Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Adakah anda tinggal di kampung? Atau anda tinggal di bandar tapi berasal di kampung? Atau anda memang anak jati kota tapi teringin untuk menikmati hidup didesa? Eh sekali macam iklan pula mukadimah entri ni.
Berbalik semula pada tajuk diatas. Cam biasalah, kalau tengah kekeringan idea, entri berangan-angan akan menjadi coretan dalam blog ini dan ini adalah salah satunya. Sememangnya kampung yang didiami oleh si Zool mengalami arus kemajuan yang pesat ditambah lagi dengan kewujudan bandar baru Jasin Bestari yang agak berdekatan. Pastinya tempias pembangunan akan dirasai di kampung Kesang Luar ini. Namun dalam diri si Zool berpandangan kemajuan dari sudut yang lain. Rasanya kalau si Zool mempunyai duit yang banyak mungkin pembangunan lain yang dilakukan seperti :-
1. Di kawasan kampung si Zool ini terdapat banyak rumah tinggal. Ini kerana ramai generasi muda telah berhijrah dan tak ramai yang mewarisi tanah dan rumah. Kalau si Zool mampu, ingin saja membeli tanah dan rumah-rumah terbiar tersebut. Dilakukan pembaikan rumah tersebut tetapi dikekalkan seni binaan asal. Almaklumlah kebanyakan rumah tinggal tersebut adalah rumah lama yang dibina dari kayu dan mempunyai identiti ‘tangga batu’ yang menjadi kebanggaan rakyat Melaka suatu ketika dulu.
Rumah tersebut boleh dibuat homestay yang lebih unik untuk pelancong dalam dan luar negara. Ye lah, pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana tinggal di kediaman yang bercirikan kayu yang pastinya sukar dirasai pada masa kini.
2. Tanah terbiar juga banyak terdapat di kampung ini. Ada kawasan bekas sawah yang telah dibuat kebun namun ianya tetap terbengkalai. Kalau jadi jutawan mungkin si ZOol akan membeli/memajak dan menjadikan ianya seperti ladang (macam dalam cerita omputeh). Boleh bina ladang dan kawasan penternakan secara berkelompok antara penduduk yang masih tinggal. Takdelah macam sekarang ni. Masing-masing buat projek sendiri. Ada yang berjaya tapi ramai yang tinggal. Lebih banyak lalang dari pokok-pokok dan tanaman yang berguna.
3. Menjadikan kampung sebagai pusat pelancongan. Mula-mula buat ladang berkonsep ‘Agro Tourism’. Selain tu, sungai di belakang rumah hendaklah dilakukan sesuatu. Mungkin boleh dijadikan kawasan memancing yang popular. Ternak ikan banyak-banyak dan lepaskan ke dalam sungai. Tapi sungai pun kenalah buat ‘renovation’.
4. Membuka sebuah restoran yang bercirikan kampung. Memang kampung si Zool kurang strategik untuk bina restoran hebat tapi kalau ada promosi hebat ditambah dengan pembangunan di kawasan berdekatan mungkin restoran tersebut mampu menjadi hebat.
5. Membina sebuah pusat pengajian Al-Quran seperti tahfiz. Ye la kan kampung ni banyak kawasan terbiar jadi boleh buat pusat pengajian ni. Sambil membantu yang memerlukan dapat juga tambah pahala. Tak gitu.
Okay cukuplah setakat ini. Sekadar angan-angan sahaja. Nak laksanakan memang tak termampu. Ooo ye, bagaimana pula anda? Apa angan anda untuk memajukan kampung anda ?
Sekian.
RSS Feed
Twitter



February 27th, 2012
zool
Posted in
Tags: 


kesang dah makin maju skg..
Reply
zool
Reply:
February 27th, 2012 at 23:35
majulah juga..
Reply
leh jadi ketua kampung lepas ni. hehe..
Reply
zool
Reply:
February 28th, 2012 at 22:00
insyaallah 10 tahun lagi kot.. huhuh
Reply