Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kampung adalah tempat asal kebanyakan dari kita. Kehidupan di kampung mempunyai nilai-nilai tersendiri yang sukar untuk dibandingkan dengan kehidupan di bandar. Saya tinggal di kampung walaupun ianya telah sedikit moden namun tetap berbangga dengan statusnya..

Gambar tiada kena mengena langsung. Sekadar hiasan..
Cukuplah mukadimah yang skema tu. Sebenarnya saya telah menerima satu emel berikut,
HASLEE IDAYU REMLEE wrote:
sy sedang buat satu program d tv3. Berminat mengetahui tentang kampung2 yg
menarik…harap dapat membantu.
Agak terkejut juga bila menerima emel ni tapi bila difikirkan kembali tidak mustahil kerana mungkin ada ahli terbitan yang meng’google’ pasal kampung dan saya yakin mereka tersesat di sini.
Kalau diikutkan pendapat, saya mencadangkan beberapa kawasan kampung di Melaka seperti :-
1. Kampung Parit Sidang Seman.
Kampung yang terletak di Sungai Rambai ni memang sesuai kerana mempunyai keunikan tersendiri. Kalau pada waktu Ramadhan pelita dipenuhi di kampung ini yang berjaya memenangi johan Pertandingan Pelita Raya dan Lampu Hiasan. Kampung yang berusia lebih 100 tahun ini telah diiktiraf sebagai Kampung Warisan.
2. Kampung Morten yang memang terkenal kerana keunikan rekabentuk yang masih dikekalkan. Malahan Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menjadikan sebagai kampung warisan. Satu-satunya kampung Melayu yang terletak di bandaraya dan bersebelahan dengan Sungai Melaka.
3. Kampung Chitty, perkampungan ini unik sebab memaparkan bangsa Chitty di mana bangsa India yang mengamalkan kebudayaan Melayu dan India. Terdapat komuniti unik di kawasan terletak ke arah barat Jalan Gajah Behrang, satu kilometer daripada barat laut Chinatown. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi dengan ukiran gajah bersebelahan dengan Kuil Mutamariman.
Sebenarnya ada beberapa kampung menarik lagi di Melaka tapi tiada idea untuk menulisnya. Kampung sendiri tak dimasukkan sebab rasanya tiada yang menarik buat masa ni..
Adakah anda mempunyai cadangan tentang kampung-kampung menarik yang boleh dicadangkan kepada pengirim emel tersebut. Bolehlah kongsikan, mana tau kampung anda dapat masuk TV3 atas cadangan anda. Pasti ketua kampung anda berbangga dan menghadiahkan seekor lembu kepada anda . He hehe.
RSS Feed
Twitter



January 6th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


kampung aku tak seswai kot. ada kurang dari 20 umah pun dh nama 1 kampung. ketua kampung pulak mewakili kampung aku dan kampung sebelah.
tp skng parent aku dah pindah, mmg dh xde kampung. sesekali melawat kampung tu mmg best coz terkenang kt situ laa aku membesaq. rumah yang famili aku tinggalkan pun masih ada tp makin mereput
Reply
zool
Reply:
January 7th, 2010 at 16:53
tapi kampung tetap tenang kalau nak diduduki…
Reply
Rumah Atok saya di Brisbane..eh silap Brisu..hehe..tapi tak pasti apa yg menarik sgt di sana since yang tinggal hanya orang2 tua sahaja..
Reply
zool
Reply:
January 7th, 2010 at 17:00
oo
brisu ada tpt cam dusun.. tapi dah kira bukan aktiviti kampung…
Reply
cool gilew name kampung tuh =D
Reply
zool
Reply:
January 7th, 2010 at 21:56
kampung yang mana satu??
Reply