Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Kampung Jawa, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kampung Jawa, Melaka.. Mungkin ramai orang luar yang kurang mengenali tempat ini namun bagi penduduk Melaka ia pernah menjadi tempat membeli belah bahan-bahan keperluan sedikit masa dulu. Kiranya macam Petaling Street lah.Walaubagaimanapun arus kemodenan telah menukar corak perbelanjaan. Kalau dulunya Kampung Jawa menjadi tumpuan kini sedikit demi sedikit ditelan oleh kepesatan hypermarket.. Tapi walaubagaimanapun ada yang menarik di Kampung Jawa ni..

Masih terdapat beberapa kedai jual baju dan bahan keperluan.. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual haiwan ternakan seperti itik dan ikan ..

Lama tak cerita pasal tempat makan best kat Melaka.. Jadi kali ni saya nak memperkenalkan ‘Gerai Tiga Serangkai’ yang terletak di Kampung Jawa, Melaka.. Kadangkala kalau berjalan di area Kg Jawa gerai ini akan menjadi tumpuan.. Menariknya gerai ini kerana ianya menyajikan kategori makanan yang agak berbeza iaitu mi kari, rojak, sate dan cendol.. Memang masyuk sekali kalau makan kat sini. Kebiasaanya kalau singgah di gerai ni sate dan cendol menjadi pilihan. Malahan gerai ini diberitakan telah wujud sejak 60 tahun yang lalu.

Dan seiring dengan arus kemodenan Kampung Jawa dijangka akan dibangunkan dengan suasana baru.. Konsep perkampungan Arab akan ditampilkan bagi memberikan nafas baru kepada kawasan tersebut..

p/s : -Minta maaf sebab tiada gambar berkaitan.. Insyallah kalau berjumpa akan dipamerkan…

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 48
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

4 comments to Kampung Jawa, Melaka

  • loqNo Gravatar

    kat mane ni ek?
    adoi..name je org melake
    tapi tak taw..malu malu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    apa yang ko tak tau?? Kg Jawa atau gerai???
    Kg Jawa dekat area bandar.. lepas traffik light renaissance ko masuk kiri.. jln sikit.. sampai satu simpang kecil ke kiri..
    ah susahlah.. ko tanya mak ko.. mesti dia tau

    Reply

  • hmmmm…..bunyi cam best jeee…. kalau ade gambar sure lagi bagus…..kena check kat google jap….

    Reply

  • lydNo Gravatar

    pnddk kat kmpg jawa nie majority keje ape yeh
    n status tanah die tanah individu o kerajaan

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>