Assalamualaikum semua…
Hari ni agak penat sedikit sebab meniaga air tebu di depan rumah… Nampaknya Ramadhan tahun ni kurang sikit pelanggan.. Mungkin sebab cuaca redup dan tidak sepanas tahun lepas..
Okaylah pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kasyah kerana sudi memberikan e-kad ucapan ‘ Ramadhan’ . Tak sangka beliau sudi menghantar e-kad tersebut walaupun rasanya sudah agak lama tak menjengah blog beliau… Harap anda telah menerima e-kad balasan melalui web ezakat.. Nampaknya webmaster Lembaga Zakat Selangor memberikan peluang kepada kita untuk menghantar e-kad kepada sahabat-sahabat kita. Tahniah kepada Lembaga Zakat Selangor..

Bercerita mengenai e-kad ini teringat pula pada-pada waktu perayaan selalunya penghantaran kad-kad ucapan sering menjadi pilihan kepada orang ramai.. Dan kini sedikit demi sedikit tradisi menghantar kad ucapan konvensional telah ditukar kepada e-kad samada melalui laman web atau melalui h/phone. Cukup canggih teknologi terkini. Dalam masa beberapa saat sahaja e-kad dapat disampaikan kepada penerima.
Bagaimana pula pandangan anda tentang peralihan medium kad ucapan?? Pada saya ianya terdapat pro dan kontra. Dari segi pro nya ianya dapat menjimatkan masa dan wang manakala kontranya ialah kurangnya nilai kad itu sendiri merangkumi dari segi kenangan itu sendiri..
p/s : Saya telah menghantar beberapa e-kad ucapan ‘Ramadhan’ kepada sahabat-sahabat. Minta maaf kerana tidak dapat menghantar kepada semua..
Sambil itu download Ebook ‘Rahsia dan Fadhilat Ramadhan‘ oleh Zuhairy, penulis Ebook ‘Mencari Bahagia Selepas Terluka‘. Kepada megat minta maaf banyak-banyak buat masa ini saya berehat dari ‘ tag mengetag ‘ buat masa ni.. Sori bebanyak..
RSS Feed
Twitter



September 16th, 2007
zool
Posted in 


kalau e-kad dr zakat s’gor sudah pasti gang blogger kita si acai yg design benda ni…
Reply
chot —> ye ker baguslah tu.. er sapa si acai tu bro???
Reply
acai tu adalah pengujung tetap di blog aku…ko bole masuk blog dia di sini http://www.faisalrahim.blogspot.com/
Reply
Salam.
Wah! Bagut lo. Bisnes ayer tebu ho? Wa suka. Tapi aa lu ada juai ayer katila? Ala? Katila walna hijau ho? Tatak juai ho? Wa suka itu ayer lo!
Tapa. Kasi nyalan satu kali. Telima kasih la ho!
Reply
biasala.. kalau e-kad biasanya lepas baca orang tutup… tak ingat dah pastu… tapi kad fizikal.. eermm.. rasanya banyak kenangan tu… lagi2 kala dari orang yang kita sayang… boleh bawak tido wooo…
Reply
hohoho… aku tak dulik.. walau pon kO tak kenal.. kO tetap kene blanja aku jugek..miahahaha.. cakit puyut tak ilang lagi semenjak puasa hari tu… ciwit biwit..
Reply
chot —> oo patutlah tak tahu.. dia bukan pengunjung tetap kat sini.
ah kim—> aiya.. air katila belum jual lagi.. takde stok lah apek..
am—> banyak kenangan. betul tu..
sodep —> oo kena jugak belanja ye.. nak belanja camne kalau dah tak kenal?? orang kenal pun aku tak belanja.. lagikan orang tak kenal..
Reply
slm bro, thanks guna ekad aku yg tak seberapa tu,hehe..:) thanks juga sudi dtg blog aku..:) nape aku tak pernah masuk sini ek,hehe..btw, aku dah link ko kat blog aku…:) aku buat benda tu sbb nak eratkan silaturrahim dgn cara lebih cepat, sbnarnya akupun lagik ske kad yg bleh pegang,keke..
~bro chot, thanks promote aku walaupun kita bermusuh weekend nih,huhu..mueheheee
Reply
acai —> eh menarik per kad ko tu.. kira oklah tu.. lebih 10 orang aku anto.. tapi biasalah tak semua yang buka ekad tu.. almaklumlah, siapalah aku….
Reply
zool,
tak ingat Ktom ya….tak perrrr….tak hantar e kad tak per….
Pembuat kad raya sekarang ni tak boleh buat untung cam dulu2 lagi ler.
Bagi Ktom e kad lebih mudah, senang dan memang boleh save utk simpan pun tapi jika kita amati yg kurangnya ialah jika dulu2 bila kita hantar kad mesti kita tulis sesuatu dan tulisan kita adalah sesuatu yg terlalu bernilai sentimental jd bila dgn e kad ni mana ada nak tulis2 lagi…pakai taip je kan?
Reply
ktom—> alamak lupa.. kejap lagi nak anto nie..
Reply
ohh..meniaga air tebu ke ni? kat area mana ni…bole la nanti singgah..
Reply
kat Jasin, Melaka lah..
tapi nampak gaya terpaksa stoplah..
sebab tokei (bapa) bz ngan projek kontrak…
tak sempat nak cari tebu..
Reply
Wahh!!Sebut je Jasin, teringat kisah-kisah lama..Dah lama rupanya aku meninggalkan Jasin..Err.McDota tu ujud lagi ke? Dulu kalau nak makan KFC tapi malas nak ke bandar Melaka, pergi kat situ je lah..
Reply
selamat hari ibu
dan mintak maaf kalau ada salah silap dan.
Reply