Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kalau diikutkan Ramadhan tahun lepas saya ada menulis entri yang hampir sama mengenai kad ucapan namun rasanya tak salah menulis kembali mengenai topik berikut..

Kredit Pic :- dahalan.com
Nampaknya tahun ni saya akan kembali menggunakan kad raya konvensional untuk dihantar terutamanya kepada rakan-rakan yang agak rapat .. Mungkin ada yang menganggap cara konvensional tidak relevan di zaman cyber.. Almaklumlah dengan menggunakan teknologi penggunaan kad-kad sudah mula dilupakan terutama oleh generasi muda ( tetiba dah rasa tua…).. Walaubagaimanapun kaedah pemberian kad raya secara konvensional mempunyai sentimental value yang lebih tinggi.. Selain boleh dihias di rumah pada waktu raya , pemberian kad raya menunjukkan betapa bermaknanya anda dengan pemberi kad.. Berbanding menggunakan teknologi yang mengambil masa beberapa minit, persiapan untuk kad konvensional lebih lama.. Perlu mengeluarkan modal membeli kad dan setem, perlu menulis dan menghantar ke peti pos..
Jadi bagaimana dengan anda?? Tak teringat ke nak hantar kad raya konvensional kepada sahabat-sahabat anda.
p/s:- Baru siap 5 keping kad raya .. Insyaallah esok akan diposkan..
RSS Feed
Twitter



September 7th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


Haha… aku pun ada buat entri macam ni… kul 12pm ni publish… aku lebih suka cara konvensional banding yang siber ni… kurang nilai sentimental .. hehehe
Reply
hantar lah kepada semua pembaca blog kau
Reply
slmt hari raya bro. huhu!
Reply
uwaa..syia x dpt ke kad raya?
Reply
aku pun suka hantar kad raya. tp thn ni aku belum start tulis kad raya lagi sbb menunggu kad raya free dr company aku. wahahahah…
ps: sape2 nak aku hantar kad raya, sila hubungi aku di http://aeropama.com/contact-me/
Reply
hehe. aku akan gunakan penggunaan enveluv sepenuhnya.
Reply
[...] hari raya lambat lagi tapi disebabkan saya telah menetapkan penghantaran kad raya sebagai cabaran Ramadhan maka si Zool perlu melunaskannya. Setakat ini si Zool telah menerima 7 [...]
Jemputlah singgah ke teratak saya ^_^
Reply