Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Kakitangan awam banyak hutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni di radio HotFm cerita pasal isu ini yang menjadi punca utama penulisan artikel ini. Dalam akhbar Kosmo pula diberitakan seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang.. Adakah si Zool terbabit sama?? Secara amnya memang saya mempunyai hutang asas iaitu ‘PTPTN’, ‘rumah’,'kereta’.. Walaubagaimanapun masih dalam keadaan terkawal..

Credit Pic :- HZJeep.com


Sedikit petikan Kosmo

450,000 kakitangan awam dibebani hutang

KUALA LUMPUR – Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua jabatan atau kementerian terbabit mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah kumpulan itu yang rata-ratanya hanya membawa pulang 40 peratus daripada gaji mereka.

“Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah,” katanya.

Ahmad Shah menambah, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

“Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang,” katanya.

Memang perkara ini membimbangkan. Saya secara amnya kurang bersetuju dengan pendapat untuk bertoleransi dalam gejala rasuah kerana ianya tidak akan membawa berkat.
Lebih elok kiranya penjawat awam menjalani hidup yang sihat disamping menjana pendapatan melalui jalan yang betul. Gunakan kelongaran untuk membuat kerja sambilan dengan sebaiknya.
Berdasarkan pengalaman saya, didapati kebanyakan dari kakitangan awam suka membuat ‘pinjaman peribadi’ .. Malahan institusi kewangan pula gemar mengejar kakitangan awam untuk membuat pinjaman. Tanpa penjamin dan akhirnya menjerat diri sendiri.. Wallahualam.

Yang penting kerjasama kebijaksanaan anda menguruskan wanggaji .Duit sebanyak mana pun tak cukup kalau tidak melakukan kawalan terhadap penggunaannya ..Betul tak?? Kalau tak, tolonglah betulkan

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 59
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

16 comments to Kakitangan awam banyak hutang

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>