Kakitangan Awam berpeluang berniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Hari ini saya menulis 2 topik sekaligus.. Diharap anda boleh juga membaca topik review blog belia jika ada kelapangan.. Hari ini mungkin ramai kakitangan awam yang boleh menarik nafas lega apabila pengumuman Perdana Menteri bahawa mereka boleh memohon permit perniagaan kecil..

Kredit gambar :- Tazilan

Permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan yang masih mempunyai ruang untuk kegiatan itu.. Nampak gayanya dengan kebenaran tersebut sedikit sebanyak membolehkan kakitangan awam berpendapatan rendah dan sederhana menjalankan perniagaan ( perniagaan internet macam mana ye?? Boleh ke mendaftar syarikat??) .. Walau bagaimanapun kakitangan perlu meminta kebenaran dari Ketua Jabatan ( rasa macam sama je dengan peraturan dulu..)..Diharap dengan pengumuman ini tiada lagi kakitangan awam yang terpaksa menyorok-nyorok meniaga bagi menambah pendapatan..

Berita penuh : – Utusan

Berita Harian
——————————————————————————————————-

Mungkin ada yang bercita-cita untuk menjalankan perniagaan tetapi masih buntu mencari arah. Tercari-cari perniagaan yang bersesuaian dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Dapatkan panduan untuk anda membina perniagaan sendiri melalui kajian-kajian kes yang terdapat dalam ebook dibawah. Silakan :-

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3713
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

15 Responses to “Kakitangan Awam berpeluang berniaga”

  1. cikguNo Gravatar says:

    makin berleluasa lah penguatkuasa PBT yg mabuk duit tips lepas nih

    Reply

  2. syiaNo Gravatar says:

    uiks.. good move tp kan.. syia tetap rase cam kebenaran yg diberikan ni.. tetap membebankn

    Reply

  3. titanNo Gravatar says:

    Ehm, still sukar dilaksanakan. Tapi satu perubahan kecil yang memberansangkan.

    Reply

  4. syamNo Gravatar says:

    nampaknya kakitangan kerajaan jgn lah semakin merosot prestasi kerja sbb byk bg tumpuan pada kerja part time anda

    Reply

  5. zuhairyNo Gravatar says:

    betul cakap syam, aku risau mutu kerja penjawat awam merudum. sekarang ni dah byk rungutan!

    Reply

  6. NorhafidzNo Gravatar says:

    yup..bagus la buat camtu..boleh amik side income, dalam masa yang sama, kene pandai la bahagi komitmen antara dua profession ni :)

    Reply

  7. nonoNo Gravatar says:

    memang berniaga ni satu benda yang cepat jana duit.. ;)

    Reply

  8. Bagus. Saya setuju tapi dengan bersyarat. Syaratnya tidak menjejaskan prestasi dan kualiti kerja tetap. Jika jejas juga, beri 2 pilihan!!!!
    Saya pernah buat ‘part time’ jadi tutor di 2 IPT. 6 jam seminggu – waktu petang & waktu malam. kekadang hari sabtu. Corfirm memang Penat. Terpaksa kejar masa. Oleh itu sesiapa yang dibenar buat part time pastikan diri tu kuat. Kuat semangat dan fizikal. Buktikan kualiti kerja tetap tu kekal cemerlang…

    p/s – izinkan saya link ur blog. terima kasih.

    Reply

  9. SardiNo Gravatar says:

    lepas ni semua peniaga tulen tutup kedai, maklumlah kakitangan awam dah halal berniaga. masa haram lagi dah tak leh cari makan peniaga tulen. contoh, guru bukak kedai komputer, maka adalah kelebihan untuk guru tersebut supply kat sekolahnya dan sekolah2 lain yang dikenalinya.maklum lah semua contact dah ada. jadi meloponglah peniaga yang memang pure berniaga sebab dia tak ada direct contact.Itu baru komputer, bagaimana dengan pegawai pembangunan yang jadi kontraktor pulak? dia yang keluarkan job@sebutharga, dia yang buat…..memang k.o la peniaga yang sememangnya berniaga.saya bercakap berdasar pengalaman dan bukti, ada satu kes, penolong kanan sekolah pegang/dapat tender kantin asrama sekolah sampai 5 buah sekolah…apa crita ni????

    Reply

    ThinkerichNo Gravatar Reply:

    Sardi,

    Kalau benar macam tu tak bolehlah…itu namanya salah guna kuasa..itu tidak dibenarkan…report aje kat SPRM jika ada buktinya..tapi jangan sampai jadi fitnah jika tak bukti yang jelas..

    Yang kerajaan maksudkan adalah melakukan perniagaan yang tiada kaitan dengan hubungan kerja pegawai tu…

    Macam bisnes d internet (tapi jgn buat masa office hour lah!)

    Berniaga pasar malam, buat MLM. Agen Insuran, perunding unit trust dan pelbagai lagi boleh diusahakan…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Apa lagi hantar kat SPRM lah..
    Jangan hanya pandai cakap.. Tunjuk dan bawa bukti kat SPRM…
    Betul apa thinkerich cakap..

    Hantar je maklumat. Nak lagi best hantar terus kat Perdana Menteri ( ada orang buat ni).. Amacam????

    Lagi satu yang dihalalkan cuma kerja yang tiada kaitan dengan tempat kerja.. Kena paham sikitlah… Bukan semua kerja dihalalkan.
    Seeloknya anda selidik dulu sebelum hentam keromo ye..

    Reply

  10. alahaiNo Gravatar says:

    alahai….. kalau gaji penjawat kerajaan disusun balik dengan kadar yang sepatutnya seperti yang disarankan oleh NGO rasanya dah memadai. Takde isu masalah kewangan berlaku bagi mereka ni…

    Reply

  11. emaszamanNo Gravatar says:

    Salam admin Zool…

    Artikel yg berinformasi… :)

    Saya kerja kerajaan… dan ada buat bisnes sambilan jual produk emas fizikal… masih berkira untuk mendaftarkan sebuah syarikat untuk perniagaan saya… samada enterprise atau sdn bhd… cuma belum pasti adakah saya dibenarkan untuk mendaftarkan syarikat atas nama saya sendiri… jika ada fakta tambahan… harap tuan dapat kongsi bersama :D

    Tq… ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    setahu saya yang sdn bhd tu memang tak blh.. kena rujuk dgn ketua jabatan dulu atau kementerian kewangan..
    tapi memang ada yg daftar senyap2 enterprise n sdn bhd.. tapi kalau kena tak tau le..

    Reply

  12. raymondjrNo Gravatar says:

    Berita baik utk kakitangan kerajaan.

    Reply

Leave a Reply