Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tengah waktu perjalanan nak ke tempat kerja terdengar satu topik perbincangan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kakitangan awam di dalam radio.. Ianya berkaitan dengan cadangan CEUPACS untuk untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.Cadangan ini bagaimanapun telah ditolak oleh Kementerian Sumber Manusia..

Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.

Sumber :- Utusan

Memang akan wujudnya pro dan kontra dalam isu ini.. Memang kerja sambilan sedikit sebanyak akan menganggu prestasi kerja tetapi akibat dari kenaikan harga barang kakitangan awam yang berpendapatan rendah akan merasainya.. Apatah lagi jika telah bekeluarga dan bermastautin di bandar-bandar besar. Sudah pastinya pendapatan tidak mampu menanggung sara hidup yang makin tinggi..

Pendapat saya :-
1. Saya lebih menggalakkan jika kakitangan awam mencuba perniagaan kecil-kecilan.. Mungkin seperti menjual barang-barang yang kurang menuntut komitmen.. Sebagai contoh mungkin perniagaan internet boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan..
2. Penternakan.. Ini mungkin lebih sesuai bagi kakitangan awam yang bekerja di luar bandar. Ini kerana ianya memerlukan tempat khas untuk memulakan projek ni. Penternakan kambingmerupakan projek yang selalu dilakukan secara part time samada kakitangan awam mahupun swasta.. Mungkin ada yang berminat tetapi tak tau caranya.. Mungkin anda boleh mencuba ebook Rahsia Kambing untuk mendapatkan panduan menternak kambing.. Selain itu ada juga yang menternak ayam, lembu, cacing dan sebagainya.. Mudah dan kurang komitmen berbanding kerja yang menuntut mental lebih seperti kerja di restoran dan sebagainya..

Rasanya 2 benda ni yang sesuai pada pandangan saya bagi menambah pendapatan.. Mungkin anda ada cadangan-cadangan lain yang lebih bernas…

Tags: , ,

7 Responses to “Kakitangan awam, kerja sambilan”

  1. Salam…zool,

    Sememangnya kakitangan awam tidak dibenarkan melakukan kerja sambilan kerana telah terikat dengan perjanjian dengan JPA, tapi pd pandangan saya yg kurang arif ni, adalah suatu keputusan yg kurang bijak jika kakitangan awam terlalu lurus mengikut syarat tersebut.

    Ikut tetap ikut,tapi gunakanlah pemikiran dan timbangan yg waras utk memperoleh pndapatan tambahan (yg penting, jgn buat time waktu ofis/bekerja dan boleh menjejaskan produktiviti di tmpat kerja. Manalah tau ada yg berjaga & bekerja sambilan dari 6ptg-6pg) :D Rasanya banyak sangat perkara yg boleh dibuat bermula di rumah, utk menambahkan pendapatan. Selalunya org sebut istilah SOHO, so mulakanlah sekarang (lepasni bolehla bljr menternak cacing dari saudara zool pulak heheh)

    Sekarang sana sini kecoh psl isu kenaikan minyak, so tepuk dada tanyalah selera, kerahkan sedikit kudrat.

    - Sekadar perkongsian pendapat -

    [Reply]

  2. ape yg terkejut bro? nk taw…

    [Reply]

  3. Betul. Memang sakit kepala gak klu diorang tak leh wat keje sambilan. Abah aku. Dia takkan wat keje luar klu bukan kerana dia keje kerajaan.

    [Reply]

  4. adalah suatu mustahil jika k/tgn kerajaan tidak membuat kerja2 luar. Abang aku, kakak aku semuanya buat keja sampingan lagipun mampukah kita nak hidup selesa walaupun tak mewah jika tak menggunakan sepenuhnya ms yg terluang? asalkan tak menjejaskan prestasi sudah.

    [Reply]

  5. sapa kate kaki tangan kerajaan xblh buat kerja secara sambilan. Secara legalnya memang xboleh.. tapi banyak cara yang boleh di lakukan utk dapatkan wang tambahan. kalau tanya kat cikgu sekolah pernah join mlm? peh.. mmg ada sangat.. Fikir sendiri lah.. sebab ‘zaman dah berubah, dunia dah maju’ hehe..

    [Reply]

  6. Salam..
    Aku sokong tu.. x mungkin kakitangan kerajaan selesa hidup tanpa kerja sambilan.. Maklumlah, kos utk hidup skrg semakin naik.. Tp tu lah, nak buat kerja sambilan biarlah di luar waktu kerja.. Dan byk kerja sambilan skrg ni, peluang perniagaan pun byk, samada melaui internet, networking, or mcm2 lg lah.. Yang penting usaha dan berani bertindak.. Dan agak x wajar jika kakitangan kerajaan diwajibkan tidak boleh kerja sambilan..

    Adios,
    Kerja Sambilan

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. PemikirKaya.com » MAKAN GAJI.. OH.. MAKAN GAJI !

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>