Kaedah keras sekiranya prestasi pemain tidak memuaskan :Misbun

Ketua jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek mungkin akan menggunakan modul latihan berat yang pernah dilakukan sebelum ini sekiranya pencapaian para pemain perseorangan negara berada tahap yang kritikal.
Menurutnya, penilaian akan dilakukan terhadap para pemain dan mungkin kaedah latihan berat seperti yang diberikan kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan diadakan semula.

“Budak-budak sekarang lebih bijak, pintar tetapi mereka ini tiada juru pandu yang boleh memberi mereka melalui pengalaman. Mereka harap dengan adanya saya dapat bawa mereka ke peringkat lebih baik.
“Kita tengok keadaannya dahulu, tapi jika asasnya tidak sampai ke taraf itu, rasanya samalah,” katanya.

Mengulan kekalahan Chong Wei pada pusingan kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia Jumaat lalu, Misbun tidak gusar sebaliknya yakin yang Lee Chong Wei akan kembali bangkit dalam misi mencapai Kejohanan Dunia di Glasgow pada Ogos depan.
“Jadi untuk tempoh ini, Chong Wei perlukan latihan yang betul untuk mendapatkan keyakinan dalam permainan, kalau sebelum ini lihat prestasinya terumbang ambing, saya kira ketika itu mungkin dia keliru apatah lagi dengan corak latihan yang sentiasa bertukar-tukar jurulatih menyebabkan fokusnya sedikit hilang,” katanya.

Berkenaan dengan bekas pemain yang dilantik menjadi jurulatih pula, Misbun berkata, sewajarnya pendedahan dibuat dari peringkat bawah bagi memantapkan pengalaman dan kemahiran seseorang itu.
“Kalau bekas atlet kebangsaan ini tiba-tiba berada di atas (menjadi jurulatih), bila nak bagi tips sesuatu teknik, nanti pemain itu akan rasa, dia (jurulatih) pun tak pernah menang,… jadi persepsi ini sebenarnya yang susah,” katanya.

– SinarHarian
Sudah pasti pemain-pemain badminton negara semakin cuak bila mendengar perkhabaran ini. Tapi jangan risau kerana ia akan membuahkan hasil kalau mengikut kaedah yang dilaksanakan oleh Misbun. Beliau bukan sahaja berpengalaman melatih Lee Chong Wei malahan ada pemain luar yang sempat berguru dengan beliau.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply