Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Secara spontan, saya terfikir untuk meletak satu lagi kategori dalam blog ini. Kategori tersebut ialah berkenaan ‘kampung’. Bersesuaian dengan tajuk blog saya akan cuba menyelitkan tentang nama-nama, lokasi dan sedikit info mengenai kampung-kampung di Malaysia. Jika anda ingin memperkenalkan kampung yang mempunyai keunikan samada nama, budaya boleh hubungi saya ye. Apahal pun elok kalau memperkenalkan kampung kelahiran sendiri dulu, Kampung Kesang Tua..

Berikut merupakan gambar dari Google Maps
Sejarah
Mengikut tinjauan dari beberapa orang tua yang masih berada sekarang, pembukaan kampung ini bermula sejak dua ratus tahun yang lampau, semasa kerajaan Belanda menakluki Melaka dari tangan Portugis, tahun 1641 – 1795.
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berselisih faham dengan keluarganya di Pulau Sebang, Tampin. Oleh kerana merajuk, mereka telah merantau membawa untung nasib sendiri. Mereka telah membuat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu kempas ( diramalkan Kampung Pondok Kempas sekarang ). Disebabkan tiada bersesuaian, mereka meneruskan perantauan mereka dan membuat rumah dan menetap di tepi tebing sungai Bertarah iaitu Simpang Kemendor sekarang.
suatu hari ketika si isteri sedang membasuh, kerosang emas yang dipakainya telah jatuh dan dihanyutkan oleh air. Mengenangkan peristiwa sedih dan menyayat hati bagi pasangan tersebut, maka dinamakan tempat itu dengan panggilan “Kosang Tua”, yang mana akhirnya disebut KESANG TUA seperti yang termaklum hingga hari ini.
Sumber : Sekali dah lupa nak ambil url Sumber.. Apahal pun kredit pada sumber terbabit.
Okay, Kampung Kesang Tua mempunyai beberapa kampung berhampiran iaitu Kesang Jaya, Kesang Pajak dan Kesang Barat (tempat tinggal Zool Ligakampung). Etnik utama kampung ini ialah Melayu tapi terdapat kumpulan bangsa Cina , India dan lain-lain.
Kebanyakan warga kampung ini terdiri dari veteran-veteran yang biasanya bekerja sendiri ataupun telah pencen. Walaubagaimanapun terdapat juga penduduk sekitar 40an yang tinggal disini.
Kampung ini mempunyai sebatang sungai yang dinamakan ‘Sungai Kesang’ yang menyusuri kampung ini hingga ke Muar, Johor. Kadang-kadang terdapat juga penggemar memancing yang mencuba nasib di sungai ini.
Rasanya kampung ini tidaklah mempunyai keunikan sangat tapi inilah tempat dimana saya hidup dalam tempoh yang lama. Boleh dikatakan 90% dari nyawa saya berada disini. Jadi saya berbangga menjadi ahli Kampung ini..
Okay cukuplah setakat ini. Mungkin jika mempunyai info-info lain akan ada cerita pasal kampung yang lain. Kalau anda ada info pasal kampung untuk dikongsikan di blog ini boleh hubungi saya. Jika menarik dan bersesuaian akan saya paparkan di blog ini..

















boleh start berkenalan dengan kampung-kampung yang baru kat malaysia nie. yeah
Reply
Assalamualaikum zool. Bagaus idea tu!. Hari ni saya juga dapat idea baru. Cuba zool tolong komen. Manalah tahu ada something kita boleh workout.
singgah ye..
Reply
kumpulkan semua maklumat yang berguna zool.
Reply
apa makna kosang tua tu
Reply
agak2 lah kan, FELDA n kampung boleh disatukan tak?
mcm saya org felda, waktu balik beraya, still sebut ‘balik kg’..bukan ‘balik felda’..hehe
(cian saya xde kampung)
Reply
xpenah amek tau asal usul kampung sendiri.hoho
Reply