Kakitangan awam dapat kenaikan gaji tahunan

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya ada sedikit berita baik untuk kakitangan awam apabila YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa semua penjawat awam menerima pemindahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 – RM 320.
Menurutnya semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).Menurutnya juga berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT. Kerajaan juga bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepaga pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Selain itu, pegawai kontrak yang akan tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan – BERNAMA.

Sebenarnya ada banyak lagi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tapi saya ambil yang berkaitan sahaja. Pengumuman kenaikan gaji ini ada baiknya kepada penjawat awam tetapi diharap mereka tidak gelojoh (termasuk yang menaip ni) dengan situasi ini. Ini kerana pasti banyak institusi kewangan yang akan mendekati untuk menawarkan pinjaman. Begitu juga dengan pihak berkaitan yang ingin mengaut keuntungan dari kenaikan gaji kakitangan awam. Jangan pula baru dapat pengumuman ni, pergi terus buat overlap kat bank pula..

Bagi si Zool pula, mungkin dengan kenaikan gaji ini saya perlu menyimpan lebih terutama untuk masa akan datang. Ini ditambah lagi dengan situasi kereta MyVi yang memberikan impak besar dalam kehidupan harian. Bagaimana pula dengan anda? Ada perancangan dengan kenaikan gaji tahunan sekarang ni ke?

Sekian.

Pengunjung Entri Ini :847

4 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,344 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge