Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Nampaknya kambing yang dinantikan telah tiba ke rumah ini. Kambing putih yang dibeli dengan harga RM700 ini bukanlah digunakan untuk menjadi binatang peliharaan mahupun dijadikan binatang pemujaan tapi untuk tujuan tertentu.
Apakah tujuannya? Tujuannya adalah untuk majlis aqiqah yang bakal dilangsungkan pada Hari Ahad ini (27.1.2013).
MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI AQIQAH
Apa itu aqiqah? Aqiqah ialah sembelihan binatang an’am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.a.w. Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Anak lelaki disunatkan menyembelih 2 ekor kambing manakala anak perempuan pula disunatkan menyembelih seekor kambing.
Bagi sembelihan binatang seperti lembu, kerbau atau unta ia boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian. Waktu pelaksanaan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh . Untuk maklumat selanjutnya boleh rujuk di laman web Al-Azim
Berbalik kepada kisah kambing tersebut. Mungkin ada yang tertanya aqiqah itu untuk siapa sedangkan si Zool masih bujang trang..tang.tang. Untuk makluman, majlis aqiqah itu adalah untuk anak buah pertama saya ‘Nur Alyah Diana’ yang telah berumur 2 bulan lebih.Majlis aqiqah ini akan diadakan pada hari Ahad ( 27.1.2013) selepas waktu Zohor. Selain dari majlis aqiqah, akan diadakan juga majlis cukur jambul untuk bayi perempuan yang agak debab ini.
Ini juga bakal menjadi pengalaman pertama majlis aqiqah diadakan dan disaksikan oleh saya. Almaklumlah dalam adik beradik saya hanya seorang sahaja yang telah mendirikan rumahtangga dan baru je memiliki anak. Jadi dengan pengalaman ni mungkin untuk majlis akan datang lebih mudah lagi. Agak-agak lepas ni majlis aqiqah sapa agaknya? Adakah si Zool atau adik/abang yang akan mendahului? Tengoklah camne ye..
Oh ye, ini dia gambar kambing putih yang telah tiba..
Hm, bila cerita pasal kambing ni teringat masa zaman dulu, pernah berangan-angan juga nak ternak kambing. Tapi kemampuan tu takde. Tapi kalau anda nak menternak kambing, bolehlah dapatkan ebook ‘Panduan Menternak Kambing’ kat bawah ni. 
Sekian.
p/s :- Kepada sesiapa yang singgah ke Jasin pada hari Ahad ni bolehlah singgah ke rumah si ZOol lepas Zohor untuk majlis aqiqah ni nanti..




jadi kapan Zool mengadakan aqiqah? *kabur ke Timbuktu*
indobrad (kopimana.com) recently posted…#FirefoxOSAppDays: Learn, Hack, Celebrate
Reply
zool
Reply:
January 24th, 2013 at 22:59
saya lambat lagi,,,,
kena kawin dan ada anak.. ini aqiqah adik saya
zool recently posted…Kambing putih sampai ke rumah
Reply
dah lama juga tak makan daging kambing
nak singgah nanti, jauh la pulak
hehe
TehR recently posted…Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013
Reply
zool
Reply:
January 25th, 2013 at 08:13
kalau ada ke Jasin. kalau jauh kat kelantan memang la tak dapat
Reply
lima2 anak auc dah siap buat aqidah ni…, 4 buat kat rumah di kampung,

yg last dulu cuba aqiqah online pulak
auc recently posted…WordPress 3.5.1 Update
Reply
zool
Reply:
January 25th, 2013 at 14:27
wah .. banyak pengalaman tu.. tapi yg online tu camne pula ye?
Reply
sapa yg sembelih nanti, bro ke…
hairulafiz recently posted…Jadual Piala FA 2013
Reply
zool
Reply:
January 25th, 2013 at 14:27
saya tak bertauliah.. mungkin imam kampung.
Reply
WAH…..makan daging kambing masak kurma sedap nie…hantar sikit ke lorong pandan…he he he…
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2013 at 09:34
dah habis dah…..
Reply
belalah sepasang. nanti leh beranak pinakkkk. hehe
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2013 at 09:34
akan dipikirkan kelak
Reply
[...] anda dengan entri kambing putih sampai ke rumah tempohari? Nampaknya majlis aqiqah ‘Nur Alia Diana ‘ iaitu anak buah saya telahpun selamat [...]