lps dia sbut pkataan…ayam…pkataan ptama dia…sblm nie dia xpnh bckp lgsg….ms kck pn bla sy n fmly main dgn dia,dia wt xtw jek…bla da bnd lucu,dia gelak lma smp la km tgor bru dia stop..tp bla cek kt dr,dr ckp dia oke je…xda mslh lgsg…dr sgi jalan,dia pn jns jalan jinjat…tp kturunan km mmg jns jln jinjat n da gk yg lmbt ckp…skag nie fmly knpius nk ltakkn dia dek kt na…dkt PDK km tkot nk msokkn sbb diorng bg taw dkt c2 lbh pd mgasuh aje…sek pndidikan khas pulak cg2 sna ckp yg dkt situ diorng lpas budak,tme rehat dorng suh budk2 g bli mknn sndri kt kntn…ssh la mcm nie…even adk blh mkn sndri tp nk g bli 2 ssh…dia nk mnx cm na??..ckp pn xbpa blh lg…tp blakangan nie dia da ok cket pd dlu..
da leh sbut pa yg dia nk,leh hfl bnd2 d skliling,hruf,n no…
tp km 1 fmly tgah rsw nk send dia stdy dkt mn…hop pmbc blog dpt bntu sy….
Reply
Salam,
Saya mpy seorang anak buah lelaki merangkap anak angkat kerana saya yang menjaganya sejak beliau berumur 10 bulan.
Sejarah anak saya ini telah diserang demam panas semasa berumur 6 bulan dan ditahan di hospital selama 3 hari.
Sebenarnya sy terpanggil untuk meluahkan perasaan bimbang sy adakah my boy ini mengalami masalah austisme atau tidak. Untuk makluman beliau sekarang ini berada dalam Tahun 3 tetapi masih tidak pandai membaca. Antara kelakuan my boy ini adalah:
1. suka memberontak, menangis tak tentu pasal(selama ini sy anggap mungkin kerana beliau terlalu manja sebab sy belum berkahwin dan hanya beliau seorang anak angkat sy)
2. suka ketawa tak tentu pasal tak kira masa baginya semua benda adalah melucukan terutamanya bila sesuatu jatuh dll dan benda tersebut bukanlah lucu.Walaupun ditegur beliau seperti tidak faham dan terus melakukannya.
3. sangat agresif bila bermain dan selalu mencederakan diri sendiri seperti bermain bermati-matian tanpa mengira keselamatan dirinya.
4. telah saya sebutkan di atas tadi. beliau sekarang berada di tahun 3 tetapi masih tidak pandai membaca. Ini kerana beliau tidak suka diajar membaca, menulis atau mengira dan saya anggap perkara ini krn beliau malas pada mulanya tetapi bila dah menginjak umur dari tahun ke tahun saya amt bimbang kerana takut beliau akan jauh ketinggalan dari kwan sekolahnya. saya myatakan perkara ini kepada guru sekolah dan mereka akan memasukkan ke kelas pemulihan iaitu untuk murid yang belum pandai membaca.
5. my boy juga bukan jenis yang duduk diam. beliau akan merayau sekeliling rumah bermain daripada duduk didepan tv menonton crita kartun seperti kanak2 lain. tidak suka bermain games. tiada satu aktiviti yg membolehkannya memberi perhatian.
6. beliau bukan jenis yang suka buli tetapi bila bergurau dalam keadaan yg kasar seperti menolak kawan dan kwn terjatuh perkara tersebut adalah lucu baginya sehingga pernah sy dipanggil oleh guru sekolah mengenai perbuatannya.
Sy mharapkan pandangan dari semua tuan/puan di sini adakah anak saya ini mengalami masalah austisme? Saya sentiasa berdoa agar perkara ini tidak berlaku tetapi jika itulah simptom saya kena terima hakikat dan saya akan cuba mohon bantuan dari segi pengetahuan tuan/puan yang mpy anak yg mengalami austisme dan amat2 menghargainya.Saya belum pernah membawa anak sy berjumpa dgn pakar kerana masih belum tidak pasti.Terima kasih.
