Kalendar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini entri yang agak simple iaitu berkenaan dengan kalendar.. Sebenarnya setakat ini saya hanya telah menerima satu kalendar sahaja…

Okay bercerita tentang kalendar.. Ianya memang merupakan keperluan tak kira samada anda bekerja di pejabat atau secara sendiri.. Penyusunan jadual kerja perlu berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kebiasaanya ada 2 jenis kalendar iaitu yang di letakkan di dinding ataupun di atas meja.. Ini penting bagi memudahkan mengingati sesuatu tarikh.. Walaupun teknologi sudah makin canggih di mana kaedah kalendar menggunakan ‘organizer’, ‘h/p’ dan sebagainya namun ia tidak bermakna kalendar lama perlu dibuang.. Kesentimentalan kalendar kadangkala boleh menjadikannya ia sebagai koleksi.. Saya tiadalah menyimpan kalendar ni tapi ada terdapat beberapa rakan yang menjadikan ianya sebagai satu simpanan.. Dan mungkin akan memberikan kenangan nostalgia pada tahun-tahun mendatang..

Ops selain dari kalendar dinding dan meja terdapat juga kalendar kecil yang biasa diletakkan di dalam dompet..

Selain itu kebiasaannya kalendar ini digunakan untuk perkara-perkara seperti berikut :-

1. Tempat membuat countdown tarikh-tarikh tertentu seperti hari gaji, hari lahir awek/pakwe, tarikh kawin dan tarikh-tarikh penting lain..
2. Menandakan waktu-waktu untuki membayar hutang-hutang.. Dengan kalendar dapat mengingatkan kembali waktu-waktu terakhir..
3. Bagi mereka yang sering buat kerja/study last minit, kalendar akan menunjukkan tarikh dateline..
4. Hiasan.. Ini biasa berlaku terutamanya bagi kalendar dinding.. Budak-budak rempit yang biasa dapat kalendar free dari tokei bengkel biasa akan menampal kalendar di bilik mereka.. Ditambah dengan gambar model kalendar tu…

Okay rasanya cukup setakat ni.. Sekarang ni tengah tunggu kalendar dari si Acai.. Mesti budak opis pelik dapat kalendar dari Zakat Selangor .. :)

p/s :- Kepada sesiapa yang nak masukkan kalendar Masihi /Hijrah ke dalam website/blog boleh mencuba skrip dari mukmin.info
Boleh gak tengok kalendar dari cuti.com.my
Boleh gak dapatkan kalendar percuma dari internetmelayu.
Kalendar untuk orang Melaka dari UStazMelaka

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1111
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

4 Responses to “Kalendar”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    aku pakai calendar outlook je. senang sket online je. hehe :)

    Reply

  2. KujieNo Gravatar says:

    tahun lepas susah sungguh nak dapatkan kalendar kuda sehingga saya membuat enrti di blo. seorang pengunjung bermurah hati dengan mengeposkan kalendar kuda tersebut…

    tahun ini…murah betul rezeki – dapat 8

    Reply

  3. AASSHHNo Gravatar says:

    Salam zool…samaada sedar atau tak sedar sebenarnya kalendar itu amat penting di dalam kehidupan harian kita.Setiap dedaun hari kalendar itu melakarkan cerita yang berbeza…so baik juga jika mengumpul kalendar dijadikan hobi.

    Reply

Leave a Reply