Reply
kepada ibu bapa yang mempunyai ank2 istimewa ini bsabar dan reda dgn ktentuan illahi..semua yg blaku da hkmahnya.sy sorg bkal guru yang akn mgajar pdidikan khas,apa yg sy arapkan agar kanak2 istimewa ini mendapat pendidikan yang sewajarnya..
Reply
Hi,
saya ingin memberikan info untuk anak istimewa ini mengembangkan idea mereka / bermain dgn kreatif iaitu, lawati website ini http://sketchup.google.com/spectrum.html
Saya user software 3D sketchup ini (ia mudah dipelajari), so dapati ia membantu golongan autism ini. Harap membantu.
Ikhlas,
Alam
Reply
watyalias
Reply:
March 5th, 2010 at 5:46 pm
TQ Alam… anak sy suka ngan website ne… dia leh reka dan bina bangunan dia sendiri
Reply
salam berenai..dari cerita yg sy baca tu..de kemungkinan boy u tu autism..sbb ciri2 autism yg paling ketara tuk bdk2 autism ni dia lambat bercakap dan hyperaktif..anak ke 2 sy autism..br tau akhir taun lps ble check kat pkr knk2,mula2 sy pikir dia lmbt berckp mcm abg dia tp bile de owg story psl ciri2 autism cthnye suke menyendiri..main tau ckp benda yg sama..ketawa dan menangis tak tentu ms..aktif yg melampau,,br la sy g bwk check doc..nasihat sy pd berenai g jumper pkr secepat yg mungkin..seandainye disahkan autism harap byk2 bersabar dan cepat2 la usahakan supaya dia dpt dibantu menjadi seperti anak2 yg lain..sbb skang ramai anak2 yg kena autism ni jd tempat blaja pun terhad mcm anak sy ni masih menunngu tuk dipanggil ke sekolah krn x de kekosongan..
Reply
salam.
Saya mempunyai anak istimewa lelaki dan skrg b’umur 8 tahun. Diagnos Autisme semasa umur 5 tahun. Skrg dalam Kelas Khas di sekolah biasa. Ciri-ciri yang ada:
1. tidak boleh bercakap
2. tiada fokus mata
3. menangis dan ketawa tanpa sebab
4. tiada rasa sakit
5. tiada respond bila dipanggil
6. sensitif dengan keadaan sekeliling
7. Tiada komunikasi
8. Tidak boleh duduk diam – hiperakif
9. Hidup dalam dunia sendiri
Beberapa perkara saya lakukan untuk mengurangkan masalah Autisme:
1.Mengurangkan gula dalam pemakanan anan. Latih minum air kosong.
Result : Hyperaktif masih ada ttp berkurangan
2.Menukar susu lembu ditukar kepada susu soya.
Result: ada sedikit fokus dan dapat mengikuti pembelajaran.
3. Seboleh-bolehnya tiada kandungan gandum dalam pemakanan.
Result : ada sedikit fokus dan tumpuan walaupun tidak lama berbanding dahulu.
Saya masih berusaha untuk merawatnya dengan pelbagai kaedah dan masih mencuba. Jika ada komen, sila bantu.
Reply
salam semua,
baru hr ini tergerak hati saya utk melayari web ini…setelah saya baca pengalaman dr kalian semua,tdk t’tahan lagi rasanya menahan sebak..sepuas2nya sy menangis..kerana sy t’paksa menerima hakikat yg anak lelaki sy juga merupakan knk2 autistik..sy dh pun m’dptkan nasihat dari pakar tp mrk msh blm m’diagnos kan ank sy sebagai austitik..cuma ank sy dsuruh utk m’buat rawatn susulan (speech therapy & carakerja..kpd nuryanie,terima kasih..hati sy tenang & semakin tabah utk m’hadapi karenah ank lelaki kesayangan sy setelah m’baca laman blog anda….begitu jg dgn cerita2 drp rakan2 yg lain.dihrp dpt b’kongsi ilmu & pengalaman b’sama dlain waktu..
Reply
watyalias
Reply:
March 5th, 2010 at 5:54 pm
salam sharifah,
jgn kecewa atau sedih kita adalah insan yg dipilih oleh ALLAH utk menerima dugaan ini…tp ingatlah ada org lain lagi yg mempunyai anak istimewa yg lebih teruk dari kita…itu yg sering sy ingatkan pd diri sy. ada hikmah di sebaliknya….kesabaran ada balasanya…. itu yg sy dapat… anak sy semakin lancar bercakap…sy bolah berbual dgnnya.
Reply
Assalammualaikum. buat sahabat yang sangat sayangkan anak2. setelah membaca isi kandungan blog ini, sya mula mengesyaki anak perempuan sya yang sedang berumur 6 tahun mempunyai ciri-ciri autistik. terima kasih buat semua kerana meyakinkan saya untuk merujuk anak saya kepada pakar. sya akan berkongsi lagi di lain hari untuk menyatakan pemerhatian sya tentang ciri-ciri autistik yang ada pada anak sya. terima kasih skali lagi.
Reply
salam semua,
mempunyai 2 anak lelaki autistik begitu menguji jati diri dan kesabaran..tapi sy redha dan tetap bersyukur dgn pemberiannya. Anak yg sulung alhamdullillah…kini di thn 4 di sek keb..tetapi adiknya 7 thn masih belum dpt bercakap…walaupun begitu dia tak hyperaktif….ade understanding…cuma belum dpt mengenal huruf. Pelbagai cabaran utk sy ‘wake up’ anak yg sulung utk dia dpt bersame2 bersaing dlm pel dgn murid2 yg normal…bkn mudah…tapi berkat sabar….dia mampu duduk same rendah, berdiri same tinggi dn rakan2nya….tapi utk adiknya…mgkn memerlukan pendekatan yg berbeza kerana tahap autistiknye lebih kritical….hrp sesiapa sudi berkongsi pengalaman dan nasihat amat dihargai…
Reply
watyalias
Reply:
February 20th, 2010 at 4:51 pm
salam puan…
macamana puan mengajar anak puan…. seronok saya dengar dia boleh bersama-sam dengan pelajar yg normal.. anak sy sekarang berumur 9 thn.. tp dia belajar di kelas pendidikan khas…susah betul nak suruh dia belajar….ade aje alasannye…tolong bagi panduan pada sy bagaimana sy nak menanganinye…
Reply
salam kpd smua rakan2 yg sentiasa tabah & sabar melayani anak2 istimewa ini….sesiapa yg tinggal b’dekatan seri kembangan,serdang,bangi,kajang & yg b’dekatan dgnnya, sila hubungi sy….nawalsherifa@yahoo.com atau 013 3976108..ini b’tujuan utk menubuhkan Nasom Centre b’hampiran kws yg dnyatakan di atas…tq..
Reply
salam..
saya ada masalah.. yg mne roomate saya sering bercakap sendirian.. sy tidak selesa dengan keaadaan itu.. boleh sy tau, ini masalh biasa @ perlu sy bimbang kan? untuk information kami dah 19thun.. sy cukup2 bengang.. bila ditegur menjadi2.. makin kuat suaranya.. takut pun ada.. tolong la sy..
Reply
kat n.sembilan ada x NASOM?
ape rawatan yg tbaik tuk anak autisme?
Reply
salam.
saya trbaca emel saudari,saya sangat bersetuju apa yg saudari cadangkan itu.sebab anak saya juga mempunyai ciri-ciri austime.saya tinggal di balakong.
Reply
sharifah
Reply:
March 14th, 2010 at 11:46 pm
salam jo…apa khabar…brape umur anak ? dah hantar mana2 sekolah? anak saya 5 thn umurnya..now sek di Nasom PJ…saya tinggal d Serdang..memang jauh..tapi demi anak..
Reply